Thursday, November 13, 2008

Buku: Quantum Tarbiah




Alhamdulillah pada cuti semester baru-baru ini ketika bertandang ke Sofwah saya sempat membelek sebuah buku yang akhirnya telah saya pinjam untuk dijadikan bahan bacaan. Buku tersebut adalah karangan Solikhin Abu ‘Izzudin terbitan syarikat penerbitan dari Indonesia iaitu Bina Insan, buku bertajuk Quantum Tarbiyah Mencetak Kader Serba Bisa!

Buku ini saya kira amat bagus untuk dibaca kerana didalamnya termuat pelbagai kaedah untuk meletakkan diri dalam keadaan yang teguh dalam berdakwah. Tidak dapat dinafikan bahawa situasi untuk membuat kebaikan itu terdapat seribu satu cabaran yang boleh membuat kita duduk dan menangis dan buku ini cuba untuk membentuk diri menjadi bijak dalam menggunakan uslub dakwah tersendiri.

Buku ini pada awalnya menerangkan dengan banyak cara dan keadaan yang perlu dilakukan dalam mentarbiyah. Ini lebih kepada mentarbiyah diri sebelum yang lainnya. Lebih suka kepada cara yang ringkas, Solikhin abu ‘izzuddin memuatkan cara pemahaman dan kayu ukur yang mudah untuk menjelaskan segala isi di dalam buku ini. Ayat-ayat yang mudah juga mempercepatkan proses penyimpanan apa yang dibaca. Lanjutan itu, pada pengakhiran buku ini penulis menerangkan dengan senang bagaimana hasil daripada pentarbihan diri tadi dapat melahirkan pejuang2 (kadr-kader) yang mampu menjalankan dakwah dan sentiasa bersemangat untuk berdakwah disamping tidak lupa dalam aspek pentarbiyahan diri.

Buku ini saya kira sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tambahan dan lebih elok dijadikan sebuah buku untuk simpanan di rumah. Tapi Cuma dielek bahasa indonesia dan percampuran dengan english juga mungkin agak sukar difahami untuk sesetengah perkataan. Penulis juga banyak menulis perkataan arab yang di eja ke dalam rumi. Apa pun buku ini amat baik untuk para MBA yang merindukan tarbiah. Maka dapatkahlah sekarang. Tapi saya rasa buku ini sudah agak lama dipasaran, outlet buku ini di malaysia adalah Fajar Ilmu Baru enterprise.wallahu’alam (saya tidak tahu harga sebenar buku ini).

1 comment:

alfarabi said...

buku ini akan bersama saya insyaAllah sehingga hujung sem ini, bagi yang ingin meminjam boleh la datang ke bilik ea...