Monday, May 25, 2009

disebalik rasa berukhuwwah (1)

Taaruf Week




ketika diri ini sayu melihat sahabat-sahabat keletihan di medan perjuangan...
siapa saja yang tahu....
melihat mereka berperit jerih demi memastikan yang terbaik untuk agama Allah...
hanya Allah sahaja yang mampu memberi sebaik-baik ganjaran...
titisan demi titisan air mata tiada guna selain pemberian sumbangan yang mampu dihulurkan...
duduk, memahami situasi....
sejenak berasa duka kerana tidak terpilih untuk turut sama bersusah...
tapi....
ini adalah ujian.....
engkau katakan bahawa hidup senang dan susah tetap bersama...
tapi apa katamu sekarang?
sudikah dikau hidup susah dan senang bersama mereka?
dimanakah janjimu..?
demi agama Allah....

saat fatihah di amin kan....
sayup-sayup kedengaran firman dari Tuhan Rabbul Jalill....


"wahai orang-orang yang beriman! barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui"

saat itu...titisan-titisan kaca bergenang dimata...
siapa saja yang mampu merasa...
kehidupan senang dan susah secara bersama...
memahami erti disebalik berukhuwwah...
mudah sahaja mencari yang senang bersama....
ada sahaja wang ringgit, harta, pangkat....
tidak sempat dipetik sudah ada yang datang.....

taqim dan midi

itu sahaja...erti sebuah ukhuwwah demi memastikan agama Allah berada dalam tempat yang terbaik...
jika kami tidak memilihnya...
maka pilihan pada yang lain...
tapi....
aku tidak berharta selain dari menggadaikan diri pada Pembeli Yang Agung....

“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?, (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”...

Kesedihanku tidak berhenti disini....

Aku sayangkan semua adik beradikku.....

semoga perjuangan kita mendapat keredhaan Allah....

disebelah anas (APM yang berjiwa rakyat...he)





p/s: attributes to ‘umar, taqim dan semua yang mempercayai diri ini.....

Monday, May 18, 2009

sikap (1)

Bismillah...

Alhamdulillah...dapat juga bertenang seketika selepas menyelesaikan beberapa masalah. Jumaat dan Sabtu sibuk dengan exam hinggakan tidur pun tak tentu hala. Kejap tidur kejap bangun. Tambahan lagi sibuk mengemas bilik untuk berpindah ke bilik yang baru dan untuk menyimpan barang ke dalam stor. Ahad nya pula berkunjung ke Gombak. Pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan.

Apa pun, pengalaman hari ini amat menarik untuk dikongsi untuk manfaat bersama.

Masalah: Mahallah Office telah keluarkan notice barang-barang yang disimpan di dalam surau MUK1 akan dilupuskan. Masalah yang amat serius. Kenapa? Kerana melibatkan barang-brang student yang berkemungkinan akan terLUPUS!! Entah kenapa intention pada awalnya hanyalah memikirkan diri sendiri kerana mempunyai barang yang diletakkan di dalam surau tersebut selepas semalaman menyimpan dan stor yang disediakan telah pun dikunci.

Namun, terima kasih kepada Bro. Hisham yang telah membetulkan niat aku juga. “Masalahnya sekarang bukan nak fikir tentang diri sendiri sahaja, kalau nak fikir tentang barang sendiri sahaja ok ja rasanya ada dah tempat nak letak, boleh saja letak kat mana pun. Tapi macam mana dengan tuan barang yang tak jadi committee, yang dah balik kampung jauh-jauh. Takkanlah barang diorang nak dilupuskan saja kot? Nak biarkan macam tu saja?”.

Aku mula berfikir. Ya, aku sibuk menelefon abg mie untuk letak barang di rumah dia, sibuk memikirkan tentang hamidi yang semalam telah menjemput aku tidur di bilik dia dan mungkin aku boleh letak barang disana. Tapi aku lupa. Lupa tentang sahabat-sahabat yang lain. Bagaimana kalau aku berada di tempat mereka ketika itu, habis baju, seluar, beg, kasut dan lain-lain barang rosak. Aku terfikir sebentar. Adakah aku layak untuk memikirkan tentang diriku sendiri sahaja? Padahal aku berkata bahawa aku bertanggungjawab kepada semua!! maafkan aku sahabat kerana lalai.

Alhamdulilllah, bro.Hisham menyedarkan aku. Apa lagi, terus sahaja call orang itu, call orang ini. Tapi, semuanya tak dapat membantu secara langsung. Syukri dah ja pergi ke Mahallah Office, tapi nampaknya peha di balas kayu. Layanan baik telah dibalas buruk. Tak menjadilah pula. Mendengar dari sebelah pihak mungkin sahaja bias, aku cuba sedaya mungkin mencari kebarangkalian-kebarangkalian yang menyebabkan pihak Mahallah Office ingin berbuat sedemikian. Alhamdulillah, mungkin juga ada kebaikannya. Adat orang kita, pergi berlawan maka dalil untuk berlawan mesti cukup tegas dan mantop, tetapi kadang-kadang lupa niat sebenar kita berjumpa dengan pihak yang “sedang kita berlawan”. Intention turns worst without sincerity. Maka, alhamdulillah kami telah mendatangkan beberapa penyelesaian dan mungkin pihak mahallah dapat mendengar dari pihak kami sekali lagi walaupun siapalah aku ini dan harapan yang tinggi juga agar perkara negatif yang dibina sejak awal masalah lagi tentang pengurusan mahallah dapat diselesaikan.

Masuk sahaja pejabat mahallah, alhamdulillah perbincangan dimulakan dengan keadaan yang tenang. Aku amat memuji bro.zam yang amat profesional dalam menghandle masalah ini. Maka diri ini tertanya apa sebenarnya orang kutuk sangat kepada orang-orang pejabat mahallah yang dikatakan tidak menjalankan kerja lah, emo lah, n berbagai lagi. Rupanya ada yang bias disini. Kita memahami orang lain agar orang lain turut memahami kita. Itu penting! Sunnatullah!! Dan alhamdulillah, akhirnya perbincangan yang pada mulanya ingatkan akan mencetuskan perbalahan telah diakhiri dengan suatu yang cantik dan bro.zam sendiri yang telah memberikan jalan penyelesaian. Alhamdulillah.

Tidak selesai setakat itu, nak settle kan masalah hanya dengan pengetua! So, memahami situasi amat penting ketika ini. Macam ni, sejak dari awal pagi lagi, bro.taifunisham memang nampak bengang saja dengan sikap student. So, bila dah dapat memahami masalah dari pejabat mahallah tadi lagi, maka perbualan telefon dengan principal perlu dijaga dengan baik, bukan dengan emosi. Alhamdulillah, untuk manfaat bersama masalah telah diselesaikan. Bro.taifunisham langsung tidak melenting, beliau seorang yang berhemah tinggi, Cumanya beliau menyatakan kekesalan dengan sikap pelajar-pelajar yang mungkin bertindak diluar jangkaan!

Akhirnya..kesyukuran dipanjatkan. Bukanlah senang untuk orang yang mempunyai fikrah islamiyah seperti bro.taifunisham akan bertindak ikut suka hati sahaja, beliau menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada pihak mahallah untuk membenarkan barang-barang yang telah terdapat di dalam surau disimpan disitu sahaja. Cumanya harapan beliau agar dapat diperkemaskan sikit susunan barang-barang, agar fungsi sebenar tersebut dapat dimanfaatkan pada hari pendaftaran TAWE kali ini. Terima kasih kepada bro.azim yang dari awal lagi setia membantu berada disisi dan dia jugalah banyak membantu dalam rundingan dengan bro.zam di mahallah office awalnya tadi.

Jutaan terima kasih kepada bro.zam dan bro.taifunisham yang amat berhemah tinggi dalam melayani MAHASISWA. Dan kepada bro.hisham, bro.azim dan bro.munta yang banyak membantu. Turut tidak dilupakan kepada yang sudi memahami masalah bersama. Tidak ketinggalan syahid!


Bro.anas mazli ada buku nie!! nak pinjam gtau dia, x pasti la kena buat appointment atau x..hihi


Kesimpulannya banyak. Antara aspek yang saya ingin ketengahkan adalah:

1. Sentiasa mengikhlaskan niat dalam mencari kebenaran.

2. Dalam menjadi orang tengah kita perlu mengelakkan dari berpihak kepada mana-mana pihak dan hanya mendengar nasihat sebelah pihak sahaja.

3. Dalam perbincangan yang baik, orang yang berbincang perlulah bertindak profesional dan saling hormat menghormati antara satu sama lain agar keputusan yang terbaik dapat dicapai.

4. Emotional quotient sangat penting! Terlalu penting kerana kita berbalah bukan untuk mencari siapa betul siapa salah, tetapi saling memahami tangungjawab masing-masing dan mencari yang terbaik untuk kemaslahatan bersama bukannya individu!

Itu sahaja buat masa ini. Kisah yang terperinci tidak akan dibincangkan disini.

Pentingnya orang yang bijak melaraskan Emotional Quotient pada larasan yang paling tepat sesuai dengan keadaan dan masa.

Alfarabi_90

Cenfos,PJ.

Selangor,M’sia.

Saturday, May 16, 2009

selamat...selamat....hari.....


ni dia guru-guru BESAR....hihi





BISMILLAH...

Hari ini tanggal 16 MEI.... hari GURU.. semalam saya melelapkan mata seawal 3.30pagi.
Ketika menulis entry ini saya sedang merasakan perasaan guru-guru pada hari ini. Sudah pasti sangat gembira.Tuan Pengetua (Sheikh Asri)


Cikgu Laudin



(Datin) Cikgu Faridah Akma.

ustaz-ustazku....

guru-guru veteran dan banyak berjasa


cikgu Fauzi


ustazah Farishana dan anak-anak murid..he

Teringat kenangan sewaktu sekolah dahulu, tiba sahaja hari Guru, maka akan di langsungkan majlis yang besar. Macam tak ada sesi persekolahan pula hari itu. Banyak sangat cikgu di sekolah, ustazah farishana, sir nalla, ustaz bad, cg faten, cg faridah akma (datin), cg akmal puteri, ustazah hanisah dan banyak lagi yang telah menyumbangkan seribu satu buah-buah ilmu untuk kami semua.

Tapi, kadang-kadang kita lupa. Lupa pada guru yang telah lama mengajar kita erti kehidupan. Yang sejak kecil lagi bersedia menimang kita sebagai cahaya mata, dengan seribu satu gelagat dan ragam anak kecil ini. Mereka bersusah payah membesarkan kita, menyekolahkan kita, menghantar ke pusat tuisyen. Dan banyak lagi.


bersama cucu....(yg kopiah tu my bro).

Sedih rasanya terkenangkan waktu aku menerima keputusan PMR tempoh hari, ayah dan mak lah yang paling gembira. aku tahu mak dan ayah telah menceritakan kepada semua kawan-kawan mereka bahawa anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Aku sedih mengenangkan kegembiraan ayah dan mak.

Hari ini aku berada di uia atas kehendak mereka. doa mereka ku pohon untuk meneruskan hidup. Maaf mak, sebab chek tak menulis entry Selamat Hari IBU. Chek sayang mak!! sebenarnya aku agak terlupa tentang hari ibu. bukannya apa, mungkin sebab agak sibuk rush untuk pulang ke rumah, sehingga terlupa dan tersilap tarikh mengucapkan hari ibu (sehari awal). Apa pun aku tetap hadiah untuk ibu ku yang tersayang. Apa yang kurindukan pelukan ibu hari itu, terima kasih mak, terima kasih ayah kerana telah bersusah payah membesarkan aku.

hadiah Hari Ibuku
Apa pun. Ibu, Bapa, dan Guru-guru telah banyak berjasa untuk aku. Tunggu saja aku menilai dan menghargai mereka. Menggunakan ilmu sebaik mungkin for here and hereafter.

SELAMAT HARI IBU.

SELAMAT HARI GURU.

Wednesday, May 6, 2009

TAMATNYA SEBUAH RIWAYAT...

Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, se-tiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. amalan jahat, dibalas jahat. Balasan ini bermula daripada memasuki liang kubur lagi.






"sekarang dah pukul berapa ea?
dah pukul 4 ke?
hah! jam mati...hm...."

di dalam makmal biology tadi tiba2 jam berhenti dari berfungsi seperti sediakala. terkejut dan agak tergamam juga. memandangkan jam adalah barang yang amat penting mesti berada dengan saya setiap ketika. tapi tengah hari tadi ianya berlaku dengan pantas, mungkin juga sebab saya sudah lama tidak menukar bateri jam tersebut. jam yang dibeli ketika akhir tingkatan 3 itu banyak berjasa pada saya. kemana jua saya, pasti jam itu akan bersama (except time tidur ja). berkira-kira sudah hampir 4 tahun jam itu telah berjasa pada saya. ianya yang memngingatkan saya ketika terlewat ke kelas. menjadi tempat rujukan tarikh dan hari. juga sebagai jam randik. dan banyak lagi. tapi tadi semuanya hilang. bagai ibu kehilangan anak. semuanya serba salah, pergi meninggal tanpa sebarang berita atau khabar dahulu. tanpa wasiat atau pedoman untuk diri sebagai bekalan selepas ini.

tiba-tiba terdetik di hati. "ini baru jam yang mati tanpa aku sangka, kalau lah AKU yang meninggal tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda adakah aku sudah bersedia ketika itu?". lama juga aku berfikir. kalaulah matinya aku tanpa sebarang tanda, dijemput yang maha kuasa yang bisa melakukan segalanya. adakah aku mampu meraih syurgaNya? adakah ketika itu aku sudah sempat bertaubat atas dosaku yang menggunung tinggi? adakah sudah terlangsai hutang-hutangku ketika itu? apa gunanya lagi kawan-kawan, Adik-Beradik yang berukhuwwah, sanak saudara, ayah bonda, harta kekayaaan, mahupun laptop yang digunakan sekarang ini jika aku pulang pada yang Esa dalam keadaan dosa yang tidak diampun.

mengharapkan diri ini ikhlas dalam medan ini, mengharapkan diri ini thabat hingga ke titisan yang terakhir, mengharap diakhiri dengan husnul khatimah, tapi siapa aku untuk menentukan segalanya itu? aku tidak mampu. aku hanya mampu mengharap.

adakah sudah diterima solatku, puasaku, sujudku, rukukku, ibadahku oleh yang maha Genius? adakah bisa kita mendustai tuhan yang mengetahui segalanya. sebut saja apa yang ada dalam hati. tiada siapa mampu mengungkapnya.

sedarku, ini baru jam.....
bagaimana dengan diriku...
jika jam ini mampu ditukar bateri dengan harga rm8....
namun,....nyawa?
tidak...tiada yang kedua selepas yang pertama untuk nyawa...
hanya yang kekal abadi tuhan yang Esa...


...seksanya azab kubur....

alfarabi_90,
2.26A.M
UKC,
CENFOS,PJ
SELANGOR.

Tuesday, May 5, 2009

coretan 2

Peperangan Uhud merupakan perang yang kedua dalam islam yang disertai oleh rasulullah. perang ini berlaku di sebuah bukit iaitu BukitUhud. satu kisah yang berlaku dalam peperangan uhud yang masih terngiang ditelinga saya tentang penceritaannya adalah tentang bagaimana tersebarnya berita palsu tentang kematian Baginda Rasulullah.

Kaum musyrikin yang berperang telah menyebarkan berita palsu ini selepas pertempuran kedua akibat dari pasukan pemanah yang gagal mematuhi perintah rasulullah agar tidak turun dari bukit tersebut. yang kekal ketika itu hanyalah 9 orang yang diketuai oleh ketua pasukan pemanah iaitu 'Abdullah bin Jubair radiyallahu'anhu. Peringatan telah diberikan pada awalnya dan kemudian diperingatkan lagi oleh 'Abdullah kepada pasukannya namun mereka tidak mengendahkan seruan tersebut, akibatnya peluang tersebut telah diguna oleh Khalid bin Al-Walid yang ketika itu belum beriman untuk menyerang balas dari belakang.

Apa yang menyayat hati nya adalah pada sesi semangat yang digemburkan oleh seorang muslim ketika mana berita kemangkatan baginda rasul disebarkan. Beliau adalah Anas bin Nadzar, yang telah menengking orang-orang muslim yang termakan berita palsu pihak musuh. katanya: "apa gunanya hidup selepas ini? bangun! mari kita mati bersama-sama, sebagaimana matinya Rasulullah sallahu'alaihi wa sallam!". seruannya ini telah memulihkan semangat sahabat untuk terus berjuang.

Membaca kisah ini dalam kitab-kitab sirah meningkatkan semangat kita untuk terus berjuang, namun terdetik di hati saya. bagaimana keadaannya dengan pemuda-pemuda sekarang yang mengatakan atau menggelarkan diri mereka sebagai pejuang atau pembela agama Allah. peringatan untuk penulis juga agar kita yang berada disini bukanlah hanya bergoyang kaki memeluk tubuh, tapi lebih kepada saling menaikkan semangat sesama sendiri dan sentiasa alert dengan setiap arahan ketua disamping tidak mudah termakan kata-kata palsu pihak musuh.

Saya merasakan bahawa kita kekurangan pemuda yang sanggup betul-betul berjuang dan mati bersama-sama seperti sahabat-sahabat terdahulu. bagaimana dengan diriku ini?

coretan 1

kebimbangan saya kepada persatuan itu agak ketara sekarang. jika tidak ditangani segera maka keadaan akan parah. tapi jalan penyelesaiannya terlalu subjektif. sehingga kadang-kadang terlalu retorik jika diperbahaskan.

kebimbangan itu telah lama disuarakan di peringkat mantan kepimpinan terdahulu. anda melihat mereka tersenyum dan bergelak tawa, tapi dalam hati hanya yang Maha Esa sahaja yang tahu. provokasi mungkin dianggap mainan. tetapi provokasi yang pernah dilalui di sebuah kursus kepemimpinan telah membuat diri ini semakin menghargai hakikat provokasi tersebut. ini kerana provokasi yang tidak ikhlas untuk mengubah sesuatu untuk manfaat yang besar dan atas niat yang ikhlas tidak dapat mengubah apa-apa. ukhuwah bukan dilihat pada selalunya senyum ketika berselisih. tambahan lagi keikhlasan tidak dapat di tentukan dari apa jua bentuk dan sfera kehidupan.

menilai dari ini lah kebimbangan ini semakin meruntun. lihat sahaja mereka bergerak kerja, tetapi arahan tidak dipatuhi. ada sahaja mesyuarat dalam mesyuarat. saya tidak berdendam atau menyimpan bara di dalam hati. tapi kerisauan ini mungkin juga menyebabkan kita terlupa akan 1 2 perkara yang dikaburi rasa "ukhuwwah".

sikap manusia tiada siapa mampu mengubahnya selepas tuhan melainkan atas cetusan keikhlasan diri untuk mengubahnya sendiri. sedar atau tidak kadang-kadang kita tidak sedar yang kita sebenarnya tidak sedar.

Sunday, May 3, 2009

....selepas cantik itu....?




"cantiknya bilik nta...!!
masyaALLAH....subhanALLAH...
rajin nta kemas bilik...
tapi ana harap jangan just 2 3 hari saja lah..."



bersih tapi tak cantik masih boleh diterima. tapi kalau tak bersih dan kemudian ada orang cakap cantik, mesti ada something wrong somewhere. sebut sahaja kebersihan kita senantiasa di ulang baca dan diperingatkan tentang kepentingan bersih yang menjadi sebahagian dari keimanan orang mukmin.

realitinya sejauh mana kita mampu menjaga kecantikan atau kebersihan itu? cantiknya harimau mungkin pada belang, gajah pula ada yang kata pada belalai, bilik pula pada susun atur perabot di dalam nya. tapi, manusia? manusia bagaimana pula? di manakah kecantikan manusia? bukankah semua manusia itu cantik dan diciptakan dalam sebaik-baik kejadian? maka dimanakah kecantikan itu?(persoalan yang perlu anda jawab sebelum baca ayat yang berikutnya).

satunya kita bercakap perihal kecantikan yang sebenarnya subjektif, yang lebih penting pada asalnya adalah bagaimana memelihara kecantikan itu? nak jaga kecantikan bilik boleh sahaja di vacuum setiap hari, dihias dengan perhiasan yang pelbagai. tapi manusia? kecantikan pun belum ditemui inikan pula untuk memperjelaskan hak menjaga atau memelihara kecantikan?

cantiknya manusia pada wajahnya, pada hidung, pipi, mulut, dan juga pada tangannya, kakinya, siku, rambut, kuku, semuanya. ya, semuanya. cantiknya manusia pada penciptanya. pencipta yang Maha Genius. yang menciptakan dan menyempurnakan penciptaan kita semua. alangkah bahagianya manusia dan beruntungnya mereka dicipta oleh pencipta yang telah menyempurnakan penciptaan mereka. tunggu sahaja insan ini hendak menjaga kecantikan mereka.
tapi ana harap jangan just 2 3 hari saja lah..."

apa sahaja yang kita ada sebenarnya bukan sahaja kecantikan tetapi paling penting keikhlasan perlu sentiasa dijaga agar apa yang kita lakukan dianggap sebagai ibadah ke hadraat Allah. tunggu sahaja niatnya betul dan ianya mengikut syariat islam maka berbahagialah diatas amalan yang pasti akan dikurniakan Allah dengan seribu satu ganjaran. kita sahaja yang masih belum mengenal erti memelihara selepas menerima.


lelaki sejati...


lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya kepada orang disekitarnya.

lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.

lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa.

lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikapnya bijak memahami persoalan.

lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

lelaki-lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap pencipta pencintanya.

lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

lelaki-lelaki sejati bukanlah mereka yang banyak memberi alasan,
tetapi dari mereka yang berasa bertangungjawab terhadap alasan dan bermuhasabah atas alasan yang lain......

Saturday, May 2, 2009

seribu erti...


Alhamdulillah semalam dapat keluar sekali lagi menghirup udara Kuala Lumpur setelah sekian lama juga diri ini tidak keluar atas sebab-sebab yang tertentu. Tahu sajalah keluar ke KL ni macam keluar ke Europe dan Amerika sebab "ramai sangat" orang2 jenis seperti ini disana. Bukan bercakap mengenai cara hidup mereka yang akhir-akhir ini seolah-seolah mengalahkan orang melayu yang mengaku islam kerana kebersihan dan keteraturan hidup mereka, tetapi lebih kepada adat dan budaya kuning yang diserap oleh masyarakat tempatan disini.

Perjalanan adalah atas beberapa sebab yang tersendiri. Lebih tepat pada mulanya destinasi yang hendak ddituju bolehlah dibahagi kepada 2; 1) PPUM, 2) Jalan Masjid India. PPUM dipilih kerana niat asalnya adalah untuk melawat senior yang terlantar sakit iaitu akh azhar (bang chaq). hm....nak mengulas panjang tentang sakit dan sebab sakit mungkin bukan disini ruangan yang terbaik. apa pun, tergetus di hati kecil saya tentang PR ataupun Public Relation. bukanlah hendak meletakkan beban atas sesiapa atau sebaliknya, tapi saya melihat bahawa kita sebagai mahasiswa masih kekurangan nilai bermasyarakat dengan sebetulnya. bukan sebagai hipokrit, tapi lebih kepada membawa nilai impresi pertama kepada manusia yang melihat kita yang menggelar diri sebagai ummat islam atau pendokong agama islam. sebut sahaja toleransi dalam memulakan sesuatu pengucapan sekalipun, kita masih lagi menyuruh yang lain atas alasan mahu mengajar cara PR kepada rakan padahal diri sendiri pun masih belum baik dalam PR. itu tak menjadi masalah, apa yang terbaik adalah kita belajar dari kesilapan.


perjalanan diteruskan lagi ke jalan masjid india. laluan diubah sedikit melalui CM atau central market. selama menjejakkan kaki ke kota metropolitan ini saya masih belum pernah memasuki CM dan peluang kali ini memang amat berharga kerana dapat melihat pelbagai hasil seni manusia yang diciptakan Allah dengan pelbagai kemahiran. lukisan, seni kaligrafi, musik, artistik, gubahan, pertukangan kayu dan logam serta banyak lagi. pandangan melirik kepada lukisan pemimpin politik seakan-akan hidup. subhanaallah.

keluar dari CM maka kami terus berjalan ke Jalan Masjid India. entah kenapa perasaan ku meleset kerana kedai-kedai di Jalan masjid india tidak ubah seperti pekan rabu di alor setar bahkan lebih teruk. dan jumlah kedai yang menjual pakaian pun tidak lah sebanyak mana. kualiti barangan janganlah ditanya. selesai mendapatkan barangan yang dicari, saya terus bertanya kepada sahabat samada telah masuk waktu solat fardhu asar. saya kecewa kerana masjid india yang tersergam di situ tidak saya tahu fungsi nya untuk apa. dengan pagar dalam yang dikunci (mungkin nak mengelak kecurian) dan ketiadaan tandas membuatkan saya tertanya-tanya fungsinya. tambahan lagi, tiada langsung azan yang dikumandangkan pabila tiba waktu solat. jadi dimanakah kebesaran agama islam di dalam sebuah negara ummat islam seperti di malaysia ini. adalah penjual disana takut kerana kalaulah masjid mengumandangkan azan maka mereka terpaksa pergi ke masjid untuk solat pada waktu sedangkan pembeli masih ramai? atau pemerintah yang takut? wallahu'alam.

saya dan azmi memilih untuk bersolat di masjid jamik KL sahaja. bukan kaki komen, tapi sekali lagi kecewa. tandas yang boleh digunakan hanya ada 1 out of 7 semuanya. huh, memang bersabar saja lah.

selesai solat, alhamdulillah dapat menunaikan ibadat kali ini. oleh kerana kami menyangka bahawa malam ini hanya kami 2 sahaja yang ada jadi perjalanan diteruskan lagi. ke mid valley!

ketika menunggu bas ke mid valley, saya melihat gelagat ibu dan beberapa orang anaknya. si kakak bergaduh dengan adik, adik yang lain ganggu si kakak dan bergaduh sesama sendiri. hingga kelihatan si ibu kelihatan penat untuk melayan karenah anak-anaknya. ketika ini juga teringat kepada seorang sahabt karib yang lahir dari hasil UBM. ketika berkunjung ke bilik beliau satu ketika dahulu terdengar perbualan telefon antara dia dan ibunya, terasa jeles di hati kerana kemesraan itu melebihi kemesraan saya dengan ibu sendiri. eklembutan dan kemesraan antara keduanya dapat dirasa. :)
apa pun, saya masih memikirkan karenah anak-anak tadi. memikirkan mereka membuatkan saya memikirkan mengenai anak-anak yang bakal saya jaga suatu hari nanti jika diberi rezeki oleh yang Maha Esa. bagaimanakah keadaan mereka? tarbiah islamiah? hubungan kekluargaan? terapan nilai islam? adakah saya mampu?????.......bersama muhasabah.

sampai di mid valley saya dan azmi berpecah. hisham awal-awal lagi sewaktu di masjid jamik sudah meninggalkan kami kerana akan meneruskan perjalanan ke cheras. masuk waktu maghrib maka kami berehat seketika untuk solat di surau jaya jusco tingkat bawah. saya memberi laluan kepada azmi untuk solat dulu seketika saya menjaga barangan yang dibeli tadi. dalam kebisingan menunggu azmi selesai solat berjamaah lalu di hadapan saya seorang tua yang berbangsa cina (berdasarkan penampilan; i.e. pakaian dan raut wajah) menolak wheelchair seorang muslim yang cacat untuk ke surau di bahagian wanita. terpegun dan agak pelik. kenapa mesti seorang yang berbangsa cina menolak lerusi untuk menolong seorang yang berugama islam?? hm....apa pun persoalan dan jawapan hanya berada pada getus hati auntie itu dan Allah subhanahu wataala.

apa pun perjalanan semalam meninggalkan banyak pengajaran. banyak firman ALLAH dalam Al-Quran menggesa ummat islam supaya berjalan keluar untuk melihat akibat-akibat serta kebeesaran Allah terhadap kaum sebelum ini. tinggal sahaja kita yang tidak mahu merumuskan hasil mahsul kurniaan Allah kepada kita dalam bentuk minda yang produktif.