Friday, March 27, 2009

Seminggu Bercuti


Alhamdulillah..

Seminggu yang dipenuhi dengan pelbagai program, terpaksa juga menolak undangan sahabat untuk ke bukit gantang. InsyaALLAH kalau ada masa lagi mungkin akan ke sana juga. Tapi seminggu di kedah telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Tapi mungkin lebih kepada aktiviti sendiri.
Alhamdulillah, THANK YOU ALLAH

Sampai di kedah ja naimul memberi mesej untuk ke sekolah keesokkan harinya sebab dia ingin mengambil keputusan stam, bagus juga dapat berjumpa sahabat lama selain dapat mengetahui keputusan smramm dan spm adik-adik. Memang gempak la keputusan adik-adik, tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua, yang tak dapat straight A's tu tak mengapa, cuba lagi. Tetapkan kecemerlangan apa sebenarnya yang anda inginkan. Tengahhari nya pula kro telah merancang majlis jamuan untuk sahabat-sahabat stam, alhamdulillah ramai yang datang dan pelbagai perkara telah diborakkan.
..antara yang hadir, alumni STAM kot..

tok: "kezuhudan" membawa ke"mumtaz"zan...

"orang kuat" lama tak jumpa

Habis jamuan, petangnya pula tanpa dirancang kro menjemput untuk menjadi fasi bagi program kem pembinaan akhlak bagi pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 sekolah kebangsaan seri taman. Masa diperuntukkan selama 3 hari 2 malam disana. Hm…mencabar jugak mendidik dan mengawal anak-anak kecil ni. Terbayang juga bagaimana guru-guru sekolah rendah islam darul aman dahulu terpaksa menjaga dan mengawal kanak-kanak kecil yang banyak ragam.
Walaupun begitu, pengalaman di sana amat berharga sekali. Apalah sangat keletihan bagi seorang pendakwah jika menerima sedikit cabaran dan dugaan sikit dah merungut. Jangan begitu, pendakwah yang sejati sentiasa memandang apa sahaja yang dilaluinya mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersirat untuk kegunaan masa hadapan. Pentingnya, objektif sentiasa tercapai!
..ni dia peserta semua..

Setelah menjadi pengerusi majlis dan mengendalikan slot “pop quiz” untuk adik-adik, seorang sahabat bertanya, “hang tak letih ka? Nampak aktif ja”. Saya tersenyum. Hidup ini sentiasa aktif, kenapa mesti letih. Mahasiswa perlu sentiasa aktif dan cerdas dalam melihat dan menilai sesuatu perkara. Bayangkan kalau mahasiswa lemah dan suka tidur ja, siapa lagi yang akan menggalas bebanan keaktifan seorang manusia, yang tua akan kata tak larat lah aku dah tua, yang kecil pula akan kata saya masih kecil dan hanya suka bermain, maka sampai bila kita akan menyedari tanggungjawab seorang manusia?

Rasulullah sendiri selepas 13 tahun di mekah masih lagi gagah meneruskan perjuangn baginda membawa misi dakwah. Masih lagi kuat, sehinggakan pernah diceritakan di dalam sirah bahawa rasulullah pernah bergusti dengan seorang lelaki yang paling gagah ketika itu, tetapi perlawanan itu dimenangi rasulullah dan lelaki itu memeluk ISLAM. Maka tiada sebab untuk lemah dan mandom sahabat-sahabatku.
Tapi terasa kecewa juga tak dapat memenuhi jemputan sahabat-sahabat dari maahad yang menjemput untuk sama-sama makan malam di nasmer pada malam jumaat kalau tak silap. Maaf ya kalian.

Hari ahad, sekali lagi tidak sah kalau balik tak tolong ayah dalam catering. Kali ini di tandop. Catering ini banyak membantu diri mengurus dan menilai sifat manusia. Segenap aspek, dari aspek tanggungjawab peribadi, komitmen kerja dan termasuklah tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH. Komunikasi antara pengurusan dan pekerja penting, agar komunikasi antara pekerja dengan pihak pelanggan (tuan rumah) dapat berjalan lancar.

Hari isnin sekali lagi memenuhi jemputan dari bekas guruku di darul quran, sungai baru, kedah (ni bukan DQ kat kuala kubu bharu na). ustazah fadzilah sendiri yang menjemput jadi kenalah pergi. Dengan berbekalkan petua dari kro, ternyata petuanya kurang membantu. Tapi apa pun terima kasih coz sudi memberi petua sehingga sampai juga ke rumah ustazah. Tapi sebelum tu, pada pagi nya sekeluarga terlebih dahulu ke rumah pak ngah (sepupu ayah), anaknya melansungkan perkahwinan. Bermacam hidangan di sediakan, awalnya biasalah nasi minyak, lepas tu keluar pula bubur kacang then keluar pula laksa, tak berhenti sampai situ je keluar cendol dan last sekali bihun sup pula. Yang best nya kenduri di kampung ni terasa nikmat dan jati diri orang kampung. Walaupun sudah kurang yang ingin mengendalikan majlis perkahwinan dengan cara berhidang dan telah bertukar kepada buffet, tapi masih ramai yang tetap terus menyokong tuan rumah. Selesai solat zohor terus saja bertolak ke rumah hazim untuk memenuhi jemputan ustazah.

Hari selasa, hari lapang yang digunakan untuk memenuhi pesanan sahabat yang mengirim dua tiga barang. Singgah di pekan rabu mencari baju raihan warna putih untuk majdi. Terasa jeles la pula sebab baju yang aku beli untuk dia kali ini lebih cantik dan nampak ngam lagi dari baju yang pernah dibeli untuk diri ku sendiri. Tapi apa pun, perasaan gembira dapat memberi yang terbaik untuk sahabat-sahabatku. Selesai di pekan rabu, misi diteruskan mencari 2 3 barangan lagi untk diriku. Berjimat cermat la katakan, survey sehingga mendapat yang terbaik. Alhamdulillah akhirnya dapat juga barang yang ingin dibeli.

Hari rabu, awal-awal lagi hazim telah pesan untuk bertandang ke rumahnya, katanya ada kenduri kesyukuran atas kejayaan adik lelakinya memperolehi keputusan spm yang cemerlang, 11A1B. tahniah sekali lagi untuk beliau. Di rumah hazim banyak lagi la makanan di hidangkan. Terima kasih sekali lagi kepada ayah dan mak hazim yang sentiasa ceria dan baik hati. Selesai menjamu selera di rumah hazim terus saja menyempurnakan beberapa perkara lagi yang perlu aku beli. Singgah di pustaka darul salam, mencari buku fiqh harakah karangan ustaz hadi sebab masih tidak mempunyai buku itu. Selesai di darul salam singgah di star parade dan kemudian ke stesyen keretapi untuk membeli tiket. Tapi nasib tak menyebelahi diri ini, tiket kelas 2 katil dah habis. So, jawapannya, naik bus ja la ke KL.

Hari khamis, suasana agak gering. Demam la pulak. Tiket bas yang pada awalnya di booking pada hari jumaat malam terpaksa di tunda ke hari sabtu malam. Kesakitan amat memberi makna. Alhamdulillah ALLAH memberi aku nikmat merasai sakit. Ternyata nikmat ALLAH itu amat banyak, hanya menunggu kita untuk mendapatkannya sahaja dengan cara yang diinginkan. Teringat firman ALLAH yang antara lain menyebut bahawa ALLAH akan menguji hamba-hambanNYA dengan ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan kehilangan nyawa, tetapi kata ALLAH, berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar. wallahu’alam.

No comments: