Sunday, August 2, 2009

TAHNIAH GAMIS!!



Blue print dari Gamis

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Gamis kerana telah berjaya dengan jayanya menganjurkan KONSERT ANTARA DUNIA (KAD) sebentar tadi. KAD telah berjaya menghimpunkan penggiat nasyid dari Malaysia seperti raihan, rabbani dan hijjaz. Di samping itu, sekalung tahniah kerana Gamis juga telah berjaya membawa shoutul harokah dari Indonesia dan sebuah kumpulan lagi dari Arab Saudi untuk membuat persembahan. Konsert kali ini adalah sesuatu yang luar biasa dan telah berlangsung dengan amat baik sekali.

Dari sisi pandang seorang dari hadirin, saya merasakan bahawa Gamis telah meninggkatkan taraf konsert dan menjenamakan semula konsert nasyid kontemporari. Gabungan elemen muhasabah yang biasanya digunakan dalam kursus kepimpinan atau kem-kem remaja kali ini dibawa dalam konteks masyarakat yang lebih besar. Ibu, ayah, anak, datuk, nenek, abang dan kakak semuanya duduk bersama dan pasti akan terkesan dengan pembawaan ini. Impak yang besarnya adalah kerana pembawaan “muhabasah” dari awal program ini adalah dalam bentuk konsert nasyid dan puisi. Sesuatu yang amat menyentuh jiwa.

Ianya merupakan suatu kejayaan yang besar dan sebenarnya boleh menjadi blue print yang amat baik bagi di guna pakai oleh generasi-generasi yang seterusnya dalam menjayakan konsert nasyid seperti ini lagi.

Apa yang boleh katakan persembahan artis adalah amat baik. Mungkin masalah audio/sound yang kurang jelas di sisi stadium boleh diperbaiki lagi selepas ini, ianya hanya masalah teknikal. Dan satu lagi mungkin masalah surau dan pili air yang kurang boleh diperbaiki dengan memaklumkan lebih awal kepada pihak MBSA untuk mendapatkan lori tangki air bagi kegunaan orang ramai untuk mengambil wuduk.

Apa pun, saya merasakan bahawa committee telah bekerja bertungkus lumus dalam memastikan setiap gerak kerja menuju kearah kesempurnaan. Semoga setiap apa yang mereka kerjakan akan dinilai sebagai satu ibadah yang amat besar ganjarannya disisi Allah dalam meninggikan syiar agama Allah.

Rm 10 yang dibayar bagi membeli tiket masuk seolah-olah tidak dapat membayar harga persembahan dan nilai tarbiah yang diberi oleh Allah subhanahu wataala melalui idea Gamis kali ini. Kualiti persembahan dari para artis juga amat baik sekali. Sudah semestinya, kemunculan shoutul harakah amat ditunggu ramai. Persembahan yan amat energetic dan sangat baik membuatkan ramai penonton tergamam kerana kebanyakan penasyid dari shoutul harokah ini sebenarnya sudah agak berumur jika mahu dibandingkan dengan artis rabbani dan hijjaz. Tahniah shoutul harokah kerana berjaya memukau hadirin dengan cabang dakwah anda.

Satu hal yang saya teliti dari awal hingga akhirnya adalah elemen muhasabah yang saya katakan di perenggan yang atas tadi.

“serulah kamu semua kepada tuhanmu dengan berhikmah……”

GAMIS, kalian sangat berhikmah. Moga-moga niat kalian yang baik ini akan membuka dada-dada orang untuk lebih menerima ISLAM yang sebenarnya. apa pun, segala ucapan tahniah dan pujaan serta pujian kembali pada hakikat bahawa Allah taala yang menjadikan segala-galanya dan Dia Maha Bijaksana....ALHAMDULILLAH.....


No comments: