Sunday, August 2, 2009

Sayang ana pada antum

Sayang ana pada antum

Mulanya seperti tiada apa yang berlaku, tapi usai solat maghrib aku berjumpa Bro.badran dan dia bertanyakan adakah aku sudah tahu mengenai hal seorang sahabatku ini. Tiada apa yang aku tahu, hanya doaku mereka sampai dengan selamat di kampus. Tapi, pertanyaan itu ternyata membuka sesuatu yang terbuku di dada. Apa lagi, perutku yang kelaparan di lupakan sekejap, terus saja mencapai hand phone dan menghubungi Bro. munta untuk bertanyakan hal yang lebih lanjut dan mengharapkan beliau dapat pergi terus ke tempat kejadian bagi mendapat update terkini, dan yang paling penting sahabatku itu tidak keseorangan disana. Mulanya dengan membooking motosikal , sehinggalah kepada terpaksa membatalkan semula motosikal itu kerana Bro. munta mempunyai plan yang lain. Keadaan bertambah buruk dihati ini apabila mendapat berita mereka yang lain sudah di bebaskan melainkan dia seorang. Itulah, lain orang lain cerita dan dalam pelbagai versi. Aku mencapai hand phone sekali lagi dan memberitahu abg aku tentang apa yang berlaku. Abg aku memberi mesej : “tak pa satgi budak UM pi tgok”. Lega sikit hati.

Kakiku melangkah ke dalam stadium dalam keadaan masih tidak senang. Masih teringatkannya. Aku langsung tidak risau jika hanya atas sebab polis menahan dia, tetapi apa yang aku risau dalam keadaan lewat dan malam sebegini apa saja boleh berlaku dan paling aku risau kalau-kalau dia keseorangan. Persembahan dalam stadium meriah, tetapi setiap saat yang dilalui tetap teringatkannya. Bro. Ibrahim turut menghubungiku bertanyakan di mana sahabatku itu berada, tapi apakan daya aku tidak mendapat apa-apa maklumat lagi. Tiba-tiba mesej masuk, abgku memberitahu bahawa sahabatku telah dibebaskan. ALHAMDULILLAH.

Tapi, risauku bukan pada soal pembebasan itu, kerana aku kenal siapa Dia. Langsung aku tak takut dengan soalan polis terhadap dia kerana Dia memang tidak bersalah. Apa pun aku masih risau dengan waktu-waktu sebegini Dia masih dalam keadaan lost contact lagi.

Selesai persembahan dan program, bertemu dengan Bro.amir beliau pun bertanyakan hal yang demikian. Aku tidak mampu menjawab apa apa. Hanya doa dan usaha yang tidak seberapa sahaja. Di luar stadium, keadaan masih kusut, aku masih memikirkan dia. Apa yang akan berlaku. Tetiba, Bro. syukri memberitahu bahawa sahabatku itu telah selamat keluar dan sebentar tadi bersama menonton persembahan di dalam stadium. SUBHANALLAH! Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa betapa gembiranya hati ini apabila melihat wajah sahabatku itu. ALHAMDULILLAH….

Apa pun, aku masih teringatkan firman Allah taala :

"teman-teman karib pada hari itu (Qiamat) saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" ……….(43:67)

“Ya Allah….sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimun atas dasar keintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu bagi memikul beban da’wahMu. Hati-hati ini telah mengikat oersetiaan untuk menolong meninggikan syari’atMu. Oleh itu, ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkanlah kemesraan mawaddah antara mereka………”

Enyahkan rasa takut dan gentar,

Walau raga kan meregang nyawa,

Kerna Allah tlah janjikan syurga,

Untukmu mujahid setia.

Ana sayang antum.



cukuplah sekadar doaku dan dapat melihat wajah kerianganmu semula selepas diri ini sudah sedikit berusaha untuk para sahabat. aku tidak terdaya membuat yang lain. hanya doa dari hati yang ikhlas ku damba dan berikan untukmu sahabatku.

No comments: