Tuesday, September 23, 2008

Selamat yang tidak selamat

Selamat yang tidak selamat.
Alhamdulillah semalam baru saja diadakan iftar jamai’e untuk bekas2 pelajar maktab Mahmud disini. Memang terasa ada sesuatu yang agak aku malukan dalam hati ini, ya lah berjumpa dengan senior2.he..
Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancer walaupun kehadiran tidaklah berapa banyak pun. Turut dimaklumkan bahawa dengan terbahagianya cenfos kepada 2 iaitu di pj dan di nilai maka turut terbahagi juga lah bekas2 alumni maahad Mahmud. Walaubagaimana pun semalam majlis yang serba ringkas itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu dari uitm shah alam, abg sulaim n abg amir(apek). Terasa amat gembira dapat berada sekali bersama2, teringat pula bagaimana keadaan sahabat2 yang lain….
Selesai solat maghrib di bangunan annex maka ada diadakan tazkirah, tapi mungkin lebih bersifat usrah. Diberikan oleh sulaim, walaupun sebelum itu telah ditolak oleh syahid dan dziaulhaq. Ada sesuatu yang aku rasakan ingin di coretkan disini untuk perkongsian bersama, Ramadan sudah hampir ke penamat, sudah separuh masa ketiga. Maka apa sebenarnya yang telah kita lakukan? Adakah puasa kita diterima? Ataupun kita hanya sekadar berlapar dan dahaga? Banyak antara kita dalam sedr tidak sedar bahawa kita kadangkala berkata diri ini berpuasa tapi tetap melakukan maksiat kepada ALLAH. Bukan lah semestinya terang2ngan tapi secara tersembunyi, insaflah diri ini. Satu yang aku terasa sekali apabila sulaim berkata bahawa umat islam zaman sekarang bukan lah seperti mana yang kita sangkakan bahawa iman kita boleh turun dan naik. Tapi lebih dari itu, kita perlu berhadapan dengan reality bahawa umat islam sekarang sebenarnya banyak sekali yang paginya beriman tetapi petangnya sudah tergadai iman. Maka istilah yang lebih afdal untuk ini adalah iman pada waktu sekarang lebih kepada keluar-masuk dan bukan lagi turun-naik. Itu lah hakikat.Maka dimanakah kita ketika ini? Bangun dalam keadaan selesa untuk menghirup udara segar kurniaan ALLAH dalam erti kata beriman ttapi apabila tengok television lansung tiada perasaan benci dengan maksiat yang berlaku?? Ataupun sekadar tengok orang berkapel tetapi tidak mampu melakukan apa2 dan hanya sekadar berkata: “dia tak tau kot, takpa nanti mai la petunjuk”. Tapi dimanakah kita? Siapa yang lebih teruk? Maka marilah diri ini sama2 menginsafi setiap yang telah berlaku dan akan berlaku agar kita sentiasa menyibukkan diri memikirkan tentang masa depan umat. ALLAHU’ALAM.
Kesibukan memberi pengertian.

No comments: