Monday, May 18, 2009

sikap (1)

Bismillah...

Alhamdulillah...dapat juga bertenang seketika selepas menyelesaikan beberapa masalah. Jumaat dan Sabtu sibuk dengan exam hinggakan tidur pun tak tentu hala. Kejap tidur kejap bangun. Tambahan lagi sibuk mengemas bilik untuk berpindah ke bilik yang baru dan untuk menyimpan barang ke dalam stor. Ahad nya pula berkunjung ke Gombak. Pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan.

Apa pun, pengalaman hari ini amat menarik untuk dikongsi untuk manfaat bersama.

Masalah: Mahallah Office telah keluarkan notice barang-barang yang disimpan di dalam surau MUK1 akan dilupuskan. Masalah yang amat serius. Kenapa? Kerana melibatkan barang-brang student yang berkemungkinan akan terLUPUS!! Entah kenapa intention pada awalnya hanyalah memikirkan diri sendiri kerana mempunyai barang yang diletakkan di dalam surau tersebut selepas semalaman menyimpan dan stor yang disediakan telah pun dikunci.

Namun, terima kasih kepada Bro. Hisham yang telah membetulkan niat aku juga. “Masalahnya sekarang bukan nak fikir tentang diri sendiri sahaja, kalau nak fikir tentang barang sendiri sahaja ok ja rasanya ada dah tempat nak letak, boleh saja letak kat mana pun. Tapi macam mana dengan tuan barang yang tak jadi committee, yang dah balik kampung jauh-jauh. Takkanlah barang diorang nak dilupuskan saja kot? Nak biarkan macam tu saja?”.

Aku mula berfikir. Ya, aku sibuk menelefon abg mie untuk letak barang di rumah dia, sibuk memikirkan tentang hamidi yang semalam telah menjemput aku tidur di bilik dia dan mungkin aku boleh letak barang disana. Tapi aku lupa. Lupa tentang sahabat-sahabat yang lain. Bagaimana kalau aku berada di tempat mereka ketika itu, habis baju, seluar, beg, kasut dan lain-lain barang rosak. Aku terfikir sebentar. Adakah aku layak untuk memikirkan tentang diriku sendiri sahaja? Padahal aku berkata bahawa aku bertanggungjawab kepada semua!! maafkan aku sahabat kerana lalai.

Alhamdulilllah, bro.Hisham menyedarkan aku. Apa lagi, terus sahaja call orang itu, call orang ini. Tapi, semuanya tak dapat membantu secara langsung. Syukri dah ja pergi ke Mahallah Office, tapi nampaknya peha di balas kayu. Layanan baik telah dibalas buruk. Tak menjadilah pula. Mendengar dari sebelah pihak mungkin sahaja bias, aku cuba sedaya mungkin mencari kebarangkalian-kebarangkalian yang menyebabkan pihak Mahallah Office ingin berbuat sedemikian. Alhamdulillah, mungkin juga ada kebaikannya. Adat orang kita, pergi berlawan maka dalil untuk berlawan mesti cukup tegas dan mantop, tetapi kadang-kadang lupa niat sebenar kita berjumpa dengan pihak yang “sedang kita berlawan”. Intention turns worst without sincerity. Maka, alhamdulillah kami telah mendatangkan beberapa penyelesaian dan mungkin pihak mahallah dapat mendengar dari pihak kami sekali lagi walaupun siapalah aku ini dan harapan yang tinggi juga agar perkara negatif yang dibina sejak awal masalah lagi tentang pengurusan mahallah dapat diselesaikan.

Masuk sahaja pejabat mahallah, alhamdulillah perbincangan dimulakan dengan keadaan yang tenang. Aku amat memuji bro.zam yang amat profesional dalam menghandle masalah ini. Maka diri ini tertanya apa sebenarnya orang kutuk sangat kepada orang-orang pejabat mahallah yang dikatakan tidak menjalankan kerja lah, emo lah, n berbagai lagi. Rupanya ada yang bias disini. Kita memahami orang lain agar orang lain turut memahami kita. Itu penting! Sunnatullah!! Dan alhamdulillah, akhirnya perbincangan yang pada mulanya ingatkan akan mencetuskan perbalahan telah diakhiri dengan suatu yang cantik dan bro.zam sendiri yang telah memberikan jalan penyelesaian. Alhamdulillah.

Tidak selesai setakat itu, nak settle kan masalah hanya dengan pengetua! So, memahami situasi amat penting ketika ini. Macam ni, sejak dari awal pagi lagi, bro.taifunisham memang nampak bengang saja dengan sikap student. So, bila dah dapat memahami masalah dari pejabat mahallah tadi lagi, maka perbualan telefon dengan principal perlu dijaga dengan baik, bukan dengan emosi. Alhamdulillah, untuk manfaat bersama masalah telah diselesaikan. Bro.taifunisham langsung tidak melenting, beliau seorang yang berhemah tinggi, Cumanya beliau menyatakan kekesalan dengan sikap pelajar-pelajar yang mungkin bertindak diluar jangkaan!

Akhirnya..kesyukuran dipanjatkan. Bukanlah senang untuk orang yang mempunyai fikrah islamiyah seperti bro.taifunisham akan bertindak ikut suka hati sahaja, beliau menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada pihak mahallah untuk membenarkan barang-barang yang telah terdapat di dalam surau disimpan disitu sahaja. Cumanya harapan beliau agar dapat diperkemaskan sikit susunan barang-barang, agar fungsi sebenar tersebut dapat dimanfaatkan pada hari pendaftaran TAWE kali ini. Terima kasih kepada bro.azim yang dari awal lagi setia membantu berada disisi dan dia jugalah banyak membantu dalam rundingan dengan bro.zam di mahallah office awalnya tadi.

Jutaan terima kasih kepada bro.zam dan bro.taifunisham yang amat berhemah tinggi dalam melayani MAHASISWA. Dan kepada bro.hisham, bro.azim dan bro.munta yang banyak membantu. Turut tidak dilupakan kepada yang sudi memahami masalah bersama. Tidak ketinggalan syahid!


Bro.anas mazli ada buku nie!! nak pinjam gtau dia, x pasti la kena buat appointment atau x..hihi


Kesimpulannya banyak. Antara aspek yang saya ingin ketengahkan adalah:

1. Sentiasa mengikhlaskan niat dalam mencari kebenaran.

2. Dalam menjadi orang tengah kita perlu mengelakkan dari berpihak kepada mana-mana pihak dan hanya mendengar nasihat sebelah pihak sahaja.

3. Dalam perbincangan yang baik, orang yang berbincang perlulah bertindak profesional dan saling hormat menghormati antara satu sama lain agar keputusan yang terbaik dapat dicapai.

4. Emotional quotient sangat penting! Terlalu penting kerana kita berbalah bukan untuk mencari siapa betul siapa salah, tetapi saling memahami tangungjawab masing-masing dan mencari yang terbaik untuk kemaslahatan bersama bukannya individu!

Itu sahaja buat masa ini. Kisah yang terperinci tidak akan dibincangkan disini.

Pentingnya orang yang bijak melaraskan Emotional Quotient pada larasan yang paling tepat sesuai dengan keadaan dan masa.

Alfarabi_90

Cenfos,PJ.

Selangor,M’sia.

1 comment:

Nad Izza said...

salam alaik...
tahniah..
memang itulah yang patut dilakukan ketika berhadapan dengan cabaran...
ikhlaskan niat dan hadapinya dengan tenang...

moga sikap anta dapat dicontohi sahabat yang lain...

=)