Wednesday, September 24, 2008

kematian...

bismillahirahmanirrahim....
185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Alhamdulillah bersyukur pada ALLAH taala sekali lagi dapat menunaikan kewajipan yang ALLAH fardhukan bagi hamba2 nya yang mumaiyyiz. Terasa amat berat untuk kita menghendaki atau meminta nikmat syurga dari ALLAH kerana amalan yang tidak seberapa, tapi semoga ALLAH menggolongkan kita dari hamba2nya yang ikhlas dalam beribadah serta mendapat keredhaan hidup didunia dan akhirat.
Apapun, berkenaan ayat diatas ini maka sekali lagi diri ini menginsafi kerdil nya diri ini jika nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. Kematian adalah suatu yang benar, tiada yang benar melainkan yang benar2 sahaja yang kita dengar. Walaupun peristiwa yang ingin saya ceritakan ini mungkin akan menyentuh hati sesiapa, tapi marilah sama kita mengambil ikhtibar agar kita sentiasa beringat dan berwaspada serta bersedia dengan saat kematian.

Kelmarin(dua hari yang lepas) telah berlaku peristiwa yang tidak dijangka. Kematian seorang pelajar perempuan akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan Annex di cenfos. Berbagai versi perceritaan tentang kenapa, bagaimana, siapa dan bermacam-macam persoalan tentang kejadian tersebut telah kedengaran. Yang pastinya ALLAH lebih mengetahui setiap perihal hambaNYA. Apa yang ingin dikatakan disini selain dari kisah tersebut adalah sebuah pengalaman bermakna yang telah aku kutip sewaktu berada di kampung halaman pada awal tahun ini. Ianya tentang kematian seorang ustaz, lebih layaknya seorang tuan guru. Pada mulanya berita yang aku ketahui itu aku sambut dengan kesedihan, ini kerana tuan guru ini boleh lah dikatakan agak rapat dengan ayahku. Beliau akan menyuruh ayahku mencukur kepalanya jika dirasakan sudah masanya rambutnya telah panjang. Ustaz ini memang amat baik. Keesokan hari selepas menerima berita kematian itu aku tidaklah bercadang untuk melawat tuan guru itu, mungkin kerana kejahilan yang masih berada di dalam diri ketika itu. Tapi beberapa ketika selepas itu, ayahku pulang dari rumah allahyarham dan menyuruhku pergi kesana. Dan aku pun pergi mungkin juga dalam keadaan berat hati kerana malu untuk bersosial sangat dengan masyarakat setempat. Tapi ternyata perasaanku itu meleset, setibanya dirumah jenazah, aku seolah seperti berani untuk masuk sendirian, ternyata perbuatan ku itu telah membuatku seakan terbang. Dan mungkin agak keterlaluan jika ku katakana aku juga ingin bersama jenazah ketika itu. Ternya janji ALLAH itu pasti. Aku melihat jenazah dalam keadaan sebak, bukan kerana sedih tapi gembira. Gembira? Ya, terasa bahagia kerana jenazah ustaz itu tersenyum kebahagiaan. Ya ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang memahami perasaan ketika itu. Aku seperti tidak percaya bahawa jenazah di hadapan ku ini tersenyum keriangan. Jika anda bisa melihat jenazah-jenazah syahid di palestin tersenyum, maka tidak mustahil anda juga akan memahami perasaan saya ketika itu kerana jenazah yang tersenyum riang itu berada di hadapan saya. Allahummaj’al na minallazina yadqhuluna fi jannatik. Allahumma baarik alaih.

Sementara itu, aku juga tersentak lagi dengan berita tentang kematian seorang pelajar yang terjatuh dari tingkat tiga itu. Ternyata maut itu tidak mengenal usia, tempat, bangsa, warna kulit, rupa dan harta kekayaan. Semuanya akan mati. Maka adakah kita benar2 bersedia. Maka sempena ramadhan almubarak ini maka marilah sama2 kita lipat gandakan amal ibadah kita, agar kita di masukkan dalam golongan yang ALLAH janjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan ALLAH adalah sebaik2 pemegang janji.

No comments: