Sunday, October 5, 2008

Berdiri atau berjalan

Berdiri atau berjalan.
Kelmarin dulu(dalam bulan ramadhan) aku sempat berbuka dengan beberapa orang rakan disini. Selesai berbuka aku menunaikan solat di surau terdekat. Dan selepas selesai menunaikan solat aku keluar dan berjumpa dengan seorang sahabatku. Pertemuan yang sentiasa bernilai padaku.

“ada dua golongan, satu yang berdiri diatas jalan dan satu lagi yang berjalan. Golongan yang berjalan boleh mengatakan bahawa mereka dapat merasakan bahawa mereka tahu macam mana perasaan dan keadaan orang yang berdiri sahaja kerana untuk mereka berjalan maka mereka perlu berdiri juga. Akan tetapi golongan yang berdiri sahaja, mungkin mengatakan mereka dapat melihat macam mana keadaan jalan itu, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat merasai cabaran sebenar orang yang berjalan”.
Entah mengapa terkeluar perkataan ini daripada mulut aku. Mungkin sebenarnya aku bukan ingin mengatakan ini pada waktu itu, tetapi ALLAH telah menetapkan kejadian ini. Sahabat aku termenung seketika. Ya, ada dua golongan yang berada dalam jalan dakwah ini yang mereka ini sedar bahawa mereka perlu menjalankan kerja dakwah tapi mereka ini terbahagi pula kepada dua golongan. Iaitu yang berdiri di tengah jalan dan melihat sahaja, dan mungkin lebih teruk jika mereka seperti membuat sibuk bahawa mereka sedang berjalan. Alangkah tertipunya golongan ini, aku sedih, aku tidak pasti golongan mana aku ini. Semoga aku sudah selangkah memulakan tapak berada dalam jalan ini. Dan golongan kedua adalah mereka yang memang telah berada di atas jalan ini dan telah merasai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menegakkan kebenaran, dan telah mengorbankan banyak benda demi untuk menjalankan kerja dakwah. Tetapi cabaran ini telah dirasai oleh orang yang bercakap dengan aku ini sebenarnya.
sebenarnya persoalan demi persoalan telah dibincangkan, pelbagai jamaah dan macam2 lagi dibincangkan.. lebih kepada sentuhan hati ke hati antara dia dan aku. Dan ternyata pelbagai keadaan telah dan akan mengubah kita, maka keadaan yang terakhir itu amat penting.

Aku teringat tentang tazkirah yang pernah diberikan dulu oleh sulaim, tentang masa..kita ni nak tunggu sampai bila untuk berjalan kerana masa itu terlalu singkat. Bayangkan lah sekarang dah umur berapa, sikit hari lagi umur 40 tahun maka kita berjumpa sekali lagi dan berkata “la, dah 40 tahun dah no”..itu yang amat bisa kedengaran. Maka marilah sama2 kita cuba untuk menjalankan kerja yang sebenarnya dipertanggungjawabkan keatas kita…bantulah diriku untuk membantu yang lain…
YaALLAH, akhirlah hidup kami dalam pengakhiran yang baik. Bantulah kami dalam berada diatas jalan ini.

No comments: