Tuesday, June 2, 2009

Mendepani Masalah


~gambar hiasan~
"adakah dengan tiada tangan maka tiada masalah yang akan kita hadapi?"


Bismillah



Masalah sering saja akan ditemui bagi insan yang hidup di dunia ini. Tambahan lagi apabila bergelar seorang pendakwah. Pendakwah bukan penghukum kepada masalah, sebaliknya sebagai solver dan guider kepada masalah. Mengatasi masalah adalah satu-satunya jalan yang patut dilalui oleh seseorang yang menghadapinya, dan bukan dengan lari dari masalah tersebut.



3 peringkat menghadapi masalah.


1.Before having a problem.


Fasa pertama adalah fasa sebelum berhadapan dengan masalah. Tentu sahaja sebagai seorang yang biasa kita kerapkali melakukan kesilapan yang boleh mengundang kepada masalah. Sebenarnya, apa yang patut dilakukan adalah jangan cemas apabila melakukan sebarang kesilapan. Kesilapan yang dilakukan kadang-kadang sebenarnya tidak mengundang kepada masalah. Dan mungkin juga masalah yang bakal dihadapi dari kesilapan yang kita lakukan tidaklah ‘seteruk’ yang disangkakan. Ketenangan mendidik kita supaya menilai semula hikmah disebalik apa yang telah silap kita lakukan.

Fasa ini sebenarnya lebih kepada menuntut kita bersedia menghadapi kebarangkalian dan kemungkinan yang akan dihadapi. Andaian kepada masalah yang bakal dihadapi juga mestilah
tidak keterlaluan agar kita tidak luntur semangat sebaliknya terus kental untuk menyahut cabaran pada masalah yang bakal dihadapi. Disamping itu, minda yang positif diperlukan agar kita tidak menjadikan sesuatu masalah itu berlebihan. Seorang anak kecil berusia 3 tahun yang memecahkan pasu ibunya sudah pasti akan menangis apabila dia dengan sengaja atau tidak menjatuhkan pasu bunga tersebut, tetapi ibu yang pandai mendidik tidak akan terus marah kepada anak tersebut, tetapi mengajar anak itu cara melakukan ‘silap’ yang betul. Ini secara tidak langsung meningkatkan jati diri si anak untuk terus hidup di dunia dan melakukan kesilapan untuk Berjaya.


2.While facing a problem.


Fasa kedua adalah fasa mendepani masalah. Perkara penting dalam menghadapi masalah adalah dengan berlapang dada terhadap apa yang telah dan akan berlaku. Kesabaran yang tinggi adalah dituntut pada tahap ini. Ini bagi mengelak diri menjadi di bawah tahap sedar yang mengakibatkan masalah yang dihadapi menjadi lebih teruk. Berlapang dada akan meningkatkan jati diri kita selain dapat menenangkan diri dan meningkatkan keprofesionalan diri sewaktu menghadapi masalah. Sesuatu yang baik hanya akan dapat disampaikan dalam kesan yang baik dengan cara yang terbaik, maka kesabaran adalah aset yang perlu diketengahkan. Tentu sahaja kita melakukan salah, kesalahan itu bukanlah salah jika kita melakukannya tanpa niat. Ianya bergantung kepada tahap penghakiman diri terhadap kesalahan yang diri sendiri lakukan. Ini adalah penggantungan pada tahap kepercayaan pada diri sendiri (self-esteem).

Fasa ini mengajak kita menilai persepsi manusia terhadap apa yang dinamakan masalah. Keikhlasan dalam mencari titik persetujuan untuk menyelesaikan masalah dapat membina hubungan yang lebih baik. Seorang bos yang bersangka baik terhadap masalah anak buahnya tidak akan terus marah jika kesilapan itu tidak disengajakan, sebaliknya akan memberi kata-kata semangat untuk melakukan yang lebih baik. Ini bukan sahaja dapat meninggatkan kualiti anak buah tadi, tapi dapat juga meningkatkan hasil produktiviti di dalam syarikat tersebut.


3.After solving a problem.


Fasa ketiga adalah fasa selepas menangani masalah. Fasa ini sebenarnya akan meninggalkan dua impak. Impak pertama samaada dapat meningkatkan jati diri seseorang itu dan berakhir dengan sesuatu yang indah selepas masalah itu, ataupun ianya akan meninggalkan impak yang buruk dan berdarah dalam diri seseorang. Semuanya berdasarkan sejauh mana cara akhir (ending) itu berlaku.

Dalam fasa ini juga kita sepatutnya terus bermuhasabah terhadap kesilapan yang kita telah lakukan agar kita tidak jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua. Sebagai satu momentum untuk berubah, beberapa resolusi ringkas boleh disediakan agar semangat untuk terus melakukan ‘salah’ tidak pernah luntur. Ingat sahaja kita kepada Isaac Newton yang tidak penat melakukan silap sehingga akhirnya mendapat idea penciptaan sebuah mentol. Maha Suci Allah sahaja yang dapat menolong orang yang tidak takut melakukan silap dan salah dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik

Belajar dari kesilapan~




Alfarabi_90

CFS,IIUM,

PJ.