Friday, March 27, 2009

yakinlah!


Teringat kata-kata seorang senior yang juga sahabat karib. “enta tak boleh macam tu, dia dah banyak pengalaman dah, dia dah terdedah dengan semua ni lama dah dari enta. Jadi kalau nta nak bawa benda ni dengan cemerlang maka nta kena bawa guna gaya enta la”.

Keyakinan diri.


Bercakap tentang rasa yakin pada diri ini juga kadang-kadang tercabar diri kita bila terpaksa melakukan tugas-tugas yang berat. Pernahkah kita bertanya kenapa kita diutuskan di dunia ini? Persoalan ini awal lagi patut dijawab oleh kita.

Menghadapi hidup dengan keyakinan adalah suatu kemenangan yang tinggi. Kenapa? Kita yakin untuk melakukan sesuatu perkara sebenarnya telah 50% menyiapkan perkara tersebut. Bayangkan apabila kita yakin untuk menghadapi peperiksaan, maka kita akan berasa selesa untuk menduduki peperiksaan itu, dan input yang bakal dikeluarkan adalah lebih mudah. Ini berbeza dengan mereka yang berasa selesa untuk menduduki peperiksaan tetapi kurang keyakinan untuk score., fikir-fikirkan.

Yakin disini bukanlah bermaksud anda over-confident. Yakin yang sepatutnya diperhalusi dengan nilai rasa tidak mencukupi dengan kekurangan diri. Selain rasa ingin yang terbaik dalam membawa agama ALLAH ini serta niat untuk memberi kepada manusia yang lain.

Sesetengah orang mempersoalkan keyakinan ini dengan mengatakan bahawa mereka tidak yakin oleh sebab kelemahan-kelemahan diri, kurangnya ilmu dan lain-lain lagi. Perlu dijelaskan disini bahawa keyakinan diri tidak bermaksud anda totally perfect! Manusia belajar untuk hidup. Belajar untuk mengenal. Belajar perkara yang mereka sudah tahu dan mereka belum tahu, soal keyakinan tidak pernah wujud dalam kekurangan-kekurangan ini, sebaliknya keyakinan akan sentiasa wujud untuk menampung kelemahan diri dan menjadikan diri sebagai yang terbaik untuk manfaat semua.

Gaya dan stail penggubahan dan pembawaan seseorang dengan seseorang adalah berbeza. Seorang yang mempunyai pengalaman yang luas mungkin boleh dikatakan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dari mereka yang kurang pengalaman. Sebaliknya, peluang yang diterima oleh mereka yang kurang pengalaman sepatutnya dimanfaatkan untuk menjadikan mereka orang yang berpengalaman luas selain mencuba dengan lebih kritikal dalam pembawaan idea-idea mereka dalam sesuatu perkara itu.

Sebagai contoh, Thomas Edison telah gagal dalam 99 percubaannya. Tetapi oleh sebab keyakinannya dalam setiap percubaan tersebut menyebabkan percubaan seterusnya telah berjaya membawa dimensi baru kepada dunia ini. Itu tentang barat.

Sirah rasulullah juga meletakkan bahawa keyakinan seorang muslim mestilah sentiasa bersandarkan kepada ilahi. Tengok sahaja bagaimana peperangan badar hanya 300 orang islam tetapi berjaya mengalahkan tentera musyrik. Dan bagaimana keyakinan ahli badr ini diangkat oleh ALLAH kerana mereka lah barisan pertama dibelakang rasulullah ketika awal pembawaan islam, itu keyakinan terhadap nabi.

Oleh yang demikian, perlu diperhalusi disini bahawa sebagai seorang yang beragama islam kita sepatutnya yakin kepada diri sendiri, dan sentiasa menyandarkan keyakinan kita kepada kekuasaan ALLAH dengan pengharapan yang penuh agar apa yang kita yakini tidak pernah sia-sia dan dapat mencetuskan idea perubahan yang terbaik untuk kemaslahatan ummah.

Yakin pada diri tidak semestinya membuatkan kita tinggi diri, tetapi sentiasa bermuhasabah terhadap segala kelemahan dan berusaha menampungnya kembali. Paling pentingnya mempunyai rasa yakin pada diri sendiri. Ingat! Anda tidak bekerja seorang diri. Ada lagi dibelakang anda. Wallahu’alam.

No comments: