Thursday, October 30, 2008

Thursday, October 23, 2008

dalam kenangan




huhu...pi hantaq syasya...

IKHTILAT

IKHTILAT

Copy & Paste dari
http://www.raudhah.com/index.php?option=com_smf&Itemid=27&topic=2658

Assalamualaikum wbt

Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT


Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".


Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Wallahua'lam.

Sunday, October 19, 2008

rahsia-rahsia bulan dan kelahiran




Rahsia Bulan dan Kelahiran...Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh:Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura
.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri
.* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Friday, October 17, 2008

filem2 negaraKU!!






Oleh PELAJAR MALAYSIA PRIHATIN
Sana'a, Yaman
Beberapa tahun kebelakangan ini industri perfileman Malaysia mengalami beberapa perkembangan yang baik dari aspek teknik pembikinannya seperti sinematografi, sistem bunyi, nilai estetika yang memikat dan dapat memanfaatkan teori mise 'en scene walau pun masih ada banyak lagi yang boleh diperbaiki.

Sebahagian tema yang cuba diketengahkan oleh para pembikin filem kita nampaknya sudah dapat keluar daripada sekadar berkisar pada naratif klise 'cinta murahan' (walaupun hanya beberapa buah filem).

Saya tidak berhasrat untuk mengulas berkenaan itu kerana tentunya para pengkritik filem di dada-dada akhbar di tanahair kita dapat memainkan peranan tersebut dengan lebih baik demi meningkatkan kualiti filem tempatan.

Mentaliti pembikin filem

Cuma yang menyedihkan ialah mentaliti para pengarah, penulis skrip/lakonlayar, pelakon dan khalayak penontonnya sahaja yang dirasakan masih 'lemau'. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kejahilan mereka apabila mana-mana produk filem atau drama yang diadunkan dengan 'resipi' agama ternyata mendedahkan sikap 'jahil lagi menjahilkan'.

Tentunya hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat 'Islam Hadhari' yang berteraskan ilmu pengetahuan terbantut kerana fenomena 'pengarah filem Melayu jahil'! Tuduhan ini bukannya tidak berasas kerana terbukti filem atau drama berperanan sebagai medium yang mampu mempengaruhi peta pemikiran masyarakat. Bagi saya tentunya pembangunan masyarakat 'Islam Hadhari' yang berteraskan ilmu pengetahuan tidak sekali-kali mengetepikan ilmu agama khususnya agama Islam.

Bagaimana agaknya mentaliti masyarakat sekiranya disumbat dengan anasir 'kejahilan dan kedangkalan' filem tempatan apabila ianya bersangkut dengan perkara hukum-hakam dan akhlak Islam.

Saya cuba mengajak para pembaca meneliti beberapa contoh berikut:

Filem: Berlari ke Langit (2004)
Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd
Arahan dan lakonlayar: Bade Hj. Azmi

Watak Indra (Rosyam Nor) sedang berdoa, kemudian Indra bersalam dengan adik lelakinya, Iman (adik Danial Hazly). Mereka kelihatan baru selesai mengerjakan solat Subuh berjemaah. Anehnya sebagai makmum, Iman berada di sebelah kiri abangnya.

Di sini tampak jelas dua kemungkinan, sama ada telah berlaku kesilapan semasa penggambaran atau pun pengarah filem ini seorang yang jahil berkenaan ilmu fekah. Bagaimana seorang makmum lelaki boleh berada di sebelah kiri imam? Tidakkah ada seorang pun di set penggambaran yang mampu menegur kelemahan yang terlalu ketara ini?

Selesai itu Indra pun berjalan mendekati jendela lalu memandang ke luar, kedengaran suara Indra berkata kepada dirinya, "Lambat lagi nak masuk Subuh ..." sedangkan shot ketika itu dengan jelas menunjukkan telah terbit fajar sadiq, tanda telah masuk waktu Subuh.

Persoalannya ialah adakah Indra dan adiknya tadi sedang mengerjakan solat tahajjud atau yang dimaksudkan oleh Indra dengan 'subuh' ialah 'pagi'?

Bolehkah makmum lelaki berada di sebelah kiri imam tanpa sebab? Masalah ini terjawab melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud:

"Aku telah bersolat bersama-sama Nabi S.A.W di suatu malam, maka aku berdiri di sebelah kirinya (Rasulullah S.A.W) lantas Rasulullah S.A.W memegang kepalaku dari arah belakang lalu meletakkan aku ke sebelah kanan baginda". (H.riw. al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menunjukkan bahawa kedudukan yang betul bagi seorang makmum adalah di sebelah kanan (apabila solat berjemaah itu didirikan secara berdua). Perbuatan Nabi S.A.W memindahkan Ibnu Abbas r.a. menunjukkan kedudukan yang betul di dalam solat sama ada solat fardhu atau pun sunat.

Putar-belit hukum agama

Satu lagi ketelanjuran yang tidak dapat dimaafkan ialah kejahilan penulis lakonlayar, pengarah, para pelakon dan mereka yang terlibat dalam produksi filem ini dalam memutar-belitkan hukum hakam agama.

Dalam satu babak yang lain kelihatan sepasang kekasih iaitu Indra dan Cikgu Yasmin (Fasha Sandha) sedang duduk berbual-bual di lereng bukit yang mengadap laut luas.

Sedang mereka berbual-bual dan bergelak ketawa tiba-tiba muncul beberapa orang lelaki berjubah dan berserban yang diketuai oleh Bukhari (suami kepada Zulhijjah - bekas kekasih Indra) sedang menghampiri mereka. Sebaik menjawab salam Cikgu Yasmin, Bukhari (Hasnul Rahmat) dengan tegas telah berkata:

Bukhari: Inikah yang dinamakan cinta? Seorang gadis yang bergelar guru, dianggap mulia dari segi agama berdua-duaan bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya di tempat yang tiada manusia lain.

Yasmin: Mungkin tempat indah ini diciptakan Tuhan untuk insan seperti kami, yang tahu mengguna ke arah kebaikan.

Bukhari: Apa yang anti (awak) boleh dapat di sini melainkan membuat keburukan?

Indra: (Bangun lalu berdiri menghadap Bukhari) Apa benda yang kami buat?

Bukhari: Apa lagi kalau bukan dua orang yang ...

Yasmin: Cuma orang yang berjiwa halus tahu menghargai ciptaan Tuhannya. Tengok kecantikan sekeliling kamu ni. Apa yang kamu nampak?

Bukhari: Anti (awak) tak perlu mengajar ana (saya). Haram tetap haram!

Yasmin: Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak menjatuhkan hukum itu?

Bukhari: Anti (awak) tahu apa yang anti (awak) cakap? Tahu?

Yasmin: Ayah saya seorang guru agama di Universiti Islam di Madinah dan saya mempunyai ijazah dari UIA. Saya faham sangat hal-hal hukum agama Islam ni. Tapi kalau kamu semua bersusah payah panjat bukit ni semata-mata nak menjatuhkan maruah kami ... terserahlah. Sebab tiada yang jahat yang kami lakukan di sini selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan, dan Indra pun telah melamar saya dan saya menerimanya.

Tiba-tiba muncul adik lelaki Indra, Iman dari bawah bukit lalu berkata sesuatu. Bukhari dan teman-temannya tersipu-sipu lalu beredar dari situ kerana ternyata Indra dan Cikgu Yasmin tidak 'berdua-duaan' tetapi 'bertiga-tigaan'.

Meloyakan benak

Dialog-dialog seperti ini tentunya memualkan dan meloyakan benak orang-orang yang masih ada sensitiviti terhadap agama. Sungguh aneh! Kedangkalan hujah Yasmin tidak dapat dijawab oleh Bukhari dan teman-temannya.

Bolehkah diterima hujah 'melihat keindahan alam' dapat mengharuskan dua insan yang tiada ikatan pernikahan untuk duduk bermesra-mesraan sekali pun ada orang yang ketiga (seorang budak bermain jauh dari tempat tersebut)?

Adakah keputusan Yasmin menerima lamaran Indra dapat menghalalkan mereka bebas ke sana sini sebelum ada ikatan yang sah (nikah)? Adakah dengan hanya menyatakan ayahnya seorang guru agama di Universiti Islam Madinah dan ijazah UIA kepunyaan beliau dapat menjadi hujah untuk menghalalkan yang haram? Adakah munasabah bagi seorang gadis yang memiliki kelulusan dan mengetahui hukum-hakam agama Islam seperti Yasmin untuk mendedahkan aurat dan berpeluk-peluk dengan kekasihnya Indra (lihat di penghujung filem)?

Adakah para ahli akademik, mahasiswa-mahasisiwi di Universiti Islam Madinah dan UIAM tidak merasa terhina kerana nama baik institusi pengajian mereka dipermainkan oleh mereka yang bankrap jiwa ini?

Saya berpendapat mungkin bentuk 'Islam' yang difahami oleh pengarah dan pelakon filem ini (Fasha Sandha) dapat dinilai melalui rambutnya yang terbuai-buai ditiup angin, baju yang mendedahkan dada dan kain yang terbelah! Semua itu HALAL kerana ayahnya seorang guru agama di sebuah Universiti Islam yang terkemuka?

Yasmin (Fasha) ada melontarkan satu soalan, "Siapa yang berkata begitu? Bukankah Tuhan saja yang berhak menjatuhkan hukum itu?"

Ya! Allah Azza wa Jalla telah berfirman (yang bermaksud): “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (al-Israa’ : 32)

Al-Hafiz Ibnu Kathir r.h. telah menafsirkan ayat ini dengan berkata bahawa ayat ini merupakan larangan dan tegahan Allah Azza wa Jalla terhadap hambaNya akan perbuatan zina serta melarang menghampirinya (zina) yang merupakan perkara-perkara penyebab dan pendorong untuk melakukan zina.

Yang dimaksudkan menghampiri zina di sini ialah perkara-perkara yang menjadi penyebab kepada zina seperti lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bergurau senda, bergaul dan berhubung di antara lelaki dan perempuan tanpa sebab-sebab yang dihalalkan oleh syarak, berbual-bual dengan perkara-perkara yang menaikkan syahwat dan sebagainya.

Sekat jalan kemungkaran

Islam meletakkan kaedah ‘saddu zarai`e’ - menyekat segala jalan yang mendorong kepada berlakunya satu-satu kemungkaran. Mungkin pada pengarah dan penulis lakonlayar filem ini, perbuatan Indra dan Yasmin tidak HARAM, tetapi SUNAT kerana mereka hanya menghayati keindahan alam.

Sebenarnya kecenderungan para karyawan filem tempatan untuk memberi imej buruk kepada golongan yang 'berserban dan berjubah' dan mengangkat golongan 'rendah akhlak' yang dominan dan terbanyak bukanlah fenomena baru!

Sebahagian karyawan filem Melayu begitu cenderung untuk menampilkan Islam yang kononnya liberal. Isteri kepada pengarah filem ini iaitu Erma Fatima juga pernah cuba memainkan sentimen tersebut di dalam filemnya - Perempuan Melayu Terakhir (1999). Pengarah Aziz M. Osman telah mendahului lebih awal di dalam filemnya - Fenomena (1990).

Lihat pula bagaimana imej Islam yang digambarkan di dalam Puteri Gunung Ledang (2004). Tentera kerajaan Demak (tentera Islam berpakaian serba putih) menyerang penduduk kampung yang ketakutan dan membakar rumah-rumah dalam jajahan Majapahit apabila penguasa Kadipaten-Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningral (Alex Komang) menolak tawaran Sultan Demak supaya menerima kerajaan Demak sebagai pelindungnya.

Di penghujung adegan sadis itu, Pangeran Benowo (Azmil Mustaffa) yang memimpin tentera tersebut, kelihatan puas dengan serangannya. Lihat pakaian Pangeran Benowo yang begitu segak memacu kuda dengan jubah hitam dan serban putih sambil menghunus pedang. Lihat juga keangkuhan Pangeran Benowo ketika berhadapan dengan Laksamana Hang Tuah. Mungkin untuk meraih perhatian antarabangsa (menyertai Academy Award), penerbit dan pengarah filem ini terlupa pada sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Tahniah kerana menghidangkan gambaran ‘Islam yang ganas’ di peringkat antarabangsa!

Islam tidak pernah mengajar budaya ‘barbaric’ dalam peperangan. Banyak hadis-hadis yang menerangkan adab-adab dalam peperangan. Di antaranya hadis dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Bertolaklah kamu (ke medan jihad) dengan nama Allah dan dengan Allah serta di atas agama Rasulullah dan jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak dan bayi serta perempuan dan janganlah kamu melampaui (dalam pengambilan harta rampasan sebelum ianya dibahagikan) dan hendaklah kamu menghimpunkan harta-harta rampasan kamu serta perbetulkanlah (segala urusan kamu) dan berbuat baiklah (sesama kamu) sesungguhnya Allah menyintai orang yang berbuat kebaikan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abdullah r.a bahawa seorang perempuan telah dijumpai terbunuh di dalam beberapa peperangan Rasulullah s.a.w maka Rasulullah s.a.w membantah pembunuhan ke atas perempuan dan kanak-kanak. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Hanzalah al-Katib r.a berkata: “Kami telah berperang bersama Rasulullah s.a.w maka kami telah melalui di (tempat) perempuan yang dibunuh yang dikerumuni oleh orang ramai lalu mereka berpecah (disebabkan kedatangan Rasulullah s.a.w) maka (Rasulullah s.a.w) bersabda: “Mengapa perempuan ini dibunuh dan siapa yang membunuhnya?”, kemudian (Rasulullah s.a.w) berkata kepada seorang lelaki: “Pergilah kamu kepada Khalid bin Walid dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh kamu dengan berkata: “Janganlah kamu membunuh zuriat (wanita-wanita dan anak-anak kecil) dan ‘a’siif’ (pekerja yang dibayar upah)”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perkataan “A’siif” bermaksud para pekerja yang dibayar upah bagi sesuatu pekerjaan dan juga para petani dan para pekerja pembinaan. Perlu ditegaskan di sini, peperangan dalam Islam bukanlah untuk memusnahkan bangunan dan harta benda. Hal ini boleh dirujuk dalam kitab ‘al-‘Ilaqaat ad-Dauliah Fil-Islaam, karangan Syeikh Muhammad Abi Zuhrah.

Perempuan Melayu Terakhir

Kembali kepada Perempuan Melayu Terakhir (1999), di antara dialog yang diungkapkan dalam filem ini ialah Mustika (Vanida Imran) cuba mempersoalkan pendirian tunangnya Engku Leh (Azri Iskandar) tentang Islam: "Adakah bertudung litup, itu baru Islam pada pandangan abang?"

Walaupun watak Engku Leh digambarkan sebagai seorang yang tidak waras dan ekstremis dengan ratib yang tak henti-henti dan menghunus senjata di tepi tasik (satu lagi wajah Islam yang mengelirukan), itu bukan hujah untuk mewajarkan dialog yang sebegitu biadap!

Dalam filem tersebut, watak Mustika dilihat sering menghabiskan masa bersama Heikal (Eizlan Yusof) yang menambahkan lagi konflik di antaranya dan Engku Leh. Mustika adalah seorang pencinta seni tarian kebudayaan dan mampu menyesuaikan diri dengan arus kontemporari - simbol wanita Melayu moden.

Mungkin bagi Erma Fatima, seorang ‘wanita Melayu Islam yang sejati’ ialah perempuan yang tidak menutup aurat, yang mengkhianati tunangnya (lihat adegan berahi di antara Mustika dan Heikal di dalam filem ini).

Dialog-dialog di antara Heikal dan Mustika yang sarat berbaur falsafah, mitos Hindu, hipotesis kemelayuan yang kabur – Erma dilihat cuba juga untuk menyelitkan subjek keagamaan yang kontang daripada roh Islam yang sebenar sehingga terasa Erma seakan memandai-mandai!

Aziz M. Osman pula menggambarkan yang orang-orang 'berserban dan berjubah' sebagai golongan yang jumud dan melampau apabila membantah "konsert amal" yang dijayakan oleh Isabella (Ramona Rahman) dan Suhaimi (Amy Search) demi untuk menampung kos pembedahan jantung anak perempuan kepada Azlan (M.Nasir).

Kelodak filem Melayu

Yang demikian hanyalah sedikit contoh yang dapat saya ceduk daripada kelodak dan lumpur filem-filem Melayu. Tentunya para pembaca dapat memberikan contoh-contoh lain yang lebih meloyakan lagi.

Sebagai contoh, perhatikan dialog ‘Islamik’ Erra Fazira dalam Pasrah (2000).

Persoalannya mengapa mereka terlalu prejudis terhadap golongan yang berimej agama dalam memberi ‘wajah Islam’ yang lain? Adakah ianya sebagai satu eskapisme untuk menutup kebejatan moral golongan yang mengambil mudah soal menutup aurat, golongan yang rendah akhlak, penganut ‘liberalisme’ kabur dan sejumlah besar lagi bentuk budaya hedonisme yang jelas-jelas bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya kita masyarakat Timur?

Perbuatan memberikan gambaran yang salah tentang Islam ini mestilah dihentikan dengan segera! Saya melihat sekiranya tiada usaha untuk membendung gejala 'jahil murakkab' ini, mungkin generasi 'Islam Hadhari' yang bakal lahir nanti lebih berani lagi secara terang-terangan menghalalkan zina dan seks bebas kerana – 'menghargai nafsu yang dianugerahkan Tuhan'?

Fikirkan! - um

Thursday, October 9, 2008

pemuda teladan....



Dikala Umar ibnu Khatthab ra, memangku jabatan sebagai khalifah kedatangan beberapa orang pendeta Yahudi.
Pendeta Yahudi; "Hai Khalifah Umar, anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada anda. jika anda dapat memberi jawaban kepada kami, barulah kami mau mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar2 seorang nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawaban, berarti bahwa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang nabi....
Khalifah Umar; "Silahkan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan!"
Pendeta Yahudi; "Jelaskan kepada kami tentang induk kunci mengancing langit, apakah itu? Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Tunjukkan kepada kami tentang suatu mahluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukan jin? Terangkan kepada kami tentang lima jenis mahluk yang dapat berjalan dipermukaan bumi, tetapi mahluk2 itu tidak dilahirkan dari kandungan ibu atau induknya? Beritahukan kepada kami apa yang dikatakan oleh burung puyuh disaat ia sedang berkicau? Apakah yang dikatakan oleh ayam jantan dikala ia sedang berkokok? Apakah yang dikatakan oleh kuda disaat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh katak diwaktu ia sedang bersuara? Apakah yang dikatakan oleh keledai disaat ia sedang meringkik? Apakah yang dikatakan oleh burung pipit pada waktu ia sedang berkicau?
Khalifah Umar; "Bagi Umar, jika ia menjawab tidak tahu atas pertanyaan2 yang memang tidak diketahui jawabannya, itu bukan suatu hal yang memalukan!"
Mendengar jawaban jawaban Khalifah Umar seperti itu, pendeta2 Yahudi yang bertanya berdiri melonjak2 kegirangan.
Pendeta Yahudi; "Sekarang kami bersaksi bahwa Muhammad memang bukan seorang nabi , dan agama Islam itu adalah batil!"
Salman al_Farisi yang saat itu hadir, segera bangkit dan berkata kepada pendeta2 Yahudi itu; "Kalian tunggu sebentar!" Ia cepat2 pergi kerumah Ali bin Abi Thalib. Setelah bertemu, Salman berkata; "Ya Abal Hasan, selamatkanlah agama Islam!"
Ali bin Abi Thalib; "Mengapa?"
Salman kemudian menceritakan apa yang dihadapi oleh Khalifah Umar ibnu Khatthab. Ali bin Abi Thalib segera saja berangkat menuju kerumah Khalifah Umar, berjalan lenggang memakai burdah peninggalan Rasulullah saw. Ketika Khalifah Umar melihat Ali, ia bangun dari tempat duduknya lalu buru2 memeluk Ali, sambil berkata; "Ya Abal Hasan, tiap ada kesulitan besar, engkau selalu kupanggil!"
Ali bin Abi Thalib; "Silahkan kalian bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan. Rasulullah saw sudah mengajarku seribu macam ilmu, dan tiap jenis dari ilmu2 itu mempunyai seribu cabang ilmu." Kemudian para pendeta mengulang kembali pertanyaannya. "Aku ingin mengajukan suatu syarat kepada kalian, yaitu jika ternyata aku nanti sudah menjawab pertanyaan2 kalian sesuai dengan yang ada didalam Taurat, kalian supaya sedia memeluk agama kami dan beriman!"
"Ya baik", jawab mereka.
Ali bin Abi Thalib; "Induk kunci adalah syirik kepada Allah. Sebab hamba Allah, baik pria maupun wanita jika ia bersyirik kepada Allah, amalnya tidak akan dapat naik sampai kehadhirat Allah."
Pendeta Yahudi; "Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu2 langit?"
Ali bin Abi Thalib; "Anak kunci itu ialah kesaksian(syahadat) bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah. Kuburan itu ialah ikan hiu(hut) yang menelan Nabi Yunus putera Matta, dan dibawa keliling 7 samudera. Mahluk itu adalah semut Nabi Sulaiman putera Nabi Dawud as, semut itu berkata kepada kaumnya; 'Hai para semut, masuklah kedalam tempat kediaman kalian, agar tidak diinjak2 leh Sulaiman dan pasukannya dalam keadaan mereka tidak sadar'. Lima mahluk itu adalah 1) Adam, 2) Hawa 3) Unta Nabi Shaleh, 4) Domba Nabi Ibrahim, 5) Tongkat Nabi Musa."
Dua pendeta Yahudi setelah mendengar jawaban Ali, segera bersyahadat.
Pendeta Yahudi; "Hai Ali, hati teman2ku sudah dihinggapi oleh sesuatu yang sama seperti iman dan keyakinan mengenai benarnya agama Islam. Sekarang masih ada satu hal lagi yang ingin kutanyakan kepada anda."
Ali bin Abi Thalib; "Tanyakanlah apa saja yang kau inginkan!"
Pendeta Yahudi; "Coba terangkan kepadaku tentang sejumlah orang yang pada zaman dahulu sudah mati selama 309 tahun, kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Bagaimana hikayat tentang mereka itu?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai pendeta Yahudi, mereka itu ialah para penghuni gua. Hikayat tentang mereka itu sudah dikisahkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Jika engkau mau, akan kubacakan kisah mereka itu."
Pendeta Yahudi; "Aku sudah banyak mendengar tentang Quran kalian itu, jika engkau memang benar2 tahu, coba sebutkan nama2 mereka, nama ayah2 mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, nama anjing mereka, nama gunung serta gua mereka, dan semua kisah mereka dari awal sampai akhir!"
Ali pun membetulkan duduknya, menekuk lutut kedepan perut, lalu ditopangnya dengan burdah yang diikatkan kepinggang.
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, Muhammad saw kekasihku telah menceritakan kepadaku, bahwa kisah itu terjadi dinegeri Rumawi, disebuah kota bernama Aphesus, atau disebut juga dengan nama Tharsus, Tetapi nama kota itu pada zaman dahulu ialah Aphesus(Aphese). Baru setelah Islam datang, kota itu berubah nama menjadi Tharsus (Tarse, sekarang terletak didalam wilayah Turki). Penduduk negri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meninggal dunia, berita kematiannya didengar oleh seorang raja persia bernama Diqyanius. Ia seorang raja kafir yang amat congkak dan dzalim. Ia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya, dan akhirnya berhasil menguasai kota Aphesus. Olehnya kota itu dijadikan ibukota kerajaan, lalu dibangunlah sebuah istana."
Pendeta Yahudi; "Jika engkau benar2 tahu, coba terangkan kepadaku bentuk istana itu, bagaimana serambi dan ruangan2nya?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, raja itu membangun istana yang sangat megah, terbuat batu marmar. Panjangnya satu farsakh(80 km) dan lebarnya pun satu farsakh. Pilar2nya yang berjumlah seribu buah, semuanya terbuat dari emas, dan lampu2 yang berjumlah seribu buah, juga semuanya terbuat dari emas. Lampu2 itu bergelantungan pada rantai2 yang terbuat perak. Tiap malam apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya. Disebelah timur serambi dibuat lubang2 cahaya sebanyak seratus buah, demikian pula disebelah baratnya. Sehingga matahari sejak mulai terbit sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi. Raja itupun membuat sebuah singgasana dari emas. Panjangnya 80 hasta dan lebarnya 40 hasta. Disebelah kanannya tersedia 80 buah kursi, semua terbuat dari emas. Disitulah para hulubalang kerajaan duduk. Disebelah kirinya juga tersedia 80 buah kursi terbuat dari emas, untuk duduk para pepatih dan penguasa2 tinggi lainnya. Raja duduk diatas singgasana dengan mengenakan mahkota diatas kepalanya."
Pendeta Yahudi; "Jika engkau benar2 tahu, coba terangkan kepadaku dari apakah mahkota itu dibuat?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, mahkota itu terbuat dari kepingan2 emas berkaki 9 buah, dan tiap kakinya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang2 menerangi kegelapan malam. Raja itu juga mempuyai 50 orang pelayan, terdiri dari anak2 para hulubalang. Semuanya memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Celana mereka juga terbuat dari sutera berwarna hijau. Semuanya dihas dengan gelang2 kaki yang sangat indah. Masing2 diberi tongkat terbuat dari emas. Mereka harus berdiri dibelakang raja. Selain mereka, raja juga mengangkat 6 orang, terdiri dari anak2 para cendekiawan, untuk dijadian menteri2 atau pembantu2nya. Raja tidak mengambil suatu keputusan apapun tanpa berunding lebih dulu dengan mereka. 6 orang pembantu itu selalu berada dikanan-kiri raja, 3 orang berdiri disebelah kanan dan yang 3 orang lainnya berdiri disebelah kiri."
Pendeta Yahudi; "Jika yang engkau katakan benar, coba sebutkan nama 6 orang yang menjadi pembantu2 raja itu?"
Ali bin Abi Thalib; "Hai saudara Yahudi, kekasihku Muhammad saw, menceritakan kepadaku, bahwa 3 orang yang berdiri disebelah kanan raja, masing2 bernama Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina. Adapun 3 orang pembantu yang berdiri disebelah kiri, masing2 bernama Martelius, Casitius, dan Sidemius. Raja selalu berunding dengan mereka mengenai segaa urusan.

Wednesday, October 8, 2008

apa dah jadi...




salam...

pagi tadi saja jalan2 nak pergi sarapan... so singgah la bilik seorang kawan nie.... ternyata dia sedang melayari internet... sembang punya sembang maka ana pun pergi la beli makann dulu dan makan di bilik dia....

yang dijadikan cerita kat sini adalah apabila dia tunjuk myspace seorang budak nie...dengaq kata dia nie anak seorang MP, n yg nak cerita nya kat sini adalah myspace dia tu keterlaluan terok nya....

saya tidak kisah jika kita bercakap mengenai anak seorang MP amerika yang beragama kristien...tapi lebih terok dia adalah anak seorang MP malaysia yang beragama islam dan anak melayu kita nie la.... lagi satu yg menjadi kemusykilan adalah ayahnya join parti politik yg bercorak islamik sikit..

saya bukan nak komen apa...tapi dimanakah kita sekarang ini... mungkin ini ujian kepada keluarga dia...tapi amat tidak elok kerana dia mencerminkan orang lain jugak....

ALLAHU'ALAM... apa pun yang saya dapat katakan daripada pemerhatian saya pada blog dia adalah dia ni langsung tak malu dengan perbuatan dia yang memang sgt2 hedonisme... jika suatu ketika dulu ayah dia menentang hedonisme dengan berceramah ke merata tempat...tapi apa yg telah berlaku sekranag.....?

ya ALLAH lindungilah kami........

Sunday, October 5, 2008

kasihku abadi



baba wa mama.....hehe

ziarah memberi pengalaman

Bismillah…alhamdulillah…

Secara ikhlasnya siapa yang tidak b#r#ng apabila terpaksa berada di meja makan selama hampir sejam.. bukan sebab apa.. mungkin kerana tekanan waktu, keadaan, malu, hormat dan tempat yang hendak dituju selepas itu… itulah dialog kecil yang hati lemah ini mampu katakan… tapi apa pun aku amat berterima kasih padaNYA kerana memilih aku…

Seribu satu mutiara
Dr bercakap panjang.. tentang pelbagai benda… bermula dengan apa pun aku tidak pasti.. tapi yang pasti hari ini aku menulis untuk mengingati semula seribu satu mutiara yang dr berikan..

Yang aku ingat dr ada bercakap tentang kemalangan jalan raya, kanser pancreas, penceramah yang kena serangan jantung, dr.jamnul yang masuk CCU, dan student yang buat HO tapi tertekan and tak nak sambung pelajaran.. sebagai konklusi kepada semua ini sebenarnya dr ingin katakan bahawa kita ini sebagai hamba ALLAH perlu menurut ALLAH, dan jangan kita anggap bahawa ada yang lain yang dapat menolong kita selain ALLAH, dan bahawa sesungguhnya hidup ini lebih indah jika semuanya kerana ALLAH..

Sebenarnya dr seorang yang amat berpegang kepada tasauf.. percakapan.. perbuatan.. maksudnya keseluruhan tingkahlakunya… tambahnya lagi kita ni kena selalu berdoa.. ya ALLAH jangan lah engkau lepaskan aku walau sesaat dengan kehendak aku.. betapa hidup kita ini perlu disandarkan kepada ALLAH..

Dr ada bercerita tentang seorang pesakit yang telah diambil x-ray pankreasnya tapi tidak Nampak pun kanser yang ada disitu.. betapa ALLAH berkuasa mengijab semua itu walaupun dikendalikan oleh seorang yang pakar… maka siapakah yang lebih pakar disini? Bila ALLAH tentukan seseorang itu mati kerana kanser pancreas maka buat pi la apa pun maka kematiannya tetap disitu.. pesakit itu kemudiannya pergi buat rawatan di island dan disana barulah dr mengesahkan bahawa ada barah pada pankreasnya, namun dr itu tidak dapat berbuat apa kerana barah itu dah kritikal… dr.rahman ada menambah lagi, bahawa setibanya pesakit itu ke kedah dia memberitahu dr di kmc bahawa sebenarnya ada barah disitu.. hm, dr berterima kasih kerana pesakit itu sanggup memberitah dan memaafkan dr yang tidak dapat diagnose penyakitnya itu… on the other hand, tambah dr ada jugak pesakit yang akan saman or marah2 dr sebab tak dapat diagnose penyakitnya tu.. dr.rahman tanya.. “sebenarnya yang sebenarnya tu dia marah pada siapa? Pada dr?? or…..” hm…. Itulah peribadi manusia….

Banyak lagi dr perkatakan dalam perbualan singkat yang disangkakan lama ini.. betapa ruginya aku… sebagai konklusi nya disini aku merasakan bahawa dr ingin katakan disini bahawa ALLAH lah yang menentukan segalanya dan kita mesti seniasa bersyukur atas segala nikmat dari ALLAH… nikmat itu ujian… dan kita mesti ada satu amalan istiqomah yang akan membuat kita terselamat dari bala’ ALLAH…

Astaqfirullah…

fikir2kan..

Bismillah..alhamdulillah..

Semalam(29 ramadhan) dah buat iftar, dekat deejay… hm…walaupun dapat feedback kata ramai yang nak datang tapi mungkin atas alasan hujan sama so ramai yang tak dapat bersama.. tapi apa pun bersyukur pada ALLAH kerana dapat bersama sahabat2 lama semula dapat duduk makan semeja.. bergurau senda.. saling bertanya khabar..

Alhamdulillah yang hadir semalam adalah zaidan, syarafi, hadi, mad, syafiq, fitri, hazwan, najmi, amar n aku… walaupun pada mulanya ashraf adzmi, ahmadi, ku sya, hazim, aiman, n ada lagi la kata nak mai… tapi ALLAH mengizinkan yang 10 orang ni saja hadir… ada hikmah tu…

Malam yang aku agak tunggu2 jugak la.. mungkin ramadhan tahun depan dah tak dapat aku jumpa… bahkan syawal mungkin lagi tak dapat disambut bersama dengan sahabat2 seperti tahun lepas, ya la… semua pakat pi mesir… hm..mesir oh mesir… rindunya aku…
Selepas berbuka kami (except hadi dengan mad) solat jemaah di masjid zahir.. maka turn alhafiz la jadi imam..he… dan kami terus solat isyak sekali…

Sebenarnya aku tidak bercadang nak menulis apa pun untuk iftar ini dalam blog ini.. tapi, ada sesuatu yang menyentuh perasaan aku yang membuat aku ingin menulis sempena lebaran… semoga aku lebih bersyukur dengan apa yang ada (tapi macam tak nampak).
Kegembiraan, keriangan yang kita dapat hari ini mungkin disambut dan ditadah dengan rasa kesyukuran yang amat banyak.. tapi.. ingatkah kita kepada orang2 disekeliling kita… aku berasa sayu apabila switch kan tv dan melihat golongan2 anak yatim.. sedih..memang sedih…

Golongan yang kurang bernasib baik, selalu dihargai dalam bulan Ramadan ini.. tapi aku tertanya satu perkara.. orang lain mungkin boleh menghargai atau mungkin sedih dan sayu tengok dokumentari dalam tv tu.. tapi aku..! apa yang aku dah buat? Setakat sedih?? Alamak, setiap kali ada rencana tentang unfortunate je mesti ja kita sedih… ya, memang aku sedih.. tapi aku terfikir dua benda… satu aku terfikir tentang kenikmatan semalam yang aku dapat ketika bersama dengan sahabat2ku.. yang mungkin tak dapat dirasai oleh mereka2.. dan kenikmatan ibu bapa dan adik beradik yang aku ada…

Yang kedua, yang aku rasa amat penting adalah… kemana hala tuju anak2 yatim ini? Cerdik, bijak, pandai, tapi… kurang didikan agama.. ya memang betul orang yang ‘banyak’ didikan agama pun bukan semestinya baik lagi… tapi aku sedih… aku harap aku dapat buat sesuatu.. aku rasa ingin membela golongan ini.. tapi apa yang aku ada? Setakat nak tulis atau nak sembang siapa pun boleh.. tapi ini semua memerlukan langkah dari diri kita untuk melihat masa depan umat islam terbela….

‘seorang pengembala perlu mengembala kambingnya dengan baik, tapi kadang2 dia juga perlu mempertahankan kambingnya dari ancaman serigala’….. fikir2kan
Ya ALLAH bantulah aku untuk membantu agamamu… sesungguhnya diriku amat lemah tanpa bantuan dariMU…. Kesibukan memberi pengertian..

buku bertemu ruas

Saturday, September 27, 2008

Bismillah..alhamdulillah..
Sekarang aku menulis di atas katil sendiri.. nikmat tuhan itu memang tak dapat didustakan tapi adakah aku akan berada dikalangan yang bersyukur jika ditimpa ujian? Selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah dan para sahabat serta ahlul bait…

Perjalanan hari ini nak pulang ke kedah adalah ujian yang amat besar..masakan tidaknya… puasa memang tak boleh jadikan alas an dah and then air cond bus rosak, pastu bas rosak pastu hingar lagi dan terkandas sehingga ambil masa 6 jam nak balik ke kedah ja pun… tapi Alhamdulillah selamat sampai jua akhirnya…

Buku bertemu ruas
Ya ALLAH ini semua adalah ujian dariMU… untuk menguji hamba2mu apakah mereka hanya tahu bercakap atau bagaimana… alhamdulillah seingat aku, aku tidak mengeluh apa pun di dalam bas tadi, mungkin cuma jenaka2 kecil yang ada mencuit hati… ya lah dengan keadaan bas yang semacam itu siapa sahaja mungkin boleh ternoda puasanya.
Aku teringat pesanan aku pada seorang sahabat.. “anta jangan kata macam tu, setiap yang ALLAH bagi tu mesti ada hikmah, kita jangan banyak mengeluh sangat, cuba bersyukur dan terima benda tu, dan yang paling penting untuk kita terima benda tu dalam redha adalah dengan settingkan minda kita dalam keadaan husnul dzon terhadap semua kurniaan ALLAH”….

Teringat pula aku kepada kuliah habib umar bin al-hafiz, yang bunyi nya lebih kurang macam ni la… “kita lebih senang dan selesa jika pemimpin Negara atau presiden atau kenamaan beri makanan atau hadiah kepada kita dari orang kebanyakan yang memberi kepada kita, walaupun benda yang diberi adalah sama. Akan tetapi orang yang hatinya diterangi dengan annur, maka hati dan cara pemikirannya adalah lain, maka rezaki (makanan) yang dikurniakan oleh ALLAH kepada nya akan dibanggakan dengan kesyukuran yang bersangatan kerana dia mendapat nikmat pemberian dari TUHAN!.. ALLAH…!!

Maka 2 benda ini berada dalam kotak pemikiranku ketika berada di dalam bas dalam keadaan panas dan dahaga itu tadi, dan satu yang menbuat aku sedu juga bila aku teringatkan tentang azab di neraka. Bayangkanlah orang yang berada di dalam neraka akan menerima azab yang bersangatan pedih dan sakit nya, disamping waktu yang amat panjang. Maka adakah aku perlu mengeluh untuk diuji seketika oleh rabb jika aku tahu bahawa pengakhiran azabku didalam bas itu akan berakhir apabila aku keluar dari bas itu dalam beberapa jam saja lagi.

Apa yang nak dikatakan disini adalah apa yang keluar dari mulut itu takkan mudah dilaksanakan melainkan jika kita sentiasa mengingatiNYA.. dan aku tahu bahawa jika aku cuba untuk menasihati orang atas satu perkara maka aku juga mesti bersedia untuk menerima benda itu untuk bakal berlaku pada diriku.
ALLAH bantulah kami dalam menjalankan suruhan dan mencegah amaranMU…wallahu’alam

Berdiri atau berjalan

Berdiri atau berjalan.
Kelmarin dulu(dalam bulan ramadhan) aku sempat berbuka dengan beberapa orang rakan disini. Selesai berbuka aku menunaikan solat di surau terdekat. Dan selepas selesai menunaikan solat aku keluar dan berjumpa dengan seorang sahabatku. Pertemuan yang sentiasa bernilai padaku.

“ada dua golongan, satu yang berdiri diatas jalan dan satu lagi yang berjalan. Golongan yang berjalan boleh mengatakan bahawa mereka dapat merasakan bahawa mereka tahu macam mana perasaan dan keadaan orang yang berdiri sahaja kerana untuk mereka berjalan maka mereka perlu berdiri juga. Akan tetapi golongan yang berdiri sahaja, mungkin mengatakan mereka dapat melihat macam mana keadaan jalan itu, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat merasai cabaran sebenar orang yang berjalan”.
Entah mengapa terkeluar perkataan ini daripada mulut aku. Mungkin sebenarnya aku bukan ingin mengatakan ini pada waktu itu, tetapi ALLAH telah menetapkan kejadian ini. Sahabat aku termenung seketika. Ya, ada dua golongan yang berada dalam jalan dakwah ini yang mereka ini sedar bahawa mereka perlu menjalankan kerja dakwah tapi mereka ini terbahagi pula kepada dua golongan. Iaitu yang berdiri di tengah jalan dan melihat sahaja, dan mungkin lebih teruk jika mereka seperti membuat sibuk bahawa mereka sedang berjalan. Alangkah tertipunya golongan ini, aku sedih, aku tidak pasti golongan mana aku ini. Semoga aku sudah selangkah memulakan tapak berada dalam jalan ini. Dan golongan kedua adalah mereka yang memang telah berada di atas jalan ini dan telah merasai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menegakkan kebenaran, dan telah mengorbankan banyak benda demi untuk menjalankan kerja dakwah. Tetapi cabaran ini telah dirasai oleh orang yang bercakap dengan aku ini sebenarnya.
sebenarnya persoalan demi persoalan telah dibincangkan, pelbagai jamaah dan macam2 lagi dibincangkan.. lebih kepada sentuhan hati ke hati antara dia dan aku. Dan ternyata pelbagai keadaan telah dan akan mengubah kita, maka keadaan yang terakhir itu amat penting.

Aku teringat tentang tazkirah yang pernah diberikan dulu oleh sulaim, tentang masa..kita ni nak tunggu sampai bila untuk berjalan kerana masa itu terlalu singkat. Bayangkan lah sekarang dah umur berapa, sikit hari lagi umur 40 tahun maka kita berjumpa sekali lagi dan berkata “la, dah 40 tahun dah no”..itu yang amat bisa kedengaran. Maka marilah sama2 kita cuba untuk menjalankan kerja yang sebenarnya dipertanggungjawabkan keatas kita…bantulah diriku untuk membantu yang lain…
YaALLAH, akhirlah hidup kami dalam pengakhiran yang baik. Bantulah kami dalam berada diatas jalan ini.