Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


rujuk:

Sunday, December 21, 2008

pandang kemana?



pandang ke mana?

depan atau belakang?

fikir, zikir....

Tuesday, December 16, 2008

Tips-tips untuk gagalkan halaqah




terima kasih kepada kakak fatimah syarha kerana telah memberi input yang amat berguna,
berikut adalah bagaimana naqib ataupun naqibah boleh manfaatkan tips-tips untuk menggagalkan halaqah ataupun usrah anda...

1. datang lambat ke usrah.

2. jangan datang halaqah terus.

3. tidak menghargai mad'u semasa dia melakukan tugas.

4. jadikan halaqah suatu benda yang membosankan/ sebagai benda yang rutin/ tidak bervariasi.

5. jangan selesaikan masalah mad'u dalam halaqah.

6. jangan bersilaturrahim dengan mad'u.

7. yakini amalan lain tak penting/ usrah sekadar untuk anda seorang yang bercakap.

8. perlakukan mad'u yang berdisiplin dengan yang tidak berdisiplin dengan sama.

jadikan, gunakanlah semua ini jika anda sudah merasakan bahawa kerja yang mulia yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah ini sudah tidak mampu lagi anda galas ataupun sudah tidak mahu anda galas. semoga berjaya.

selamat mencuba.

Wednesday, December 10, 2008

salam aidil adha




salam aidil adha...maaf walaupun terlambat tetapi hari ini masih lagi masuh hari tasyrik k....

hayati erti pgorbanan yang sebenar...

"apabila tibanya eiduladha, ramai tertanyat-tanya apa yang patut dikorbankan? sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk ISLAM".... assyahid imam hasan al-banna

Thursday, December 4, 2008

cerita seorang madam....




apa ada pada seorang guru biasa?? bukannya ustaz mahupun ustazah? jangan dikatakan ijazah dari al-azhar... mengaji pondok pun tidak.....tapi...siapa itu namanya "madam"....

suasana kelas agak senyap seketika itu... apakan tidak.. perut dah bernyanyi berbagai lagu dah... selain itu tekanan quiz yang akan diduduki di kelas physic selepas itu... tapi...suasana itu pecah...oleh dek kerana kata-kata seorang lecturer mathematics...

usia tidak mengenal peribadi..kelembutan tutur kata membuatkan pelajar senang dengan nya... subjek yang agak kritikal membuatkan beliau memang serius dalam menekankan kepentingan pelajaran untuk anak murid nya... "this is a common mistake! you should not do that!"

tapi...nama madam saayah memang amat dikenali... selepas selesai quiz untuk chapter fundamental in mathematics, madam meneruskan kelas seperti biasa... tetapi..kurang kebiasaannya.. mungkin kerana melihat kegelisahan pelajar yang baru saja menjawab solan quiz tadi yang agak malas untuk meneruskan pembelajaran untuk chapter seterusnya...

"siapa pergi talk semalam?"
tiada yang menjawab...
"talk semalam memang bagus, saya sempat pergi"
"memang speaker tu bagus sangat, dia bukan sahaja hafal ayat al-quran tapi turut menghafal bible (the old and new testament), kitab orang hindu and mcm2 lagi..."
"dia jugak boleh cakap dalam hebrew, ibrani dan beberapa bahasa lagi"
"dia kaji pembandingn agama, tapi yang menariknya dia baru "revert" 12 tahun yang sudah..."
"dia tak guna perkataan convert, sebab dia kata dia bukan menukar, tapi kembali kepada fitrah"

terpegun juga...saya tertunggu lagi apa yang akan madam katakan.. sejak dari kelas pertama lagi saya merasakan bahawa ada sesuatu dengan madam saayah ini.. bukan kerana dia madam tapi kerana dia seorang yg ditarbiyah pada anggapan saya...

sambung madam lagi, penceramah semalam turut menyatakan bahawa adakah kita pasti bahawa dengan islamnya kita selama lebih 10, 20 or even 50 years akan menyebabkan kita masuk syurga?? fikir sekali lagi...

kita hidup sebagai seorang muslim... pada nama atau pada amalan... saya yang menulis ini bukanlah baik sangat tapi ingin menyatakan bahawa kita perlukan penambah baikan pada diri kita juga... satu soalan ditanya(jawab dalam hati).. apakah matlamat kehidupan kita?? orang ada kereta besar kita pun nak kereta besar, orang ada rumah besar kita pun nak rumah besar, orang ada duit banyak kita pun nak duit banyak... and lot more.. but why don't we ask ourselves again.. after we got all of those things what is our next aim?? tujuan kita begitu sempit sebenarnya....

dalam surah azzariyat ALLAH menyebut mengenai tujuan hidup kita adalah untuk beribadat kepadaNYA... mungkin ada yang akan berkata lepas dapat semua kesenanagn dunia tu barulah senang nk buat amalan.. nak sedeqah senang, nk pegi haji senang, nk dakwah lagi senang coz kita kaya and berpengaruh...tak gitu? tapi, tanya lagi diri kita...adakah kita tahu bila kita akan mati??? persoalan yang tak dapat dirungkaikan... dan adakah sempat untuk kita lakukan semua amal kebaikan yang kita "ingin" lakukan sebelum kita kaya itu lepas kita mengecapi kekayaan itu?? tabarakallah...

teringat kata-kata seorang sahabar.. "kita akan mati ikut cara kita hidup"... so disini kita boleh lihat.... adakah dengan kehidupan kita selama lebih 30-40 tahun tak dak langsng matlamat atau tujuan yang btol, adakah selepas itu matlamat kita akan kembali kepada yang benar?? saya tidak boleh kata apa-apa kerana ini kerja yang Maha ESA....

teringat lagi hadis rasulullah secara kasarnya menyuruh kita bersedeqah walaupun sebiji tamar mahupun seteguk susu untuk orang yang memerlukan kalau kita tak mampu sangat dan bukan tunggu kita kaya dulu baru nak sedekah...

my dear friends, lecturer or an ustaz are no meaning if they don't have true niat too deliver dakwah and tarbiyah too all of believer....as to educate their student with the right things according to our faith...

madam saayah telah bercakap panjang mengenainya...kesedaran kita sebagai seorang yg bernama mukmin yang muslim... science barat secara terang terangan telah memisahkan kosep spiritual dengan science itu sendiri.. madam saayah bertanya lagi... kamu akan menjadi bio tech-bio tech yang akan mengkaji pelbagai benda pada masa akan datang tapi adakah kamu boleh kaji satu benda yang memang kamu relate kan ianya dengan agama secara terus menerus and terang?? berapa kajian bio tech di malaysia yang ada sebegitu rupa??

banyak lagi yang perlu difikirkan oleh kita semua... pembentukan otak sebagai seorang yg "MUSLIM" itu amat penting... agar setiap tingkah lakunya membuatkan nya berfikir... "i'm a MUSLIM"...

attributes to madam saayah.....

Wednesday, November 26, 2008

Bila Kau Berseorangan


Bila Kau Berseorangan

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Friday, November 21, 2008

kepala sakit!!!




allahuakbar..

minggu nie agak terok lagi keadaan aku, tak pernah rasa sakit kepala macam ni lagi... aku rasa banyak sungguh hikmah...bukan apa...dan lama aku tak sakit, n aku ingat dalam minggu lepas aku sendiri yang minta kat Allah agar merasai sakit...alhamdulillah dapat juga doa aku... bukan apa..bila ingat ni aku rasa mungkin dapat lebih tabah coz kita sendiri yang mintak and sekarang kita sendiri yang rasa...teringat satu ayat...
"kalau ada seorang pemimpin negara tetiba mai rumah kita and bagi makanan kat kita? macam mana dengan makanan tu? mesti kita hargai sungguh kan?? pemimpin negara mai rumah kita semata2 nak hantaq makanan kat kita ja!! tapi... macam mana pulak dengan rezeki yang Allah kurniakan?? setiap hari ALLAH kurniakan permintaan kita dan bagi kita rezeki nya... tapi apa yang berlaku... kita langsung tak hargai.." insaflah diri ini...



cakap tentang sakit kepala ni jugak teringat kat cg.faridah, cg pernah kata bahawa dia ni kalau sakit kepala ja dia takkan dok senyap tidur ka or ambil MC ka..tapi dia akan buat sesuatu or akan datang jugak ke sekolah..sbb apa? sebab sakit kepala ni hanya mainan minda ja..sakit tu sikit ja..tapi yang selebihnya adalah psikologi kita ja yang tak mantop! huhu...bgus cg...

mungkin aku meletakkan seribu satu salah kepada orang dan benda lain tapi aku nie tak bersalah jugak no! hm..bukan apa, sebab tempoh hari aku tidur lewat and bangun awal sangat untuk siapkan kerja kot...YA ALLAH hamba mu ini mencari alasan... mungkin kerja banyak tapi sebenarnya itu semua ujian.. ALLAH tahu kita semua mampu berada pada tempat kita berada sekarang...

dan insyaALLAH aku harap sakit kepala ini tidak akan sekali2 menghalang aku untuk melibatkan diri dengan program minggu ini...maafkan aku akh kalau lebih menyusahkan kalian nanti...wallahu'alam...

tak boleh join la....




"assalamualaikum, nak pi mana nie?"
"nak balik bilik"
"oh, hm...petang ni pi mana-mana?"
"...isk..hm...kenapa?"
"dak la... ada p program mana-mana?"
"ada tu ada..tapi tak tau nak pi ka dak lagi"...
"eh, kenapa??"

bismillahirrahmanirrahim....
sedar atau tidak dalam kita berada ditengah jalan dakwah ini, sebenarnya kita sendiri pun perlu sentiasa di refresh dengan ilmu2 dan perkara2 yang mungkin pernah kita tahu tapi kita kurang adaptasikan dalam kehidupan kita seharian. jadi, antara platform untuk mengukuhkan kemantapan diri adalah dengan cara masuk ke dalam usrah dan menyertai program2 yang mampu mengukuhkan jati diri kita dalam jalan ini. tapi timbul satu persoalan...adakah kita saja yang perlu dikukuhkan? bolehkah kita melakukan kerja sendirian?

diaLOg diatas mungkin pernah didengar..atau mungkin tidak... tapi tahukah anda apa sambungn kepada dialog itu?

"ana memang nak pi, tapi ana sibuk. program clash, n ada benda tidak disiapkan lagi. tapi kalau siap kerja tu mungkn ana pergi kot"

jadi...apa yang anda akan lakukan?? adakah akan cakap... "oo, tak apa la..nak buat macam mana dah tak boleh join kan. ok lah" ataupun sebenarnya.. "eh, enta ada kerja apa kalau boleh beritahu ana,mungkin ana boleh tolong sikit"

dalam kesibukan pelajar universiti menyiapkan kerja yang banyak dan tidak diduga dari lecturer, sebenarnya kita juga perlukan bimbingan dan dorongan dari orang yang berpengalaman untuk terus memakmurkan kerja dakwah sebagai asas perjalanan hidup kita. kalau kita sibuk sekali pun cuba fahami sahabat seperjuangan yang mungkin berada dalam kesempitan, ini barulah dinamakan menghayati konsep TAFAHUM dan TAKAFUL dalam binaan usrah itu.

dalam kerja dakwah ini kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja. sebaliknya kesatuan dalam komoniti itu perlu ada agar kerja dakwah lebih mudah dilaksanakan. jadi, fikir2 kan kembali adakah kita ini sekadar mahu diri dianggap sebagai "taiko program dan tamrin" atau pun sebenarnya lebih kepada hendak menyampaikan dakwah dalam komuniti kita terlebih dahulu...tepuk dada tanya iman.. sharing is caring.. wallahu'alam...

Monday, November 17, 2008

apa aku dah buat?




ALLAHUAKBAR..

hm..entah tak tahu nak tulis apa la pulak, minggu ni mcm2 berlaku.. best memang best... first yg best sebab dah subscribe untuk wireless..huhu.. setiap ketika on9(mana time nak study?!!).. he.. second best sebab sem ni bio kena pi interview doctor..!wawa... nie yang best nie... sebab suka sangat jumpa doctor..(nak temuduga sapa ea?).. yang ketiga best sebab lectures sem ni memang gempak2 n best2... bio=madam nazira, L/S= madam raja zarinna(i like her move!), reading=madam rafeedah, physic=madam adibah, and lastly math=madam sa'yah... huh.. memang best.. lagi best sebab semua subjek aku minat sangat!

hm..tapi memang mengejutkan sebab sem ni first class english utk LS madam dah suruh buat pre-presentation utk minggu depan... huhu.. YA ALLAH! apa yang aku nk present ni??? teringat pulak syafiq(bukan syafiq syarif k) time presentation utk level 5 dulu, dia ada cakap tentang presentation dia...apa yang dia buat dia kata tetap niat utk dakwah dan utk islam.. bayangkan ar.. bila orang yang hati nya sudah tertambat dengan ISLAM dan ikhlas utk islam maka semua nya niat utk mencari keredhaan ALLAH!! tapi apa aku buat??huhu..

hm...lagi satu.. alhamdulillah minggu depan akan diadakan RAFEST, so aku incharge bahagian exhibition.. n rasa mcm banyak gile kerja... ALLAH bantulah hamba mu utk membantu agama mu... harap ni la platform yang aku boleh jadikan sebagai 'kerja' aku...apa pun.. visi aku akan tetap menjadi vesi yang terancang utk program kali ni...

n last... hope fully aku tak ter miss program minggu depan... allahu'alam...

Thursday, November 13, 2008

Buku: Quantum Tarbiah




Alhamdulillah pada cuti semester baru-baru ini ketika bertandang ke Sofwah saya sempat membelek sebuah buku yang akhirnya telah saya pinjam untuk dijadikan bahan bacaan. Buku tersebut adalah karangan Solikhin Abu ‘Izzudin terbitan syarikat penerbitan dari Indonesia iaitu Bina Insan, buku bertajuk Quantum Tarbiyah Mencetak Kader Serba Bisa!

Buku ini saya kira amat bagus untuk dibaca kerana didalamnya termuat pelbagai kaedah untuk meletakkan diri dalam keadaan yang teguh dalam berdakwah. Tidak dapat dinafikan bahawa situasi untuk membuat kebaikan itu terdapat seribu satu cabaran yang boleh membuat kita duduk dan menangis dan buku ini cuba untuk membentuk diri menjadi bijak dalam menggunakan uslub dakwah tersendiri.

Buku ini pada awalnya menerangkan dengan banyak cara dan keadaan yang perlu dilakukan dalam mentarbiyah. Ini lebih kepada mentarbiyah diri sebelum yang lainnya. Lebih suka kepada cara yang ringkas, Solikhin abu ‘izzuddin memuatkan cara pemahaman dan kayu ukur yang mudah untuk menjelaskan segala isi di dalam buku ini. Ayat-ayat yang mudah juga mempercepatkan proses penyimpanan apa yang dibaca. Lanjutan itu, pada pengakhiran buku ini penulis menerangkan dengan senang bagaimana hasil daripada pentarbihan diri tadi dapat melahirkan pejuang2 (kadr-kader) yang mampu menjalankan dakwah dan sentiasa bersemangat untuk berdakwah disamping tidak lupa dalam aspek pentarbiyahan diri.

Buku ini saya kira sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tambahan dan lebih elok dijadikan sebuah buku untuk simpanan di rumah. Tapi Cuma dielek bahasa indonesia dan percampuran dengan english juga mungkin agak sukar difahami untuk sesetengah perkataan. Penulis juga banyak menulis perkataan arab yang di eja ke dalam rumi. Apa pun buku ini amat baik untuk para MBA yang merindukan tarbiah. Maka dapatkahlah sekarang. Tapi saya rasa buku ini sudah agak lama dipasaran, outlet buku ini di malaysia adalah Fajar Ilmu Baru enterprise.wallahu’alam (saya tidak tahu harga sebenar buku ini).

Monday, November 10, 2008

mana satu pilihan hati

~alhabib umar~

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.



Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.



Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..



Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”



Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.



Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Sunday, November 9, 2008

SRIDA





Pada 7 november yang lalu telah sempurnalah majlis sah khatam al-quran bagi pelajar tahun 6 sesi UPSR 2008 Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA). Saya turut juga berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan haji Usamah, pegawai pusat islam, Universiti Utara Malaysia.

Mengenang kembali sejarah SRIDA dalam awal penubuhannya, saya merupakan generasi ketiga penubuhan sekolah ini. Sebenarnya penubuhan SRIDA hasil pembahagian satu sekolah kepada dua yang akhirnya membentuk 2 pentadbiran yang berbeza dan 2 sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Aman dan juga Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) tetapi masih dalam matlamat yang asal. Perpisahan in jika tidak silapnya berlaku pada tahun 1994 dan saya hanya menjejakkan kaki ke sekolah ini pada tahun 1996.

Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah ini yang sudah berada pada tahap yang agak memberangsangkan. Bukan sahaja dari struktur pentadbiran dan prasarana selain itu akademik pelajarnya juga telah menunjukkan hasil yang amat baik. Keadaan da’if sekolah pada awal kemasukan saya langsung tidak menyebabkan ibu bapa kurang yakin dengan kemampuan tenaga pengajarnya. Bayangkan keadaan bangunan sekolah yang hanya mempunyai satu blok sahaja, dan hanya mempunyai 2 asrama yang serba kekurangan. Dalam pada itu, kejayaan pelajar sesi UPSR tahun lepas menunjukkan pencapaian 50 lebih orang pelajar mendapat 5A daripada 100 orang juga menunjukkan kemampuan guru-guru disini bukanlah persoalan lagi. Apa yang ingin diperkatakan disini bukan hanya sekadar itu sahaja, apa yang lebih penting sekolah ini juga turut menerapkan elemen-elemen agama yang amat penting sebagai persediaan ke peringkat menengah.

Dan apa yang jelasnya semalam telah sah khatam al-quran pelajar-pelajar tahun enam pada tahun ini. Elemen al-quran itu menjadi elemen terpenting dalam meletakkan asas apa pun dalam diri murid-murid. Pada majlis yang sama selepas ucapan aluan daripada Tuan Haji Khamaruddin bin Mohammad, Guru Besar SRIDA, Tuan Haji Usamah telh menyampaikan ucapan nya. Dalam ucapan tuan Haji Usamah menekankan peri pentingnya aspek al-quran dalam diri anak-anak. Anak-anak yang diletakkan al-quran dalam diri nya dan mengamalkannya akan menjadi anak-anak yang terbaik. Terbaik disini bukan hanya didefinisikan sebgai menjadi seorang doktor, engineer atau akauntan sahaja tetapi apa sahaja bidang yang diletak nanti maka mereka-mereka ini akan mekar bak mekarnya bunga yang mewangi.Pernahkah kita erfikir melahirkan golongan perfilemen yang haraki? Berapa banyakkah golongan pegawai tentera yang haraki? Ataukah kita sudah cukup banyak dengan penggiat seni atau apa sahaja yang haraki? Adakah kita hanya akan mengisi ataupun menyusun semua ini selepas mencapai kemenangan? Tanyalah diri kita yang boleh saling menbantu.

Apa yang terharunya pada diri saya adalah apabila tuan haji usamah mengaitkan Maahad Mahmud sebagai medium yang boleh menjadi alat penerus selepas ini. Tuan haji juga menerangkan bahawa aspek dakwah amat penting agar kejayaan yang kita kecapi pada hari ini tidak hanya menjadi milik kita tetapi yang lebih ramai lagi. Tuan haji Usamah juga merupakan bekas pelajar maahad yang sudah lama meniggalkan sekolah ini. Dan menyingkap kembali era kegemilangannya, maahad dapat dikatakan sebagai sekolah pelahir cendiakawan yang pelbagai. Dan itu semua terletak atas bahu kita yang ingin melihat bagaimana generasi seterusnya yang akan menggalas islam diatas pundak kita termasuklah saya yang bercakap ini.

Saya juga teringat kembali keadaan ibu bapa pada zaman sekarang dan dahulu ada bezanya yang ketara. Dengan masalah sosial yang amat teruk dikalangan pelajar mutakhir ini, saya dapat menimgbau kenangan ketika hari pertama pada tahun satu seorang ibu datang menghantar anaknya kedalam kelas yang kebetulan ada guru ketika itu, ibu ini telah berkata kepada guru tersebut, “cikgu, cikgu ajaq la saiful(bukan nama sebenar) ni kalau dia nakai rotan saja cikgu, tak pa saya bagi kebenaran.”

SRIDA bukanlah nama yang asing bagi saya, saya pernah berada ditempat ini dan saya bersyukur pernah berada disini. Kenangan disini terasa amat manis untuk dikongsi bersama kerana itu kadang-kadang saya ketawa kecil kerana mengenangkan apa yang berlaku.

Tapi, siapa pun kita, dimana pun kita pernah belajar, atau apa-apa sahaja yang berkaitan kita sebenarnya tiadalah apa jika kita ini tidak menggunakannya untuk jalan amar makruf nahi mungkar. Wallahu’alam.

Sekadar perkongsian.

Saturday, November 8, 2008

Tarbiah quotient


Tarbiah quotient
~gambar hiasan~

Tarbiyah quotient adalah kecerdasan tarbiyah. Saya menyebutnya quantum tarbiyah, mungkin ini istilah baru yang selama ini belum dikenali. Dalam tarbiyah ada istilah tarbiyah jaddah, kesungguhan dan keseriusan dalam mendahsyatkan potensi diri.
Saya melihat, selama ini kegagalan tarbiah bukan kerana tidak mampu melakukannya, tetapi lebih kerana tidak sabar untuk melakukannya, terlalu tergesa untuk mencapai hasilnya, terlalu gelabah dalam melangkah, terlalu lemah dalam mengelola, terlalu lambat dalam melakukan percepatan dan begitu banyak ‘sikap keterlaluan’ yang kita lakukan.

Belajar dari saidina Abu Bakar, begitu mendapat “charge iman” dari nabi, dia langsung bergerak cepat merekrut Bilal malam itu juga untuk masuk islam, tidak perlu menunggu pagi. Ciri orang cerdas adalah orang berfikir dan bertindak lebih cepat dari masanya. Management by Antisipatif, MBA begitu kata orang manager cerdas. Atau Murobbi Banyak Akal, kata aktivis tarbiyah. Tapi jangan over cerdas menjadi Mutarobbi Banyak Alasan untuk menutupi kekurangan, menghindari penugasan maupun membenarkan kecerobohan. Sebaiknya kita mengambil makna cerdas dengan cermat untuk Menyiapkan Bekal Akhirat dan Menyediakan Bahagia Abadi kata seorang bijak. Ibnu Umar berkata,

”jika kamu berada di sore hari jangan menuggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan menunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu.”(Riwayat Bukhari)

Quantum Tarbiyah adalah upaya cerdas untuk melahirkan kader-kader produktif, shalih dalam dirinya, terbaik amalnya, terdepan dalam prestasinya, sensitive dengan kebaikan, dan bergerak cepat meraih momentum yang ada.
Kecerdasan itu dicapai dengan usaha yang serius dan terus menerus. Serius bukan berarti tidak pernah ketawa. Serius tarbiyah juga bukan berarti tidak bekerja, hanya melulu tarbiyah, bukan itu. Justru orang yang serius itulah yang hidup dengan visi dan misi yang jelas, hidup untuk memberi manfaat, serius dalam amal dan ibadah, agar hidup terasa lebih nikmat. Inilah yang dimaksudkan Imam Hassan Al-Banna dalam wasiatnya,
“jangan banyak tertawa, sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan ALLAH (berdzikir) adalah tenang dan tenteram. Jangan suka bergurau, karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.”

Imam Syahid Hasan Al-Banna juga melarang para ikhwah terlalu banyak bercanda atau membanyol yang membuat orang lain tertawa baik dengan ucapan, cerita, atau tingkah laku yang lucu. Beliau menyatakan bahawa sikap pejuang islamadalah bersungguh-sungguh atau serius sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 69.
Ini bukan berarti islam anti senyum. Beda. Beda antara obral tawa dengan “sedeqah senyum”, semua ada nilainya masing-masing. Sebab adakalanya justru kekuatan senyum akan membuka hidayah orang di sekitarnya. Seperti senyum Sayyid Quthub menjelang hokum gantung. Ia teramat berwibawa dengan imannya. Sejak malam, ketika dibawa ke tempat peristiharan sebelum digantung, ia selalu tersenyum. Senyumannya terlalu lebar untuk sebuah peristiwa yang laing mengerikan, hukum gantung.

Menjelang perintah dilaksanakannya eksekusi itu, hingga detik itu, ia masih saja menyunggingkan senyum, seakan-akan menikmati saat-saat menegangkan itu. Begitu rela, begitu ikhlas. Senyum itu seperti menyemburatkan kekuatan jiwa yang dahsyat.
Sayyid Quthub, lelaki yang tersenyum menuju tiang gantung itu. Allah berkenan memberi hidayah kepada dua orang yang ditugasi menggantungnya.

Sekali lagi, islam tidak mengajarkan adanya dikotomi, serius sesuatu dengan meninggalkan yang lain. Tidak. Sebab berlebihan dalam sesuatu nescaya akan berkurangan dalam hal yang lain. Justru para ulama meneladankan keseimbangan, tawazun antara amal dunia dan akhirat. Dunia sebagai penopang akhirat. Ilmu penopang amal. Harta sebagai pilar martabat. Said bin Al-Musayyib berdagang minyak dan meninggalkan untuk keluarganya sejumlah harta saat dia meninggal dunia. Sufyan Ats-Tsauri mewariskan harta yang demikian banyak. “andai bukan karena harta, pastilah orang-orang kaya akan menghinaku.”

Karenanya, simak puisi ‘aseli’ buatan saya ini:
Miliki ilmu agar tak terhina
Menikahlah agar tak terjerumus ke jurang nista
Milikilah harta agar tak diremehkan dan
tak dipandang sebelah mata
Milikilah cinta agar hidup lebih bahagia
Tarbiah bikin hidup lebih berguna
Dakwah bikin usia kita berlipat ganda
Aktivitas terarah menjadikan hidup lebih berkah
Hidup berjamaah adalah cara meraih syurga
Karenanya..
Jangan katakan terpaksa
Jangan melangkah setengah hati
Agar tak menyesal nanti...
Jangan merasa paling menderita...
Jangan mudah berputus as...
Dan berbahagialah!
Sediakanlah ruang hati yang lebih luas
Untuk kata “bahagia”.

Thursday, November 6, 2008

setengah hari di maahad yan (1)

alhamdulillah. dapat juga kembali menulis, entah kenapa betapa banyak tulisan yang telah ditulis sebelum ini tidak dapat disiarkan, mungkin aku merasakan terdapat banyak kekurangan.

maahad yan
.
maahad yan adalah nama yang tidak asing juga bagi diriku. ya lah, antara cawangan maahad yang hebat juga bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam pembentukan shaksiah pelajarnya. walaupun sudah lama mengenali dan melalui jalan di hadapan maahad yan, tetapi aku tidak pernah menjejakkan kaki disana sebelum ini, bersyukur kehadrat ALLAH kelmarin aku berkesempatan bermalam seketika disana. pada mulanya langsung tidakku tahu bahawa ziarah ku disana adalah untuk apa, cuma sekadar mengikut akh haq. katanya ada program sir azman.

kami bertolak agak lewat kesana, lebih kurang dalam pukul 6.45 petang. sebelum sampai kami sempat solat maghrib di masjid kampung sekitar. sampainya disana kami terus ke resort di kawasan titi hayun kerana ingin berjumpa terus dengan sir azman. waktu maghrib itu sir azman telah penuhkan dengan aktiviti bacaan yasin dan kuliah ringkas disamping sempat mengajar sebahagian daripada lirik burdah kepada peserta program. peserta program adalah terdiri daripada anak-anak darjah enam sekolah kebangsaan mergong.

kami hanya sempat berjumpa dengan sir setelah selesai solat isyak yang diimamkan oleh sir sendiri, dan kami diajak untuk makan bersama. tidak banyak yang diperbualkan. sir masih sibuk, tambahaan lagi kehadiran si comel amir yang turut ingin bermalam dengan sir dan tidak mahu pergi kesekolah atas alasan "esok amir nak pergi mandi".. setelah itu kami pulang untuk menjengah adik2 di maahad yan. keadaan menjadi lebih happening kerana ust.ali(abg ali) turut ada. pelbagai benda yang disembangkan. kata ust.ali, dimaahad yan ada 'fatwa' baru, katanya solat isyak disana adalah pada pukul 10.00malam. ya, memang betul tepat jam 10pm semua mereka solat berjamaah.bukan apa,kalau solat awal nanti lepas prep ja semua student dah tidur dah pukul 10pm so ni nak bagi student dapat segar lagi la kot walaupun baru pukul 10mlm.

apa yang menjadi syahdu nya adalah ketika melihat suasana disana,pakaian yang sama warnanya disamping ikatan serban dikepala membuatku rindu dan teringatkan sahabat2. betapa berat menggalas sesuatu yang tidak semua mampu lakukannya. teringat hadis rasulullah Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi).

aku juga sempat berjumpa dengan shauqi, idin dan maizal. setelah beberapa ketika selepas solat isyk tadi sir terpaksa mengundurkan diri untuk berjumpa dengan sahabat lamanya ustaz izzat hambali yang turut juga menjayakan program adik2 sekolah rendah itu. malam itu kami bermalam dirumah warden yang sebenarnya menjadi kwasan larangan dimaahd yan bagi pelajar lelaki.

setelah sir pulang dari berjumpa dengan sahabatnya itu, di rumah warden kami bersembang panjang. bermulanya dengan filem SILVAGI THE BOSS. dengan filem ini, tidak disangka bahawa pemikiran sesorang itu dapat ditawan. kerana apa, kerana uslub daawah ada disitu.

kerana apa sir azman memulakan bicara kami dengan sebuah filem tamil?? sedangkan sir sendri bukanlah peminat dan tidak pernah suka filem2 hindustan atas sebab tertentu? dan kerana apa kami cuba bercakap tentang uslub daawah dan pemikiran individu dan kumpulan??.... nantikan selanjutnya pada sambungan akan datang. wallahu'alam

Sunday, November 2, 2008

keranaNYA



adakah kita buat sesuatu kerana sesuatu?
tanya diri....

will be continued~

Thursday, October 30, 2008

Thursday, October 23, 2008

dalam kenangan




huhu...pi hantaq syasya...

IKHTILAT

IKHTILAT

Copy & Paste dari
http://www.raudhah.com/index.php?option=com_smf&Itemid=27&topic=2658

Assalamualaikum wbt

Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT


Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".


Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Wallahua'lam.

Sunday, October 19, 2008

rahsia-rahsia bulan dan kelahiran




Rahsia Bulan dan Kelahiran...Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh:Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura
.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri
.* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Friday, October 17, 2008

filem2 negaraKU!!






Oleh PELAJAR MALAYSIA PRIHATIN
Sana'a, Yaman
Beberapa tahun kebelakangan ini industri perfileman Malaysia mengalami beberapa perkembangan yang baik dari aspek teknik pembikinannya seperti sinematografi, sistem bunyi, nilai estetika yang memikat dan dapat memanfaatkan teori mise 'en scene walau pun masih ada banyak lagi yang boleh diperbaiki.

Sebahagian tema yang cuba diketengahkan oleh para pembikin filem kita nampaknya sudah dapat keluar daripada sekadar berkisar pada naratif klise 'cinta murahan' (walaupun hanya beberapa buah filem).

Saya tidak berhasrat untuk mengulas berkenaan itu kerana tentunya para pengkritik filem di dada-dada akhbar di tanahair kita dapat memainkan peranan tersebut dengan lebih baik demi meningkatkan kualiti filem tempatan.

Mentaliti pembikin filem

Cuma yang menyedihkan ialah mentaliti para pengarah, penulis skrip/lakonlayar, pelakon dan khalayak penontonnya sahaja yang dirasakan masih 'lemau'. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kejahilan mereka apabila mana-mana produk filem atau drama yang diadunkan dengan 'resipi' agama ternyata mendedahkan sikap 'jahil lagi menjahilkan'.

Tentunya hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat 'Islam Hadhari' yang berteraskan ilmu pengetahuan terbantut kerana fenomena 'pengarah filem Melayu jahil'! Tuduhan ini bukannya tidak berasas kerana terbukti filem atau drama berperanan sebagai medium yang mampu mempengaruhi peta pemikiran masyarakat. Bagi saya tentunya pembangunan masyarakat 'Islam Hadhari' yang berteraskan ilmu pengetahuan tidak sekali-kali mengetepikan ilmu agama khususnya agama Islam.

Bagaimana agaknya mentaliti masyarakat sekiranya disumbat dengan anasir 'kejahilan dan kedangkalan' filem tempatan apabila ianya bersangkut dengan perkara hukum-hakam dan akhlak Islam.

Saya cuba mengajak para pembaca meneliti beberapa contoh berikut:

Filem: Berlari ke Langit (2004)
Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd
Arahan dan lakonlayar: Bade Hj. Azmi

Watak Indra (Rosyam Nor) sedang berdoa, kemudian Indra bersalam dengan adik lelakinya, Iman (adik Danial Hazly). Mereka kelihatan baru selesai mengerjakan solat Subuh berjemaah. Anehnya sebagai makmum, Iman berada di sebelah kiri abangnya.

Di sini tampak jelas dua kemungkinan, sama ada telah berlaku kesilapan semasa penggambaran atau pun pengarah filem ini seorang yang jahil berkenaan ilmu fekah. Bagaimana seorang makmum lelaki boleh berada di sebelah kiri imam? Tidakkah ada seorang pun di set penggambaran yang mampu menegur kelemahan yang terlalu ketara ini?

Selesai itu Indra pun berjalan mendekati jendela lalu memandang ke luar, kedengaran suara Indra berkata kepada dirinya, "Lambat lagi nak masuk Subuh ..." sedangkan shot ketika itu dengan jelas menunjukkan telah terbit fajar sadiq, tanda telah masuk waktu Subuh.

Persoalannya ialah adakah Indra dan adiknya tadi sedang mengerjakan solat tahajjud atau yang dimaksudkan oleh Indra dengan 'subuh' ialah 'pagi'?

Bolehkah makmum lelaki berada di sebelah kiri imam tanpa sebab? Masalah ini terjawab melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud:

"Aku telah bersolat bersama-sama Nabi S.A.W di suatu malam, maka aku berdiri di sebelah kirinya (Rasulullah S.A.W) lantas Rasulullah S.A.W memegang kepalaku dari arah belakang lalu meletakkan aku ke sebelah kanan baginda". (H.riw. al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menunjukkan bahawa kedudukan yang betul bagi seorang makmum adalah di sebelah kanan (apabila solat berjemaah itu didirikan secara berdua). Perbuatan Nabi S.A.W memindahkan Ibnu Abbas r.a. menunjukkan kedudukan yang betul di dalam solat sama ada solat fardhu atau pun sunat.

Putar-belit hukum agama

Satu lagi ketelanjuran yang tidak dapat dimaafkan ialah kejahilan penulis lakonlayar, pengarah, para pelakon dan mereka yang terlibat dalam produksi filem ini dalam memutar-belitkan hukum hakam agama.

Dalam satu babak yang lain kelihatan sepasang kekasih iaitu Indra dan Cikgu Yasmin (Fasha Sandha) sedang duduk berbual-bual di lereng bukit yang mengadap laut luas.

Sedang mereka berbual-bual dan bergelak ketawa tiba-tiba muncul beberapa orang lelaki berjubah dan berserban yang diketuai oleh Bukhari (suami kepada Zulhijjah - bekas kekasih Indra) sedang menghampiri mereka. Sebaik menjawab salam Cikgu Yasmin, Bukhari (Hasnul Rahmat) dengan tegas telah berkata:

Bukhari: Inikah yang dinamakan cinta? Seorang gadis yang bergelar guru, dianggap mulia dari segi agama berdua-duaan bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya di tempat yang tiada manusia lain.

Yasmin: Mungkin tempat indah ini diciptakan Tuhan untuk insan seperti kami, yang tahu mengguna ke arah kebaikan.

Bukhari: Apa yang anti (awak) boleh dapat di sini melainkan membuat keburukan?

Indra: (Bangun lalu berdiri menghadap Bukhari) Apa benda yang kami buat?

Bukhari: Apa lagi kalau bukan dua orang yang ...

Yasmin: Cuma orang yang berjiwa halus tahu menghargai ciptaan Tuhannya. Tengok kecantikan sekeliling kamu ni. Apa yang kamu nampak?

Bukhari: Anti (awak) tak perlu mengajar ana (saya). Haram tetap haram!

Yasmin: Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak menjatuhkan hukum itu?

Bukhari: Anti (awak) tahu apa yang anti (awak) cakap? Tahu?

Yasmin: Ayah saya seorang guru agama di Universiti Islam di Madinah dan saya mempunyai ijazah dari UIA. Saya faham sangat hal-hal hukum agama Islam ni. Tapi kalau kamu semua bersusah payah panjat bukit ni semata-mata nak menjatuhkan maruah kami ... terserahlah. Sebab tiada yang jahat yang kami lakukan di sini selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan, dan Indra pun telah melamar saya dan saya menerimanya.

Tiba-tiba muncul adik lelaki Indra, Iman dari bawah bukit lalu berkata sesuatu. Bukhari dan teman-temannya tersipu-sipu lalu beredar dari situ kerana ternyata Indra dan Cikgu Yasmin tidak 'berdua-duaan' tetapi 'bertiga-tigaan'.

Meloyakan benak

Dialog-dialog seperti ini tentunya memualkan dan meloyakan benak orang-orang yang masih ada sensitiviti terhadap agama. Sungguh aneh! Kedangkalan hujah Yasmin tidak dapat dijawab oleh Bukhari dan teman-temannya.

Bolehkah diterima hujah 'melihat keindahan alam' dapat mengharuskan dua insan yang tiada ikatan pernikahan untuk duduk bermesra-mesraan sekali pun ada orang yang ketiga (seorang budak bermain jauh dari tempat tersebut)?

Adakah keputusan Yasmin menerima lamaran Indra dapat menghalalkan mereka bebas ke sana sini sebelum ada ikatan yang sah (nikah)? Adakah dengan hanya menyatakan ayahnya seorang guru agama di Universiti Islam Madinah dan ijazah UIA kepunyaan beliau dapat menjadi hujah untuk menghalalkan yang haram? Adakah munasabah bagi seorang gadis yang memiliki kelulusan dan mengetahui hukum-hakam agama Islam seperti Yasmin untuk mendedahkan aurat dan berpeluk-peluk dengan kekasihnya Indra (lihat di penghujung filem)?

Adakah para ahli akademik, mahasiswa-mahasisiwi di Universiti Islam Madinah dan UIAM tidak merasa terhina kerana nama baik institusi pengajian mereka dipermainkan oleh mereka yang bankrap jiwa ini?

Saya berpendapat mungkin bentuk 'Islam' yang difahami oleh pengarah dan pelakon filem ini (Fasha Sandha) dapat dinilai melalui rambutnya yang terbuai-buai ditiup angin, baju yang mendedahkan dada dan kain yang terbelah! Semua itu HALAL kerana ayahnya seorang guru agama di sebuah Universiti Islam yang terkemuka?

Yasmin (Fasha) ada melontarkan satu soalan, "Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak menjatuhkan hukum itu?"

Ya! Allah Azza wa Jalla telah berfirman (yang bermaksud): “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (al-Israa’ : 32)

Al-Hafiz Ibnu Kathir r.h. telah menafsirkan ayat ini dengan berkata bahawa ayat ini merupakan larangan dan tegahan Allah Azza wa Jalla terhadap hambaNya akan perbuatan zina serta melarang menghampirinya (zina) yang merupakan perkara-perkara penyebab dan pendorong untuk melakukan zina.

Yang dimaksudkan menghampiri zina di sini ialah perkara-perkara yang menjadi penyebab kepada zina seperti lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bergurau senda, bergaul dan berhubung di antara lelaki dan perempuan tanpa sebab-sebab yang dihalalkan oleh syarak, berbual-bual dengan perkara-perkara yang menaikkan syahwat dan sebagainya.

Sekat jalan kemungkaran

Islam meletakkan kaedah ‘saddu zarai`e’ - menyekat segala jalan yang mendorong kepada berlakunya satu-satu kemungkaran. Mungkin pada pengarah dan penulis lakonlayar filem ini, perbuatan Indra dan Yasmin tidak HARAM, tetapi SUNAT kerana mereka hanya menghayati keindahan alam.

Sebenarnya kecenderungan para karyawan filem tempatan untuk memberi imej buruk kepada golongan yang 'berserban dan berjubah' dan mengangkat golongan 'rendah akhlak' yang dominan dan terbanyak bukanlah fenomena baru!

Sebahagian karyawan filem Melayu begitu cenderung untuk menampilkan Islam yang kononnya liberal. Isteri kepada pengarah filem ini iaitu Erma Fatima juga pernah cuba memainkan sentimen tersebut di dalam filemnya - Perempuan Melayu Terakhir (1999). Pengarah Aziz M. Osman telah mendahului lebih awal di dalam filemnya - Fenomena (1990).

Lihat pula bagaimana imej Islam yang digambarkan di dalam Puteri Gunung Ledang (2004). Tentera kerajaan Demak (tentera Islam berpakaian serba putih) menyerang penduduk kampung yang ketakutan dan membakar rumah-rumah dalam jajahan Majapahit apabila penguasa Kadipaten-Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningral (Alex Komang) menolak tawaran Sultan Demak supaya menerima kerajaan Demak sebagai pelindungnya.

Di penghujung adegan sadis itu, Pangeran Benowo (Azmil Mustaffa) yang memimpin tentera tersebut, kelihatan puas dengan serangannya. Lihat pakaian Pangeran Benowo yang begitu segak memacu kuda dengan jubah hitam dan serban putih sambil menghunus pedang. Lihat juga keangkuhan Pangeran Benowo ketika berhadapan dengan Laksamana Hang Tuah. Mungkin untuk meraih perhatian antarabangsa (menyertai Academy Award), penerbit dan pengarah filem ini terlupa pada sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Tahniah kerana menghidangkan gambaran ‘Islam yang ganas’ di peringkat antarabangsa!

Islam tidak pernah mengajar budaya ‘barbaric’ dalam peperangan. Banyak hadis-hadis yang menerangkan adab-adab dalam peperangan. Di antaranya hadis dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Bertolaklah kamu (ke medan jihad) dengan nama Allah dan dengan Allah serta di atas agama Rasulullah dan jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak dan bayi serta perempuan dan janganlah kamu melampaui (dalam pengambilan harta rampasan sebelum ianya dibahagikan) dan hendaklah kamu menghimpunkan harta-harta rampasan kamu serta perbetulkanlah (segala urusan kamu) dan berbuat baiklah (sesama kamu) sesungguhnya Allah menyintai orang yang berbuat kebaikan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abdullah r.a bahawa seorang perempuan telah dijumpai terbunuh di dalam beberapa peperangan Rasulullah s.a.w maka Rasulullah s.a.w membantah pembunuhan ke atas perempuan dan kanak-kanak. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Hanzalah al-Katib r.a berkata: “Kami telah berperang bersama Rasulullah s.a.w maka kami telah melalui di (tempat) perempuan yang dibunuh yang dikerumuni oleh orang ramai lalu mereka berpecah (disebabkan kedatangan Rasulullah s.a.w) maka (Rasulullah s.a.w) bersabda: “Mengapa perempuan ini dibunuh dan siapa yang membunuhnya?”, kemudian (Rasulullah s.a.w) berkata kepada seorang lelaki: “Pergilah kamu kepada Khalid bin Walid dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh kamu dengan berkata: “Janganlah kamu membunuh zuriat (wanita-wanita dan anak-anak kecil) dan ‘a’siif’ (pekerja yang dibayar upah)”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perkataan “A’siif” bermaksud para pekerja yang dibayar upah bagi sesuatu pekerjaan dan juga para petani dan para pekerja pembinaan. Perlu ditegaskan di sini, peperangan dalam Islam bukanlah untuk memusnahkan bangunan dan harta benda. Hal ini boleh dirujuk dalam kitab ‘al-‘Ilaqaat ad-Dauliah Fil-Islaam, karangan Syeikh Muhammad Abi Zuhrah.

Perempuan Melayu Terakhir

Kembali kepada Perempuan Melayu Terakhir (1999), di antara dialog yang diungkapkan dalam filem ini ialah Mustika (Vanida Imran) cuba mempersoalkan pendirian tunangnya Engku Leh (Azri Iskandar) tentang Islam: "Adakah bertudung litup, itu baru Islam pada pandangan abang?"

Walaupun watak Engku Leh digambarkan sebagai seorang yang tidak waras dan ekstremis dengan ratib yang tak henti-henti dan menghunus senjata di tepi tasik (satu lagi wajah Islam yang mengelirukan), itu bukan hujah untuk mewajarkan dialog yang sebegitu biadap!

Dalam filem tersebut, watak Mustika dilihat sering menghabiskan masa bersama Heikal (Eizlan Yusof) yang menambahkan lagi konflik di antaranya dan Engku Leh. Mustika adalah seorang pencinta seni tarian kebudayaan dan mampu menyesuaikan diri dengan arus kontemporari - simbol wanita Melayu moden.

Mungkin bagi Erma Fatima, seorang ‘wanita Melayu Islam yang sejati’ ialah perempuan yang tidak menutup aurat, yang mengkhianati tunangnya (lihat adegan berahi di antara Mustika dan Heikal di dalam filem ini).

Dialog-dialog di antara Heikal dan Mustika yang sarat berbaur falsafah, mitos Hindu, hipotesis kemelayuan yang kabur – Erma dilihat cuba juga untuk menyelitkan subjek keagamaan yang kontang daripada roh Islam yang sebenar sehingga terasa Erma seakan memandai-mandai!

Aziz M. Osman pula menggambarkan yang orang-orang 'berserban dan berjubah' sebagai golongan yang jumud dan melampau apabila membantah "konsert amal" yang dijayakan oleh Isabella (Ramona Rahman) dan Suhaimi (Amy Search) demi untuk menampung kos pembedahan jantung anak perempuan kepada Azlan (M.Nasir).

Kelodak filem Melayu

Yang demikian hanyalah sedikit contoh yang dapat saya ceduk daripada kelodak dan lumpur filem-filem Melayu. Tentunya para pembaca dapat memberikan contoh-contoh lain yang lebih meloyakan lagi.

Sebagai contoh, perhatikan dialog ‘Islamik’ Erra Fazira dalam Pasrah (2000).

Persoalannya mengapa mereka terlalu prejudis terhadap golongan yang berimej agama dalam memberi ‘wajah Islam’ yang lain? Adakah ianya sebagai satu eskapisme untuk menutup kebejatan moral golongan yang mengambil mudah soal menutup aurat, golongan yang rendah akhlak, penganut ‘liberalisme’ kabur dan sejumlah besar lagi bentuk budaya hedonisme yang jelas-jelas bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya kita masyarakat Timur?

Perbuatan memberikan gambaran yang salah tentang Islam ini mestilah dihentikan dengan segera! Saya melihat sekiranya tiada usaha untuk membendung gejala 'jahil murakkab' ini, mungkin generasi 'Islam Hadhari' yang bakal lahir nanti lebih berani lagi secara terang-terangan menghalalkan zina dan seks bebas kerana – 'menghargai nafsu yang dianugerahkan Tuhan'?

Fikirkan! - um

Thursday, October 9, 2008

pemuda teladan....



Dikala Umar ibnu Khatthab ra, memangku jabatan sebagai khalifah kedatangan beberapa orang pendeta Yahudi.
Pendeta Yahudi; "Hai Khalifah Umar, anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada anda. jika anda dapat memberi jawaban kepada kami, barulah kami mau mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar2 seorang nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawaban, berarti bahwa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang nabi....
Khalifah Umar; "Silahkan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan!"
Pendeta Yahudi; "Jelaskan kepada kami tentang induk kunci mengancing langit, apakah itu? Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Tunjukkan kepada kami tentang suatu mahluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukan jin? Terangkan kepada kami tentang lima jenis mahluk yang dapat berjalan dipermukaan bumi, tetapi mahluk2 itu tidak dilahirkan dari kandungan ibu atau induknya? Beritahukan kepada kami apa yang dikatakan oleh burung puyuh disaat ia sedang berkicau? Apakah yang dikatakan oleh ayam jantan dikala ia sedang berkokok? Apakah yang dikatakan oleh kuda disaat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh katak diwaktu ia sedang bersuara? Apakah yang dikatakan oleh keledai disaat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh burung pipit pada waktu ia sedang berkicau?
Khalifah Umar; "Bagi Umar, jika ia menjawab tidak tahu atas pertanyaan2 yang memang tidak diketahui jawabannya, itu bukan suatu hal yang memalukan!"
Mendengar jawaban jawaban Khalifah Umar seperti itu, pendeta2 Yahudi yang bertanya berdiri melonjak2 kegirangan.
Pendeta Yahudi; "Sekarang kami bersaksi bahwa Muhammad memang bukan seorang nabi , dan agama Islam itu adalah batil!"
Salman al_Farisi yang saat itu hadir, segera bangkit dan berkata kepada pendeta2 Yahudi itu; "Kalian tunggu sebentar!" Ia cepat2 pergi kerumah Ali bin Abi Thalib. Setelah bertemu, Salman berkata; "Ya Abal Hasan, selamatkanlah agama Islam!"
Ali bin Abi Thalib; "Mengapa?"
Salman kemudian menceritakan apa yang dihadapi oleh Khalifah Umar ibnu Khatthab. Ali bin Abi Thalib segera saja berangkat menuju kerumah Khalifah Umar, berjalan lenggang memakai burdah peninggalan Rasulullah saw. Ketika Khalifah Umar melihat Ali, ia bangun dari tempat duduknya lalu buru2 memeluk Ali, sambil berkata; "Ya Abal Hasan, tiap ada kesulitan besar, engkau selalu kupanggil!"
Ali bin Abi Thalib; "Silahkan kalian bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan. Rasulullah saw sudah mengajarku seribu macam ilmu, dan tiap jenis dari ilmu2 itu mempunyai seribu cabang ilmu." Kemudian para pendeta mengulang kembali pertanyaannya. "Aku ingin mengajukan suatu syarat kepada kalian, yaitu jika ternyata aku nanti sudah menjawab pertanyaan2 kalian sesuai dengan yang ada didalam Taurat, kalian supaya sedia memeluk agama kami dan beriman!"
"Ya baik", jawab mereka.
Ali bin Abi Thalib; "Induk kunci adalah syirik kepada Allah. Sebab hamba Allah, baik pria maupun wanita jika ia bersyirik kepada Allah, amalnya tidak akan dapat naik sampai kehadhirat Allah."
Pendeta Yahudi; "Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu2 langit?"
Ali bin Abi Thalib; "Anak kunci itu ialah kesaksian(syahadat) bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah. Kuburan itu ialah ikan hiu(hut) yang menelan Nabi Yunus putera Matta, dan dibawa keliling 7 samudera. Mahluk itu adalah semut Nabi Sulaiman putera Nabi Dawud as, semut itu berkata kepada kaumnya; 'Hai para semut, masuklah kedalam tempat kediaman kalian, agar tidak diinjak2 leh Sulaiman dan pasukannya dalam keadaan mereka tidak sadar'. Lima mahluk itu adalah 1) Adam, 2) Hawa 3) Unta Nabi Shaleh, 4) Domba Nabi Ibrahim, 5) Tongkat Nabi Musa."
Dua pendeta Yahudi setelah mendengar jawaban Ali, segera bersyahadat.
Pendeta Yahudi; "Hai Ali, hati teman2ku sudah dihinggapi oleh sesuatu yang sama seperti iman dan keyakinan mengenai benarnya agama Islam. Sekarang masih ada satu hal lagi yang ingin kutanyakan kepada anda."
Ali bin Abi Thalib; "Tanyakanlah apa saja yang kau inginkan!"
Pendeta Yahudi; "Coba terangkan kepadaku tentang sejumlah orang yang pada zaman dahulu sudah mati selama 309 tahun, kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Bagaimana hikayat tentang mereka itu?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai pendeta Yahudi, mereka itu ialah para penghuni gua. Hikayat tentang mereka itu sudah dikisahkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Jika engkau mau, akan kubacakan kisah mereka itu."
Pendeta Yahudi; "Aku sudah banyak mendengar tentang Quran kalian itu, jika engkau memang benar2 tahu, coba sebutkan nama2 mereka, nama ayah2 mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, nama anjing mereka, nama gunung serta gua mereka, dan semua kisah mereka dari awal sampai akhir!"
Ali pun membetulkan duduknya, menekuk lutut kedepan perut, lalu ditopangnya dengan burdah yang diikatkan kepinggang.
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, Muhammad saw kekasihku telah menceritakan kepadaku, bahwa kisah itu terjadi dinegeri Rumawi, disebuah kota bernama Aphesus, atau disebut juga dengan nama Tharsus, Tetapi nama kota itu pada zaman dahulu ialah Aphesus(Aphese). Baru setelah Islam datang, kota itu berubah nama menjadi Tharsus (Tarse, sekarang terletak didalam wilayah Turki). Penduduk negri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meninggal dunia, berita kematiannya didengar oleh seorang raja persia bernama Diqyanius. Ia seorang raja kafir yang amat congkak dan dzalim. Ia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya, dan akhirnya berhasil menguasai kota Aphesus. Olehnya kota itu dijadikan ibukota kerajaan, lalu dibangunlah sebuah istana."
Pendeta Yahudi; "Jika engkau benar2 tahu, coba terangkan kepadaku bentuk istana itu, bagaimana serambi dan ruangan2nya?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, raja itu membangun istana yang sangat megah, terbuat batu marmar. Panjangnya satu farsakh(80 km) dan lebarnya pun satu farsakh. Pilar2nya yang berjumlah seribu buah, semuanya terbuat dari emas, dan lampu2 yang berjumlah seribu buah, juga semuanya terbuat dari emas. Lampu2 itu bergelantungan pada rantai2 yang terbuat perak. Tiap malam apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya. Disebelah timur serambi dibuat lubang2 cahaya sebanyak seratus buah, demikian pula disebelah baratnya. Sehingga matahari sejak mulai terbit sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi. Raja itupun membuat sebuah singgasana dari emas. Panjangnya 80 hasta dan lebarnya 40 hasta. Disebelah kanannya tersedia 80 buah kursi, semua terbuat dari emas. Disitulah para hulubalang kerajaan duduk. Disebelah kirinya juga tersedia 80 buah kursi terbuat dari emas, untuk duduk para pepatih dan penguasa2 tinggi lainnya. Raja duduk diatas singgasana dengan mengenakan mahkota diatas kepalanya."
Pendeta Yahudi; "Jika engkau benar2 tahu, coba terangkan kepadaku dari apakah mahkota itu dibuat?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, mahkota itu terbuat dari kepingan2 emas berkaki 9 buah, dan tiap kakinya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang2 menerangi kegelapan malam. Raja itu juga mempuyai 50 orang pelayan, terdiri dari anak2 para hulubalang. Semuanya memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Celana mereka juga terbuat dari sutera berwarna hijau. Semuanya dihas dengan gelang2 kaki yang sangat indah. Masing2 diberi tongkat terbuat dari emas. Mereka harus berdiri dibelakang raja. Selain mereka, raja juga mengangkat 6 orang, terdiri dari anak2 para cendekiawan, untuk dijadian menteri2 atau pembantu2nya. Raja tidak mengambil suatu keputusan apapun tanpa berunding lebih dulu dengan mereka. 6 orang pembantu itu selalu berada dikanan-kiri raja, 3 orang berdiri disebelah kanan dan yang 3 orang lainnya berdiri disebelah kiri."
Pendeta Yahudi; "Jika yang engkau katakan benar, coba sebutkan nama 6 orang yang menjadi pembantu2 raja itu?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, kekasihku Muhammad saw, menceritakan kepadaku, bahwa 3 orang yang berdiri disebelah kanan raja, masing2 bernama Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina. Adapun 3 orang pembantu yang berdiri disebelah kiri, masing2 bernama Martelius, Casitius, dan Sidemius. Raja selalu berunding dengan mereka mengenai segaa urusan.

Wednesday, October 8, 2008

apa dah jadi...




salam...

pagi tadi saja jalan2 nak pergi sarapan... so singgah la bilik seorang kawan nie.... ternyata dia sedang melayari internet... sembang punya sembang maka ana pun pergi la beli makann dulu dan makan di bilik dia....

yang dijadikan cerita kat sini adalah apabila dia tunjuk myspace seorang budak nie...dengaq kata dia nie anak seorang MP, n yg nak cerita nya kat sini adalah myspace dia tu keterlaluan terok nya....

saya tidak kisah jika kita bercakap mengenai anak seorang MP amerika yang beragama kristien...tapi lebih terok dia adalah anak seorang MP malaysia yang beragama islam dan anak melayu kita nie la.... lagi satu yg menjadi kemusykilan adalah ayahnya join parti politik yg bercorak islamik sikit..

saya bukan nak komen apa...tapi dimanakah kita sekarang ini... mungkin ini ujian kepada keluarga dia...tapi amat tidak elok kerana dia mencerminkan orang lain jugak....

ALLAHU'ALAM... apa pun yang saya dapat katakan daripada pemerhatian saya pada blog dia adalah dia ni langsung tak malu dengan perbuatan dia yang memang sgt2 hedonisme... jika suatu ketika dulu ayah dia menentang hedonisme dengan berceramah ke merata tempat...tapi apa yg telah berlaku sekranag.....?

ya ALLAH lindungilah kami........

Sunday, October 5, 2008

kasihku abadi



baba wa mama.....hehe

ziarah memberi pengalaman

Bismillah…alhamdulillah…

Secara ikhlasnya siapa yang tidak b#r#ng apabila terpaksa berada di meja makan selama hampir sejam.. bukan sebab apa.. mungkin kerana tekanan waktu, keadaan, malu, hormat dan tempat yang hendak dituju selepas itu… itulah dialog kecil yang hati lemah ini mampu katakan… tapi apa pun aku amat berterima kasih padaNYA kerana memilih aku…

Seribu satu mutiara
Dr bercakap panjang.. tentang pelbagai benda… bermula dengan apa pun aku tidak pasti.. tapi yang pasti hari ini aku menulis untuk mengingati semula seribu satu mutiara yang dr berikan..

Yang aku ingat dr ada bercakap tentang kemalangan jalan raya, kanser pancreas, penceramah yang kena serangan jantung, dr.jamnul yang masuk CCU, dan student yang buat HO tapi tertekan and tak nak sambung pelajaran.. sebagai konklusi kepada semua ini sebenarnya dr ingin katakan bahawa kita ini sebagai hamba ALLAH perlu menurut ALLAH, dan jangan kita anggap bahawa ada yang lain yang dapat menolong kita selain ALLAH, dan bahawa sesungguhnya hidup ini lebih indah jika semuanya kerana ALLAH..

Sebenarnya dr seorang yang amat berpegang kepada tasauf.. percakapan.. perbuatan.. maksudnya keseluruhan tingkahlakunya… tambahnya lagi kita ni kena selalu berdoa.. ya ALLAH jangan lah engkau lepaskan aku walau sesaat dengan kehendak aku.. betapa hidup kita ini perlu disandarkan kepada ALLAH..

Dr ada bercerita tentang seorang pesakit yang telah diambil x-ray pankreasnya tapi tidak Nampak pun kanser yang ada disitu.. betapa ALLAH berkuasa mengijab semua itu walaupun dikendalikan oleh seorang yang pakar… maka siapakah yang lebih pakar disini? Bila ALLAH tentukan seseorang itu mati kerana kanser pancreas maka buat pi la apa pun maka kematiannya tetap disitu.. pesakit itu kemudiannya pergi buat rawatan di island dan disana barulah dr mengesahkan bahawa ada barah pada pankreasnya, namun dr itu tidak dapat berbuat apa kerana barah itu dah kritikal… dr.rahman ada menambah lagi, bahawa setibanya pesakit itu ke kedah dia memberitahu dr di kmc bahawa sebenarnya ada barah disitu.. hm, dr berterima kasih kerana pesakit itu sanggup memberitah dan memaafkan dr yang tidak dapat diagnose penyakitnya itu… on the other hand, tambah dr ada jugak pesakit yang akan saman or marah2 dr sebab tak dapat diagnose penyakitnya tu.. dr.rahman tanya.. “sebenarnya yang sebenarnya tu dia marah pada siapa? Pada dr?? or…..” hm…. Itulah peribadi manusia….

Banyak lagi dr perkatakan dalam perbualan singkat yang disangkakan lama ini.. betapa ruginya aku… sebagai konklusi nya disini aku merasakan bahawa dr ingin katakan disini bahawa ALLAH lah yang menentukan segalanya dan kita mesti seniasa bersyukur atas segala nikmat dari ALLAH… nikmat itu ujian… dan kita mesti ada satu amalan istiqomah yang akan membuat kita terselamat dari bala’ ALLAH…

Astaqfirullah…