Thursday, September 17, 2009

PERUTUSAN ‘EIDUL FITRI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah dan kurniaNya kita masih dipanjangkan umur dan masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Bersyukur kita jua kepada Allah kerana disaat ini kita masih dihidupkan dalam bulan yang penuh barokah dan pengampunan dari Allah kepada hamba-hambanya yang merindui untuk bertemu dengannya. Solawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah sollahu’alaihiwasallam kerana penat jerih Baginda berjuang suatu ketika dahulu maka kita pada hari ini dapat merasai barkah dakwah Baginda di bumi Malaysia dan bumi CFS,IIUM ini.

“Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).” (Al-Fath:2)

Saya bagi pihak seluruh warga Mahallah Representative Committee dan Hisbah Representative Comittee Mahallah Umar Al-Khattab I & II ingin mengajak kita semua merenung kembali bagaimana sebenarnya Rasulullah mengajar kita menghadapi bulan Ramadhan dan menyambut ‘Eid fitri dalam keadaan yang beriman. Sebagai pelajar sebuah tempat pengajian Islam yang tersohor di bumi Malaysia ini, kita sepatutnya bersyukur atas kurniaan Allah kerana kita masih diberikan nikmat untuk berada dalam keamanan dan kesejahteraan. Nikmat ini perlu disambut dengan penuh rasa rendah diri agar Madrasah Ramadhan yang dilalui selama sebulan ini benar-benar memberi latihan terbaik untuk kita mendepani cabaran yang lebih hebat yang bakal mendatang dalam 11 bulan yang berikutnya.

Dalam pada itu, ‘Eidul fitri pula mestilah dapat membawa kita kembali kehadrat Ilahi dalam keadaan fitrah dan suci, agar ianya disambut bukan sebagai tempat melampiaskan nafsu yang dipendam selama sebulan, sebaliknya sebagai medan muhasabah dan mensyukuri kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita selama ini dengan penuh rasa kehambaan.

Di kesempatan ini juga, saya bagi pihak seluruh warga Mahallah Representative Committee (MRC) dan Hisbah Representative Committee Mahallah Umar Al-Khattab I & II, ingin menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan andai kata selama kami dilantik menjadi pemegang jawatan ini kami telah lalai dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap seluruh warga Mahallah ini, yang bakal disoal oleh Allah suatu ketika nanti. Marilah sama-sama kita membangun dan menyemarakkan sinar Islam dalam hidup kita dengan lebih tegar dalam mempraktikkan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan harian kita agar kita dapat membangun bersama kesejahteraan Islam.

Akhir kalam, Selamat Menyambut ‘Eidul Fitri, Kullu ‘Aam Waantum Bikhair. Semoga kita dipanjangkan umur untuk terus merasai dan bersua muka lagi dalam Bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Wabillhi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh.


AHMAD FATHI BIN MOHD SALLEH
President,
Mahallah Representative Committee (MRC),
Mahallah Umar Al-Khattab I & II,
CFS IIUM, PJ.

Tuesday, September 8, 2009

perkongsian 2




Jam menunjukkan pukul 4 pagi~

Alhamdulillah….baru sahaja selesai pagi semalam ceramah motivasi mengenai pengurusan masa dari abang amin idris. Input yang diberi amat berguna. Saya amat berterima kasih pada nasrul and the geng atas inisiatif yang amat baik ini. (ada yang dah tak tido atas tilam..hehe)

~gambar hiasan~

Sejak dari dulu lagi kalau habis sahaja kem atau kursus berkaitan motivasi maka sayalah orang yang paling bersemangat. Tidak pasti untuk berapa lama, tapi yang saya dapat rasakan bahawa semangat itu pasti akan menurun. Adakah itu perkara yang biasa? Normal? Anda sahaja yang menjawabnya.

Usai selesai ceramah, ketika masih dalam perjalanan pulang ke mahallah, saya berfikir dua tiga perkara. Dalam beberapa buku yang saya pernah baca mengenai motivasi ada menyebut bahawa manusia sentiasa perlukan booster dalam hidup mereka. Ala-ala graph antibodies??haha.



Maksudnya manusia perlu sentiasa ada peransang dalam hidup meraka. Peransang yang dimaksudkan mestilah berbentuk positif seperti self reward, menggembirakan orang lain, etc.

Kadang-kadang kita terlupa dua tiga perkara yang sebenarnya amat baik dalam hidup kita jika penghayatan keatas apa yang kita lakukan itu berada pada tahap yang optimum. Contohnya dengan membaca al-quran sebenarnya kita membaca al-quran hamper setiap hari tanpa kita sedari, membaca al-quran boleh menyeimbangkan hormone-hormon dalam badan kerana bacaan al-quran akan menyebabkan keadaan jantung dan perjalanan darah berada dalam keadaan stabil.

Dalam tidak sedar, sebenarnya jika kita melakukan aktiviti-aktiviti harian dalam tahap enthusiastic yang amat tinggi boleh menyebabkan diri kita teransang pada motivasi yang tinggi. Bagaimana?

Jam menunjukkan pukul satu sewaktu tiba di bilik selepas pulang dari motivational talk tadi. Dalam fikiran saya ada dua tiga perkara yang difikirkan perlu untuk dilakukan dalam masa singkat sebelum azan zohor menjengah. Pertamanya tidur (qailullah), kedua baca al-quran dan yang ketiganya adalah melipat pakaian.

Kalian tahu apa yang saya buat?

Lipat baju….~

~gambar hiasan~

Apa pun yang kalian ingin katakan. Saya merasakan melipat baju adalah priority yang terpenting ketika itu. (mesti banyak yang confius).

Pointnya bukanlah pada lipatan baju, sebaliknya bagaimana saya melipat baju dan perasaan saya pada perbuatan melipat pakaian tersebut. Got it?

“time management is on how to decide what to do now and what to do after that and how to make your decision reliable on you!”.

Enthusiastic yang tinggi membuatkan kita tidak menghiraukan orang lain.

~gambar hiasan~

Serang pelajar arkitek yang diberi assignment untuk melukis sebuah rumah pasti akan melakukan yang lebih baik jika assignment yang diberikan itu bukan namanya “assignment”. Kenapa? Semuanya berpunca dari bagaimana kita menerima sesuatu perkara yang diputuskan oleh diri kita sendiri. Bahkan jika perlajar tersebut begitu mendalami masuk assignment tersebut, mampu sahaja dia menghabiskan masa berjam-jam untuk kerja tersebut. kenapa? bagaiman anda membina persipsi terhadap sesuatu perkara.


alfarabi_90

MUK1,CFSIIUM,PJ