Bismillah
Sudah lama juga saya tidak menekan papan kekunci untuk mengemaskini capaian ruangan blog ini. Seingat saya kolum terakhir yang saya berikan perkongsian adalah pada 2013, tepatnya 25 Mei.
Dr Muhaya selalu mengingatkan bahawa setiap perilaku kita adalah pada bagaimana kita memanfaatkan setiap deria yang Allah berikan pada kita. Ianya bergantung pada bahan apa yang kita baca, rancangan apa yang kita tonton, muzik atau rakaman apa yang kita dengar dan pastinya dengan siapa kita berkawan. Kumpulan aktiviti yang baik pasti akan membuahkan produktiviti yang memberi kebaikan semula kepada kita.
Maka, dalam ruangan ini nantilah saya akan cuba menulis semula.
Moga akan ada beberapa perkongsian lagi. Bukanlah berimpiankan untuk mengajar atau memberi kuliah, tapi cukuplah ianya menjadi catatan kebaikan buat peringatan pada diri saya sekarang dan buat masa akan datang.
Ahmad Fathi
22/5/2016
Meja PG
..Kesibukan Memberi Pengertian...
sibuk seorang pejuang biar bermakna untuk hidup di dunia dan akhirat ...
Sunday, May 22, 2016
Saturday, May 25, 2013
Silap menyelami minda muda
Assalamualaikum.
Klip video Bobo di SMK Subang Bestari adalah sesuatu yang sangat mengecewakan saya. Ia tidak mengandungi adegan lucah, namun ianya menunjukkan sikap guru yang gemar untuk berada dalam linkungan budaya hedonisme dan telah pun memasukkan perkara ini ke dalam kawasan sekolah.
Kita masih ingat bibit-bibit tazkirah yang selalu disebut tentang kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menggesa agar anak-anak didik pada zaman mereka, bukan pada zaman ibu dan bapa mereka. Namun, bagaimana?
Perubahan zaman dalam era globalisasi ini telah menambahkan keperitan bagi ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik anak-anak. Ianya adalah sesuatu yang mencabar. Apakan tidak, bukan sekadar masalah bising atau kenakalan biasa, saya percaya banyak kes-kes polis yang telah di'file'kan dalam buku-buku rekod pelajar di sekolah.
Lalu ramai yang bertanya, bagaimana ingin mendidik anak-anak ini? saya rasa persoalan ini adalah sesuatu yang sangat subjektif. Jawapannya bukan posting kali ini. Walaubagaimanapun, guru-guru ini atau dengan kata lain golongan tua tidak sepatutnya berkelakuan seperti anak muda demi untuk dilihat dekat dan bersama dengan idea dan pendapat mereka.
Kredibiliti dan kehormatan warga pendidik ini akan mulai hilang apabila mereka melakukan perkara-perkara yang pelik dan janggal bahkan seperti kata Siddiq Fadzil dalam Melayu dan Islam tentang menyantuni adab dan tatasusila melayu.
Wednesday, October 31, 2012
2 Tahun sudah
Bismillahirrahmanirrahim.
Kurang lebih 2 tahun masa berlalu sejak saya meninggalkan blog ini. Apa pun, semoga niat untuk menulis semula dalam ruangan sempit ini boleh menjadi sebagai bekalan-bekalan menemui tuhan nanti. Supaya ianya menepati janji supaya aku telah menggunakan segala tenaga aku untuk mengharapkan keredhaan-Mu.
InsyaAllah.
Ahmad Fathi
2:22 am
RS
Kurang lebih 2 tahun masa berlalu sejak saya meninggalkan blog ini. Apa pun, semoga niat untuk menulis semula dalam ruangan sempit ini boleh menjadi sebagai bekalan-bekalan menemui tuhan nanti. Supaya ianya menepati janji supaya aku telah menggunakan segala tenaga aku untuk mengharapkan keredhaan-Mu.
InsyaAllah.
Ahmad Fathi
2:22 am
RS
Friday, December 17, 2010
siap sebelum tiba
Ramai orang meminta untuk diakhirkan hidup dengan pengakhiran yang baik atau dalam bahasa arab nya disebut Husnul Khatimah. Tidak kiralah permintaan tersebut dalam arab, melayu, kantonis atau apa bahasa sekali pun, ternyata manusia mendambakan hidup yang baik agar mendapat bekalan terbaik untuk digunakan di akhirat kelak. Selain muslim, penganut agama lain turut meminta pengakhiran yang terbaik dan dapat menjadi manusia yang bermanfaat kepada semua. Namun, sekali pandang mari kita sama-sama fikirkan, apa yang kita sudah lakukan untuk mati dalam keadaan terbaik?
Tarik tali
Mungkin ramai yang biasa dengan permainan tarik tali, tapi pernahkah anda mendengar mereka yang bermain tarik tali dengan tuhan? Mungkin ada yang sedikit pening.
Kita mendambakan pengakhiran yang baik dan kehidupan di akhirat yang sejahtera tapi kita masih berkira-kira untuk mengorbankan diri kita untuk menunaikan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Kita masih acuh tak acuh. Seakan-akan tidak percaya kepada janji Allah. Adakah begitu?
Ini menjadi cerminan terhadap sejauh mana kita bergantung kepada Allah. Pergantungan kepada Allah menjadi persoalan penting untuk setiap perkara yang dilakukan di dunia ini. Setiap hari tidak dapat tidak kita akan membuat keputusan, memilih antara dua atau lebih. Pastinya kita memerlukan percaturan (baca: strategi) dan ilham terbaik dalam membuat pilihan ini, maka disini memperlihatkan sejauh mana kita bergantung kepada Allah.
Sejak dari bangun tidur, kita memilih untuk bangun bila jam berbunyi pada pukul 5 untuk bertahajjud dahulu atau masih meneruskan tidur. Kita memilih untuk solat berjamaah atau tidak. Kita memilih untuk memakai pakaian samaada atas dasar ingin riak dan menunjuk-nunjuk atau mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Kita memilih untuk makan yang halal. Memilih untuk solat diawal waktu. Memilih untuk mengundi Parti yang betul. Memilih untuk hidup secara Islam. Pilihan-pilihan ini mengajak kita memuhasabah diri sejauh mana aku bergantung kepada Allah pada setiap perkara yang aku lakukan setiap hari.
Pergantungan ini menjadi antara titik tolak kepada manifestasi perlakuan kita selari dengan apa yang kita pinta dalam doa saban hari.
Akhir adalah Mati
Menyebut perihal kematian, ramai sahaja yang menggigil ketakutan bila memikirkan saat sendirian di kubur, saat disoal Munkar dan Nakir, serta saat ingin menjawab persoalan mereka. Tapi, pernahkah kita takut tatkala mencampurkan maksiat dan ketaatan kepada Allah? Memilih untuk kufur pada sebahagian Al-Quran dan beriman kepada sebahagian yang lain? pilihan ini juga menjadi pilihan keramat untuk menjadi penentu kepada bagaimana pengakhiran hidup kita sendiri.
Mati itu pasti, semuanya akan mati. Tapi, sejauh mana kita bersiap sedia untuk mati itu yang perlu lebih difikirkan. Ingatlah, kita akan mati pada bagaimana cara kita hidup.
jangan mudah luntur
Tatkala mempersoalkan sesuatu yang masih releven untuk dibangkitkan, maka ramai pula yang mengatakan, “alah bising aja lebih, kerja tah tak jalan pun”.
Oh, sungguh pesimis!
Tatkala soalan objektif dan peranan asal sesuatu perkara itu ditanya, maka label mencari populariti dan nama murahan dicanangkan.
Oh, sungguh prejudis!
Tatkala erti sebuah integriti mahu diangkat ke atas, maka perumpamaan ibarat si belang mahu menunjuk taring dibangkitkan.
Oh, sungguh skeptikal!
…buntu
siapakah kita?
pada siapakah kita bekerja?
Demi mencari erti sebuah kehidupan, senantiasa optimis pada turun naik mainan roda ini.
Pada tiap raut senyuman yang dilemparkan, cubalah untuk memBERI yang TERBAIK.
Ketahuilah seruan kita yang SATU iaitu pada siapa dan untuk apa dilakukan semua ini.
Cabaran demi cabaran, sentiasa menduga haiwan bernama Manusia.
memilih untuk menjadi Mukmin..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
‘’Orang mukmin itu sentiasa berada di ambang lima dugaan yang sukar;
1. Mukmin yang dengki kepadanya
2. Munafik yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk menewaskannya’’
Menjadi seorang mukmin bukanlah sesuatu yang mudah. Kita tidak lagi sekadar bercakap (bagi yang petah pada percakapannya), mahupun sekadar menuding jari kesana kesini, tetapi kita memerlukan sesuatu yang lebih utuh sebagai asbab untuk terus memilih menjadi Mukmin.
"kamu akan diuji atas apa yang kamu perkatakan"
Demokrasi terpimpin
Assalamualaikum,
warkah ini ditujukan khas kepada Demokrasi di negara ini.
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
kami mungkin mendengar dan menyaksikan semuanya dari media arus perdana,
tapi kami tidak bodoh untuk terus-menerus diperbodohkan selama lebih 50 tahun.
pada sebuah demokrasi yang bernama Terpimpin,
warkah ini ditujukan khas kepada Demokrasi di negara ini.
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
kami mungkin mendengar dan menyaksikan semuanya dari media arus perdana,
tapi kami tidak bodoh untuk terus-menerus diperbodohkan selama lebih 50 tahun.
pada sebuah demokrasi yang bernama Terpimpin,
Thursday, November 18, 2010
Islam dan Masyarakat
Bismillahirrahmnirrahim.
Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidil Adha
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana pada tahun ini kita masih dipanjangkan umur dalam nikmat iman dan islam, dan dapat meneruskan lagi sambutan eidul adha bagi tahun 1431H kali ini.
Saban tahun kita menyambut pelbagai perayaan dan sambutan-sambutan keagamaan dalam Islam. Tidak kiralah namanya Hari Raya, Maulidur Rasul atau hari-hari kebesaran yang lain, semuanya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk mencari redha Ilahi.
Islam dan Komuniti
Sedar atau tidak, ibadah dalam Islam sebenarnya berkait rapat dengan komuniti atau masyarakat tidak kira setempat ataupun secara global. Ibadah dalam rukun Islam sahaja, 4/5 daripadanya jelas menunjukkan hubungkait antara sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu dengan masyarakat disekelilingnya. Kelebihan solat berjemaah sudah jelas disebut dalam hadith yang muktabar mengenai kelebihannya sebanyak 27 kali ganda.
Ibadah puasa dalam bulan ramadhan pula mempunyai hikmah tersendiri iaitu agar ummat Islam dapat sama-sama merasai kekurangan orang-orang yang susah dalam hidup saban hari. Begitu juga dengan ibadah zakat yang ditunaikan agar kita merasai bagaimana keperitan hidup golongan yang susah, serta mempunyai keringanan dalam menghulurkan kemampuan kita untuk dikongsi bersama. Manakala, hikmah ibadah haji pula adalah sangat besar kerana ianya perlu ditunaikan di Mekah bersama-sama dan bersesak-sesak dengan ummat Islam dari pelbagai bangsa dan negara yang mempunyai pelbagai budaya dan latarbelakang tersendiri.
Bila menyebut berkenaan eidul adha, ianya telah mengajar kita kepada erti hamba dan masyarakat. Mengorbankan binatang ternak bagi yang berada di tanah air sendiri dan menunaikan haji dan berkorban (bagi yang berkemampuan) bagi mereka yang menunaikan haji di mekah membawa kita mengenal erti sebenar Islam sebagai agama fitrah. Fitrah bermaksud Islam ini dijadikan sebagai sesuatu yang suci dan murni dari Allah dan sesuai dengan makhlukNya. Komuniti yang dibina dalam sebuah Negara Islam tidak mesti semuanya adalah Muslim, sebaliknya Islam memayungi bukan Islam selagi mana mereka berada dalam keadaan tidak memerangi kerajaan Islam tersebut. Inilah Islam, datangnya dari Pencipta yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami setiap inci kehendak dan kebaikan kepada hamba-hambaNya.
Justeru itu, adalah sesuatu yang janggal bagi seseorang yang menggelar dirinya Muslim, untuk terus tinggal sendirian, melupakan komuniti dan masyarakat yang berada disekelilingnya. Namun begitu, fenomena ini sebenarnya jelas menonjol dalam masyarakat kampus. Mahasiswa menumpu kepada pelajaran dan seakan-akan tenggelam dalam dunia pembelajaran mereka. Takutnya mereka ini akan terlupa pada hakikat sebenar mereka menuntut ilmu, dari kepada mencari keredhaan ilahi dan berkongsi pengetahuan dengan masyarakat sekeliling kepada bermatlamatkan kepentingan diri sendiri. Inikah realitinya?
Eidul Adha tidak lagi perlu dilihat sebagai hanya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam semata-mata, tapi lebih dari sekadar itu ianya membawa kita mengenal dan bertindak pada erti memberi diri kita kemampuan untuk mendefinisikan korban dalam segala aspek demi mencari redha ilahi. Tambahan pula dalam membentuk masyarakat Islam yang baik taraf sosio-ekonomi dan budayanya.
Salam Eidul Adha
Friday, October 29, 2010
berpagi-pagi pada yang optimis
Jangan mulakan pagimu dengan dosa
Pasti harimu kelak penuh duka
Jangan penuhkan harimu dengan noda
Nanti dihujung kau pasti terluka
Pastikan harimu penuh senyum mesra
Ianya kunci bahagia
Membuat semua gembira
Pasti ada berkat dan kata suka
Hari ini kita berdiri menggengam budi
Pada erti memberi
Agar semua memahami
Pada maksud sebuah penghidupan ‘abdi
Kita tidak mahu sekadar menongkat langit sehingga mati
Agar semuanya pada diri ini
Ikhlas, Hanya untuk Rabbi
Abdikan dirimu wahai hamba
Agar kau tahu pada erti pencipta
Menjadikan fitrah adalah sebuah bahagia
Kelak hidupmu antara dua sahaja
Kekal di syurga
atau; Sengsara di neraka
Thursday, October 28, 2010
Pada Erti Cahaya Matahari
gambar hiasan |
Ku bertanya pada awan,
“Kemana matahari menghilang wahai kawan?”
Tidak muncul tiba seperti kebiasaan.
Awan tiba-tiba menyendiri dan menyepi,
“Bukankah kau merasa cahayanya pagi ini?”
“Kenapa masih kau perlukan Sang Matahari?”
kekadang ada yang cuba melindung cahayaNya |
Ngomel awan lagi
“Kadang-kadang dia hanya membiarkan cahayanya bersinar pergi
Agar kau tahu dan mengerti
Pada makna memberi”
sehingga saat hilang cahayaNya, baru kita cuba menghargai Dia |
Usai pagi melabuh tirai,
Aku termenung di kaki pantai
Menafsir dan mencari
Pada erti memberi
Sang Matahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)