Tuesday, May 5, 2009

coretan 2

Peperangan Uhud merupakan perang yang kedua dalam islam yang disertai oleh rasulullah. perang ini berlaku di sebuah bukit iaitu BukitUhud. satu kisah yang berlaku dalam peperangan uhud yang masih terngiang ditelinga saya tentang penceritaannya adalah tentang bagaimana tersebarnya berita palsu tentang kematian Baginda Rasulullah.

Kaum musyrikin yang berperang telah menyebarkan berita palsu ini selepas pertempuran kedua akibat dari pasukan pemanah yang gagal mematuhi perintah rasulullah agar tidak turun dari bukit tersebut. yang kekal ketika itu hanyalah 9 orang yang diketuai oleh ketua pasukan pemanah iaitu 'Abdullah bin Jubair radiyallahu'anhu. Peringatan telah diberikan pada awalnya dan kemudian diperingatkan lagi oleh 'Abdullah kepada pasukannya namun mereka tidak mengendahkan seruan tersebut, akibatnya peluang tersebut telah diguna oleh Khalid bin Al-Walid yang ketika itu belum beriman untuk menyerang balas dari belakang.

Apa yang menyayat hati nya adalah pada sesi semangat yang digemburkan oleh seorang muslim ketika mana berita kemangkatan baginda rasul disebarkan. Beliau adalah Anas bin Nadzar, yang telah menengking orang-orang muslim yang termakan berita palsu pihak musuh. katanya: "apa gunanya hidup selepas ini? bangun! mari kita mati bersama-sama, sebagaimana matinya Rasulullah sallahu'alaihi wa sallam!". seruannya ini telah memulihkan semangat sahabat untuk terus berjuang.

Membaca kisah ini dalam kitab-kitab sirah meningkatkan semangat kita untuk terus berjuang, namun terdetik di hati saya. bagaimana keadaannya dengan pemuda-pemuda sekarang yang mengatakan atau menggelarkan diri mereka sebagai pejuang atau pembela agama Allah. peringatan untuk penulis juga agar kita yang berada disini bukanlah hanya bergoyang kaki memeluk tubuh, tapi lebih kepada saling menaikkan semangat sesama sendiri dan sentiasa alert dengan setiap arahan ketua disamping tidak mudah termakan kata-kata palsu pihak musuh.

Saya merasakan bahawa kita kekurangan pemuda yang sanggup betul-betul berjuang dan mati bersama-sama seperti sahabat-sahabat terdahulu. bagaimana dengan diriku ini?

No comments: