Tuesday, September 23, 2008

sesuatu itu amat bermakna

Wednesday, September 17, 2008
Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah dapat juga mencari secangkir senyuman pada pagi ini. Selawat dan salam kepada junjungan mulia rasulullah….
Pagi ini aku terlewat nak ke masjid, hanya sempat ke surau ja.. Alhamdulillah dapat juga solat jemaah walaupun sebenarnya aku lebih mengharapkan dapat ke masjid kerana agar dapat ku mengutip sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu.
Penuh dengan rahmat
Hari ini dah masuk 17 ramadhan, seakan suatu yang tak ku sedari bahawa ramadhan kian pergi dan aku masih terleka dalam menyia2kan bulan yang mulia ini. Aku harap dapat terus memperbanyakkan ibadah. Minggu ini aku agak sibuk, dan sudah semestinya kesibukan itu memberi kenikmatan kepadaku.
Dan bermula nya malam ini dan seterusnya aku terpaksa menghadiri beberapa kali ifthar lagi. Aku teringat suatu ketika dahulu ketika berada di darul quran, sungai baru. Bulan puasa memang menjadi kenikmatan yang luar biasa kerana dipenuhi dengan pelbagai agenda untuk beribdah disamping telah mengeratkan hubungan silaturrahim (brotherhood). Ya, teringat kepada zurhain, syafiq syarif, ezzat dan ramai lagi..disamping adik2 yang aku sayangi, dan juga tidak dilupai abang2 yang banyak member pengajaran. Walaupun aku telah menjejakkan kaki ke program itu semenjak dari tingkatan 1 tapi smua nya tak dapat ku lupakan.
Makan dalam talam
Abang hamdan banyak menceritakan pelbagai kisah2 nabi dan pelbagai ilmu ketika kami berbuka. Makan dalam talam memang terasa suatu nikmat. Bayangkan saja lah yang sikit terasa banyak yang banyak pula terasa biasa.. itu semua kerja tuhan yang maha berkuasa. Mutiara ilmu itu tidak pernah aku sia2kan. Dan semalam apabila berbuka hanya berdua dengan seorang lagi sahabat, aku terpandang dan terdengar zikir2 di kaca tv dan disebalik itu aku lihat video masyarakat islam di tempat lain yang tidak mendapat nikmat seperti mana yang aku dapat. Aku terasa sayu, maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
Kesyukuran adalah suatu yang amat penting. Tapi ternyata kenangan di DQ sungai baru itu kini tinggal kenangan yang aku sentiasa dambakan saat itu kembali walaupun aku gagal menjejakkan kaki ke DQ kuala kubu bharu, semuanya ada hikmah. Maka tiada siapa pun yang berhak menjadikan sesuatu perkara itu melainkan dengan kehendak ALLAH. Wallahu’alam.

No comments: