Saturday, January 10, 2009

kenapa mesti demo??



bismillahirrahmanirrahim...

isu palestin bukanlah isu yang asing lagi, bertitik tolak dari sejarah lampau sejak tahun 1942 hinggalah sekarang, israel tetap juga dengan pendiriannya yang tidak mempunyai dasar damai yang tetap. pada hari ini saya menulis bukan kerana ingin menghuraikan mengenai sejarah palestin itu sendiri, tapi suatu yang lebih penting iaitu perihal nilai dalam erti seorang muslim.

saya amat berterima kasih kepada pihak FSCC,CENFOS,PJ. kerana telah berani tampil menghidangkan suatu demo yang telah diadakan selepas jumaat semalam. menyatakan pendirian ummat islam di kampus ini, menyatakan pendirian mahasiswa dikampus ini yang menentang sebarang bentuk kezaliman dalam erti kata bukan sahaja menilai erti kemanusian semata-mata tapi apa yang lebih penting adalah kerana nama ISLAM itu telah dihina dan dijatuhkan oleh pihak yang tidak langsung mahu ISLAM terus dipraktikkan.


berfikir dan berfikir.
kenapa mesti ada demo? kenapa mesti terjerit-jerit? nonsense. itu kata orang yang sempat hinggap di telinga saya. ya ALLAH buka lah hati2 kami untuk menerima petunjukmu. soalan ini adalah satu soalan yang lebih mencabar. kerana apa, untuk mereka yang masih berada dalam keduniaan dunia yang serba moden pada hari ini maka erti materialisme akan menjadi ukuran kepada setiap tingkah laku kita. maksudnya, setiap apa yang dilakukan mestilah mempunyai kesan secara langsung kepada orang yang hendak dikesankan.

itu materialisme yang bersifat sempit. tapi ternyata datangnya ISLAM penuh dengan kesucian dan keizzahan. sehinggakan al-quran itu tidak habis lagi dikaji sehingga sekarang, kerana apa? kerana dasar HIKMAH yang ada di dalam al-quran.

al-quran mengajar erti hikmah dalam kehidupan, kesabaran dalam perjuangan disamping mengajar erti kesyukuran dalam menerima sesuatu itu bukan sahaja kebaikan malahan juga keburukan.justeru itu, saya merasakan seolah terpanggil untuk berkongsi mengenai kenapa demo itu menjadi harus dan bukanlah "tidak bernilai" semata-mata.

sebagai seorang muslim yang mukmin, antara yang terpenting dalam kehidupan kita adalah tarbiah. tarbiah mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan pancaroba kehidupan. dan kenapa demo ataupun usaha boikot ini menjadi satu tarbiah yang amat berguna untuk kita semua? kerana unsur didikan kepada kita yang telah dimasukkan dalam aktiviti2 ini.

dalam beribu-ribu pelajar di center for foundation studies ini berapa ramai yang masih sedar tentang isu palestine ini? ramai! itu jawapannya. tapi apa yang mampu kita buat? pergi berperang? berjihad di medan perang disana? ataupun menguatkan kita sebagai barisan pelapis ummat ISLAM yang akan membela bukan sahaja rakyat palestine yang ditindas bahkan seluruh ummat ISLAM amnya? itu persoalan lagi.

sahabat sekalian,
mungkin jawapan yang terakhir diatas lebih sedap untuk menyambung perbicaraan ini. tapi satu persoalan akan timbul. adakah pemuda-pemudi dan rakyat kita cukup sedar dengan isu ini?

pada malam tahun baru 2009,saya sempat mengikuti sebuah ekspedisi di sebuah tasik. satu soalan telah ditanya kepada mad'u. "akak dan abang, saya nak bertanya lah sikit kan, apa isu yang paling terkini sekali sekarang ini la kan di dunia". terkial-kial abang dan kakak itu mencari jawapan. selepas berapa ketika maka keluar kata ikhlas dari akak itu, "sebenarnya kami ni tak tahu isu semasa sangat, bukan sebab tak nak tahu tapi memang tak ada masa.balik kerja lewat malam then terus tidur esok pagi bangaun pergi kerja lagi". itu jawapan yang amat ikhlas dari kakak itu. "tv kat tempat kerja tak ade ke? paper ke?" tambah abang hadi lagi. "ada tu ada tapi mana sempat nak baca, memang sibuk"...

itulah realiti dalam kehidupan kita seharian. sultan muhammad al-fateh sebelum berjaya menawan kota konstantinopele pernah keliru kenapa beliau masih tidak dapat mengalah kan kuasa besar itu padahal dia telah cuba menjadi pemerintah yang terbaik dan mempunyai tentera dan rakyat yang baik seperti apa yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah, akan tetapi sangkaannya meleset apabila beliau turun sendiri melihat keadaan rakyatnya yang banyak menindas golongan yang lemah serta berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan harian.

ma'asharal muslimin sekalian,
sedarkah kita akan taggungjawab didikan terhadap ummat agar kesedaran timbul secara tidak langsung bukan sahaja menanam sifat benci kepada yahudi dan nasara yang menyatakan kebencian kepada kita, tetapi mendidik ummat kita pada hari ini tentang pentingnya kesatuan muslimin dalam menyuara serta membela nasib ummat ISLAM.

saudara ikhwan, presiden ingeniuos dalam ucapan nya semalam menegaskan sendiri bahawa kebanjiran warga cfs semalam tidak akan menjejaskan zionis sedikit pun, akan tetapi sebenarnya menyatakan bahawa kita merupakan saudara serta ummat yang tidak tidur lena ketika nasib bangsa seagama kita di tindas bahkan dibunuh tanpa belas kasihan. maka didikan ini amat penting untuk menunjukkan kesedaran yang diberikan nanti bukanlah hanya untuk melalak semata-mata akan tetapi memberi kepentingan kepada diri individu muslim serta jamaah islamiah itu sendiri.

justeru itu...buatlah yang terbaik semampu kita agar bila disoal oleh yang MAHA ESA nanti kita bisa menyatakan bahawa kita bukanlah dari golongan yang berdiam diri.
wallahu'alam

alfarabi_90,
CENFOS,PJ.
SATURDAY,10.17p.m.

No comments: