Sunday, November 9, 2008

SRIDA





Pada 7 november yang lalu telah sempurnalah majlis sah khatam al-quran bagi pelajar tahun 6 sesi UPSR 2008 Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA). Saya turut juga berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan haji Usamah, pegawai pusat islam, Universiti Utara Malaysia.

Mengenang kembali sejarah SRIDA dalam awal penubuhannya, saya merupakan generasi ketiga penubuhan sekolah ini. Sebenarnya penubuhan SRIDA hasil pembahagian satu sekolah kepada dua yang akhirnya membentuk 2 pentadbiran yang berbeza dan 2 sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Aman dan juga Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) tetapi masih dalam matlamat yang asal. Perpisahan in jika tidak silapnya berlaku pada tahun 1994 dan saya hanya menjejakkan kaki ke sekolah ini pada tahun 1996.

Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah ini yang sudah berada pada tahap yang agak memberangsangkan. Bukan sahaja dari struktur pentadbiran dan prasarana selain itu akademik pelajarnya juga telah menunjukkan hasil yang amat baik. Keadaan da’if sekolah pada awal kemasukan saya langsung tidak menyebabkan ibu bapa kurang yakin dengan kemampuan tenaga pengajarnya. Bayangkan keadaan bangunan sekolah yang hanya mempunyai satu blok sahaja, dan hanya mempunyai 2 asrama yang serba kekurangan. Dalam pada itu, kejayaan pelajar sesi UPSR tahun lepas menunjukkan pencapaian 50 lebih orang pelajar mendapat 5A daripada 100 orang juga menunjukkan kemampuan guru-guru disini bukanlah persoalan lagi. Apa yang ingin diperkatakan disini bukan hanya sekadar itu sahaja, apa yang lebih penting sekolah ini juga turut menerapkan elemen-elemen agama yang amat penting sebagai persediaan ke peringkat menengah.

Dan apa yang jelasnya semalam telah sah khatam al-quran pelajar-pelajar tahun enam pada tahun ini. Elemen al-quran itu menjadi elemen terpenting dalam meletakkan asas apa pun dalam diri murid-murid. Pada majlis yang sama selepas ucapan aluan daripada Tuan Haji Khamaruddin bin Mohammad, Guru Besar SRIDA, Tuan Haji Usamah telh menyampaikan ucapan nya. Dalam ucapan tuan Haji Usamah menekankan peri pentingnya aspek al-quran dalam diri anak-anak. Anak-anak yang diletakkan al-quran dalam diri nya dan mengamalkannya akan menjadi anak-anak yang terbaik. Terbaik disini bukan hanya didefinisikan sebgai menjadi seorang doktor, engineer atau akauntan sahaja tetapi apa sahaja bidang yang diletak nanti maka mereka-mereka ini akan mekar bak mekarnya bunga yang mewangi.Pernahkah kita erfikir melahirkan golongan perfilemen yang haraki? Berapa banyakkah golongan pegawai tentera yang haraki? Ataukah kita sudah cukup banyak dengan penggiat seni atau apa sahaja yang haraki? Adakah kita hanya akan mengisi ataupun menyusun semua ini selepas mencapai kemenangan? Tanyalah diri kita yang boleh saling menbantu.

Apa yang terharunya pada diri saya adalah apabila tuan haji usamah mengaitkan Maahad Mahmud sebagai medium yang boleh menjadi alat penerus selepas ini. Tuan haji juga menerangkan bahawa aspek dakwah amat penting agar kejayaan yang kita kecapi pada hari ini tidak hanya menjadi milik kita tetapi yang lebih ramai lagi. Tuan haji Usamah juga merupakan bekas pelajar maahad yang sudah lama meniggalkan sekolah ini. Dan menyingkap kembali era kegemilangannya, maahad dapat dikatakan sebagai sekolah pelahir cendiakawan yang pelbagai. Dan itu semua terletak atas bahu kita yang ingin melihat bagaimana generasi seterusnya yang akan menggalas islam diatas pundak kita termasuklah saya yang bercakap ini.

Saya juga teringat kembali keadaan ibu bapa pada zaman sekarang dan dahulu ada bezanya yang ketara. Dengan masalah sosial yang amat teruk dikalangan pelajar mutakhir ini, saya dapat menimgbau kenangan ketika hari pertama pada tahun satu seorang ibu datang menghantar anaknya kedalam kelas yang kebetulan ada guru ketika itu, ibu ini telah berkata kepada guru tersebut, “cikgu, cikgu ajaq la saiful(bukan nama sebenar) ni kalau dia nakai rotan saja cikgu, tak pa saya bagi kebenaran.”

SRIDA bukanlah nama yang asing bagi saya, saya pernah berada ditempat ini dan saya bersyukur pernah berada disini. Kenangan disini terasa amat manis untuk dikongsi bersama kerana itu kadang-kadang saya ketawa kecil kerana mengenangkan apa yang berlaku.

Tapi, siapa pun kita, dimana pun kita pernah belajar, atau apa-apa sahaja yang berkaitan kita sebenarnya tiadalah apa jika kita ini tidak menggunakannya untuk jalan amar makruf nahi mungkar. Wallahu’alam.

Sekadar perkongsian.

No comments: